English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com
Showing posts with label Thailand 2011. Show all posts
Showing posts with label Thailand 2011. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

DARI CHIANG MAI KE VIENTIANE, LAOS



14.7.11 (Khamis)

Pagi ni lepas solat saya berkemas-kemas sebab nanti jam 12 tengahari dah nak daftar keluar. Sambil tu lepak-lepak jap kat bilik sehinggalah terasa lapar perut. Kira-kira jam 7.30 pagi saya keluar dari bilik dan berjalan keluar sebab cadangnya nak makan kat restoran di pasar malam tu lah. Saya pun bergerak menuju ke sana namun malangnya bila tiba je di situ, semua kedai makanan halal semalam tuh masih belum dibuka. Walau sebuah kedai halal pun kat situ tiada yang dibuka untuk sarapan pagi. Kemudian saya ternampak sebuah kedai halal Arab yang buka dan pekerjanya sedang berkemas-kemas. Lalu saya pun bertanyakan samada kedainya ada menyediakan sarapan pagi. Malangnya, jawapannya adalah hampa, kerana katanya kedai hanya akan beroperasi pada jam 12 tengahari. Makananya untuk makan tengahari lah tu....mmmm... perut dah lapar nih...

Gelanggang Tomoi

Gerai-gerai makan yang tidak halal memang banyak yang berjualan untuk sarapan pagi. Kesemuanya menyediakan masakan khas Thailand untuk sarapan. Pelik-pleik gak nampak makanannya. Memang menarik tetapi sebab status halalnya sangat diragui, maka saya hanya boleh memandang sahaja lah...Nak tak nak... saya pun berjalan pulang semula balik ke hotel. Dalam hati terdetik, ’dapat minum kopi maccam semalam pun ok gak.. dapat la buat lapik perut...’ Sesampainya sahaja di hotel, saya terus menuju ke cafe hotel dan duduk sambil meminta menu dari pramusaji. Perkara yang tidak saya lakukan pagi semalam tuh. Pramusaji pun tiba dengan menu yang disediakan untuk sarapan. Ada beberapa gak menunyanya dan saya pun memilih yang boleh dimakan. Akhirnya, saya pun memesan hidangan ’American Breakfast’ yang mengandungai telur, roti, kopi dan jus dengan kadar 130B... ok la tu...

Gelanggang Tomoi

Saya pu menikmati sarapan pagi tu dengan santai sekali sambil melayari internet sebab hari ni tak de plan apa-apa sehinggalah petang nanti. Usai sarapan, saya masuk ke bilik seketika untuk lepak-lepak sambil menghitung waktu menunggu jam 12.00pm. kia-kira jam 11.45 am, saya pun mengangkat beg untuk turun ke lobi bagi mendaftar keluar hotel. Setibanya sahaja di kaunter, petugas di situ bagitau yang saya kena bayar wang tambahan 17B. Terkejut gak! Saya tanya ’bayaran untuk apa’? Pas tu dia kata, bayaran untuk sarapan pagi tadi sebab saya ada order sausage plak katanya. Dan pramusaji pagi tadi terlupa kira pesanan tambahan tuh. Terkejut gak saya, bila masa pal saya ada order sausage. Pas tu saya bagi tau kat dia yang saya ni vegeterian, tak boleh makan daging... macamana pulak saya boleh order sausage. Saya pun meminta dia memanggil pramusaji yang menghidangkan sarapan saya dan mengambil pesanan. Bila dipanggil sahaja, pramusaji tu kat bukan saya orangnya. Saya dah bayar betul dah katanya...dia tersilap orang...katanya! mmm nasib baik budak tu cakap jujur. Kalau tak, tak pasal-pasal saya kena bayar sausage tidak halal yang saya tidak order pun....so, selsesailah perkara tuh di situ.

Gelanggang Tomoi

Selepas dartar keluar, saya minta kunci untuk simpan barang dalam setor simpanan kat situ sebab van saya hanya akan datang petang nanti. Jadi sementara tu saya nak cari makan tengahari lah dahulu. Dah simpan barang tuh... saya pun bergerak menuju ke pasar Anusarn semula untuk mendapatkan hidangan tengahari. Sebelum tiba tu, saya singgah di kaunter pertukaran wang ’Super Rich Money Exchange’ terlebih dahulu untuk menukar wang Bath. Saya pun keluarkan wang USD untuk ditukarkan ke dalam Bath. Terima sahaja USD tu, kerani tu tanya ’ada tak duai Ringgit’. Saya kata ’tak ada’. Katanya plak, kalau tukar RM lebih baik daripada USD. Sebab katanya nilai RM lebih kukuh berbanding USD. Oooo... begitu... katanya lagi, bukan sahaja RM, tapi matawang Asia yang lain juga kukuh berbanding USD. Jadi dia lebih suka kalau dapat RM atau matawang Asia yang lain. Sebab katanya, sekarang negara-negara sudah mengurangkan import dari Barat terutamanya Amerika. Sebaliknya saling berjualanan di antara negara sesama Asia sendiri. Mmm.... menarik gak....jadi kalau nak ke Thailand dalam masa-mas begini, eloklah bawa RM je dan tak payah tukar USD. Sebabnya, lebih untunglah kalau ditukar ke dalam Bath....

Hidangan tengahari

Usai urusan pertukaran wang tuh... saya meneruskan perjalanan dan singgah la plak kejap kat gelanggang tomoi yang terletak dalam sebauah ’food court’ di tepian jalan menuju ke pasar Anusarn tuh... amik la gambar kat situ jap sebelum meneruskan perjalanan. Sesampainya sahaja di pasar Anusarn, memang betul! semua kedai makan halal dah buka dah jam 12.00 pm lebih nih. Saya pun tanpa berfikir panjang terus menuju ke restoran Roummit yang saya dapatkan makan malam semalam. Hari pak Aji tuan punya kedai yang ambil order. Pak Aji la rasanya pasal pakai kopiah elok je pak cik nih. Tapi pak cik ni order tak pakai tulis pun, anggunk-angguk macam tuh je. Pas tu menu pun dia tak tunjuk. Macam confiden je. Saya pun guan bahasa isyarat je la lebihnya... tapi dalam hati tu rasa macam tak confident je dengan pak aji ne. Betul-betul faham ke dia??? Menyedapkan hati, ’dia dah lama buat kerja ni, tahu lah dia’... tapi kata hati yang lain rasa macam nak tuliskan je apa yang saya order tuh, tapi malaslah plak...’ala...perasaan je tu....tahu lah pak aji tuh...’!! selepas mengambil order pak aji tu berlalu ke dapur untuk menyampaikan pesanan tu pada tukang masak

Xaya Tours & Travel. Pejabat travel ejen tempat saya menunggu Bas mini untuk di bawa ke Nongkhai

Saya pun merehatkan diri sambil memerhati sekeliling pasar di hadapan tuh... masih belur ada pengunjung yang datang lagi. Hanya pekerja pasar malam yang sibuk menyiapkan gerai jualan sambil menyusun barangan yang akan dijual pada sebelah malam nanti. Agak relatif lama gak menunggu kira-kira setengah jam, akhirnya pesanan makanan saya pun tiba. Agak terkejut gak saya bila hidangan tu tiba... yang mula-mula sekali dihantar kepada saya ialah ’salad cream’. Bila masa pulak saya ’order ’salad cream’ nih!!? Mmm dah agak dah... intisi saya tadi benar. Pak Aji tu dah salah bagi tau pesanan saya pada tukang masak. Saya tadi pesan ‘seafood salad’ dan pak aji tu mengangguk-angguk je. Sekalinya dia bagi ’salad cream’. Mmm... malas nak banyak cerita, lagi pun pak aji yang amik order tadi dah keluar. Saya pun pesan kat tukang masak yang hantar makanan tu supaya buatkan saya ’salad seafood’ satu lagi. Tak pe lah, yang salah tu pun saya makan gak lah....rezeki saya la gak nya tu...

Bas mini yang membawa saya dari Chiang Mai ke Nongkhai

Selesai menikmati hidangan tengahari yang relatif terlalu banyak itu, saya masih ada banyak masa lagi untuk menghampiri petang. Kaki pun dah terasa lenguh-lenguh dan sengal-sengal disebabkan banyak berjalan. Jadi, saya pun singgah di kedai urut bersebelahan dengan restoran Arab di pasar tu gak. Lagi pun saya nampak kat sini ada tukang urut lelaki. Jadi saya pun singgah lah di situ untuk mendapatkan perkhidmatan urutan kaki. Murah je harganya berbanding dengan kat Malaysia. Cuma 140B (RM14) je untuk satu jam. Kalau kat Malaysia di pusat urutan orang buta paling murah untuk urut kaki RM30 selam 45 minit. Selesai urutan kaki, saya minta urut bahu dan kepala plak selama setengah jam dengan harga 80B (RM8), memang sangat berpatutan. Usai urutan refleksologi tu, terasa segar lah sikit kaki dan badan untuk meneruskan kembara ni....

Restoran Ruen Rim Nam, Nongkhai, Thailand. Tempat persinggahan pelancong untuk sarapan pagi dan mengisi borang keluar Thailand dan masuk Laos (VOA)

Saya pun terus berjalan kaki balik semula ke hotel dan tiba pada jam 4.30pm. Masih agak awal lagi namun setibanya di situ, saya terus ke kaunter untuk mendapatkan kunci bagi mengambil beg saya yang disimpan di dalam setor simpanan tadi. Saya pun duduk di cafe hotel sambil menunggu untuk dijemput oleh ejen pelancongan. Kira-kira jam 6.00 pm, ejen yang dinanti pun tiba dan saya dibawa menaiki Sawng Thaew menuju ke pejabat ejen pelancongan yang mengambil masa kira-kira 15 minit untuk tiba. Setibanya di pejabat tersebut, saya dimaklumkan bahawa terdapat sedikit pertukaran jadual kerana bas mini yang akan membawa saya pada malam ini hanya akan bergerak pada jam 8.00 malam. Saya pun akur dan merehatkan diri di situ sambil membersihkan diri dengan mengambil wuduk di dalam bilik air.

Berehat sekejap sambil menanti untuk mengambil sarapan

Sambil menunggu tu, beberapa orang lagi penumpang tiba untuk menaiki bas mini yang sama. Dua orang gadis dari Vietnam dan dua orang gadis dari Kanada yang turut serta dalam bas mini tuh. Jadi jumlah kesemua penumpang pada malam itu adalah 5 orang. Oleh sebab bas mini dah tiba awal dan semua penumpang dah tiba, maka jam 7.30pm bas mini dah jalan dah. Kemudian bas mini singgah dulau untuk mengambil konduktor wanita yang akan menemani pemaduannya pada malam itu.

Sarapan pagi yang termasuk dalam pakej tiket yang dibeli. Sambil mengisi borang keluar Siam dan masuk Laos (VOA.

Lebih kurang 30 mint perjalanan, hari pun hujan, ditambah dengan kegelapan malam maka pemandangan yang saya nampak hanyalah kegelapan. Tidur pun ala-ala tidur ayam je tapi bas mini tu agak selesa gak sebab hanya 5 orang penumpang je untuk van yang boleh memuatkan 10 orang. Jam 6.00 pagi, dalam hari yang masih hujan tu, pemandu memaklumkan bahawa kami sedang melalui Udon Thani. Oleh sebab cuaca sudah cerah walaupun dalam gerimis, saya dapat melihat di sebelah kira tua ada sungai. Pemandu memaklumkan bahawa itu adalah Sungai Mekong yang terkenal itu. Yang memisahkan Thailan dan Laos. Bas mini bergerak melalui pesisir sungai Mekong sehinggalah tiba di Nong Kai di mana bas mini berhenti di sini.

Berlatar belakangkan Sungai Mekong dan di seberangnya adalah negara Laos.

Jam 6.30 pagi, bas mini berhenti di sebuah restoran yang bernama ’Ruen Rim Nam’ yang terletak di Nong Kai yang bersempadan dengan Laos. Restoran ni terletak betul-betul di tebing sungai Mekong. Di sini, kami semua diberikan kupon untuk makan pagi secara percuma sebab dah termasuk dalam pakej tambang. Selesai di tandas dan membersihkan diri sikit-sikit, saya terus mendapatkan sarapan pagi berupa kopi dan roti bakar. Alhamdulillah, lega rasanya dapat kopi panas dalam kesejukan hujan di pagi hari nih.

Sabar Menanti bas tiba untuk membawa ke imigresen Nongkhai, Thailand

Di sini juga saya diberikan borang VOA untuk di isi dan untuk pasport Malaysia tak perlu bayar apa-apa. Semuanya percuma....kemudian semua beg dikeluarkan dari bas mini kerana saya dimaklumkan bahawa bas mini hanya menghantar kami sampai di restoran ini sahaja. Sebab, dari sini, kami akan menaiki bas lain untuk ke pejabat imigresen Nong Kai. Agak lama juga saya menunggu di sini hingga jam 8.30 pagi, baharulah bas yang di nanti tiba. Tetapi perlu menunggu lagi sebab bas ni dipenuhi dengan penumpang lain yang perlu singgah di restoran ini juga untuk mendapatkan kupon sarapan dan mengisi borang VOA. Jadi, kena tunggu lagi dalam masa lebih kurang 30 minit. Hinggalah jam 9.20 pagi, barulah kami menaiki bas dan terus bergerak ke imigresen Nong Kai yang mengambil masa hanya 5 minit je untuk tiba.

Bergerak menaiki bas untuk ke imigresen Nongkhai

Setelah pasport di cop oleh pegawai imigresen Thai di Nong Kai tu, saya terus menaiki bas semula dan jam 10.05 pagi, bila semua penumpang dah naik bas, kami pun bergerak menyeberangi sungai Mekong melalui jambatan yang dikenali sebagai ’Thai-Lao Friendship Bridge’ menuju ke pejabat imigresen Lao plak. Tak jauh sangat pun sempadan ni sebenarnya sebab jam 10.15 pagi, dah tiba di pejabat imigresen Lao. Semua penumpang dikehendaki turun sekali lagi tetapi kali ni kena angkut dengan semua barang-barang sekali. Sebabnya, bas ni pun tidak akan menyeberangi sempadan masuk ke Lao. Sebaliknya, hanya menghantar penumpang hingga sampai sini sahaja......

Imigresen Nongkhai, Thailand

Bas bergerak melepasi imigresen Nongkhai, Thailand menuju ke imigresen Laos

Thursday, July 28, 2011

MAKANAN HALAL & PASAR MALAM ANUSARN, CHIANG MAI

Gadis Muslim Chiang Mai sedang menebar roti pisang

Setelah berehat menghilangkan lelah, sekitar jam 6.00pm saya keluar dari kamar dan sekarang saya bercadang nak ke pasar malam pulak. Sebenarnya saya pun tak pasti sangat lokasi pasar malam nih. Jadi saya pun bertanyakan kepada petugas di kaunter hotel tuh di manakah lokasinya. Dia kata kat belakang hotel tu je sambil menunjukkan lokasinya pada peta yang saya pegang.

Gadis Muslim Chiang Mai penjual roti pisang

Selepas mengucapkan terima kasih, saya pun terus bergerak menuju ke arah yang ditunjukkan di atas peta tuh.... memang betul, lebih kurang 5 minit je jalan kaki dah pun sampai di lokasi pasar malam yang terkenal itu. Melalui jejeran pasar malam di gigi jalan itu, saya sudah terpandang gerai yang tertulis ’Banana Roti’ dan bertanda halal. Saya tengok kat situ ada dua orang gadis bertudung sedang menebar roti. Rasanya macam tebar roti canai kat Malaysia la. Mulanya saya bercadang nak beli tapi bila tengok orang beratur banyak sangat, lalu niat itu dibatalkan. Lagi pun saya bercadang nak makan nasi je malam nih sebab tadi makan nasi lauk sayur je untuk tengahari. Tak puas rasanya...Nak balas dendam la kirannya niii...

Pintu gerbang pasar Anusarn yang tekenal itu

Senarai papan tanda restoran halal dekat pintu gerbang pasar malam

Sebab apa, dalam hati saya berkata-kata, kalau kat sini dah ada makanan halal, pasti akan ada lagi di sekitar pasar yang besar ini kedai makanan halal yang lain. Saya pun meneruskan pencarian kedai makan halal tu. Sehingga akhirnya saya tiba di pintu gerbang pasar malam yang tertulis ’Anusarn Market’ yang di sisinya tertera papan tanda beberapa kedai makanan halal Muslim. Tanpa berlengah, saya pun terus menjelajah melalui pintu gerbang pasar itu dan mendapati memang ada banyak kedai makan halal di sini. Ada kedai halal India, Arab dan kedai Halal Siam sendiri. Gerai roti piasang macam kat tepi jalan tadi pun ada gak. Namanya ’Isa Roti’. Mmmmm... Alhamdulillah... dapat lah saya menjamu selera di sini malam ni nampaknya...

Ha... ni ha... gerai 'Isa Roti' yang jual roti pisang halal kat dalam pasar

Restoran Asma ni pun halal gak

Bila dah banyak pilihan tuh, saya pun mula lah tak tau nak pilih yang mana satu? Makanan Arab kah? Makanan India kah? Atau makanan Siamkah? Saya berputar-putar dua tiga kali melihat-lihat kesemua kedai makanan halal tuh dan akhirnya saya berhenti dan memilih untuk menikmati makanan Siam halal malam nih. Lagi pun, bila dah kat Siam nih, kena la makan makanan Siam. Selain daripada citarasanya lebih dekat dengan tekak Melayu, saya juga berfikiran bahawa makanan lain tuh boleh je didapati kemudian di lokasi kembara yang lain. Jadi saya pun singgah lah di ’Restoran Roummit’ yang dimiliki oleh orang Siam Muslim sendiri.

Deretan Restoran halal di sekitar pasar Anusarn

Deretan papan tanda restoran halal di sekitar pasar Anusarn

Oleh sebab terlalu lapar, saya pun memesan Tom Yam Ikan, Ayam goreng Madu separuh ekor (sebab kat restoran ni tak jual sikit-sikit. Kalau nak order samada satu ekor atau pun separuh ekor jer... Tak kira la berapa orang nak makan). Jadi, nak tak nak, saya pun pesan je la ayam goreng madu tuh beserta Nasi Campur Sayur. Bila dah dihidangkan tu, memang la segedabak sampainya kann...mmmm... tak pe makan pelan-pelan...lagi pun tak de apa yang nak dikejarkan pun... dari segi rasanya, relatif kurang la sikit citarasanya berbanding dengan masakan sebelah Selatan Siam. Pun begitu, dendam saya terlaksana untuk menikmati makanan Siam Halal.

Restoran India Muslim

Restoran Halal Roummit milik orang Chiang Mai muslim

Namun, walau apa pun, saya berpuashati sebab akhirnya dapat juga berjumpa dan menjamah makanan Siam halal kat Chiang Mai nih. Masa makan tuh, ramai juga saya tengok pelancong Malaysia yang turut bertandang makan di restoran nih...kira ngetop gak la restoran nih kat sini bagi kalangan pelancong Muslim dan bukan Muslim.... agak lama juga saya duduk di situ sambil menikmati hidangan malam dan memerhatikan gelagat pengunjung di pasar malam tuh... Usai makan, saya meneruskan melihat-lihat di pasar malam tuh sambil membeli sekadar yang patut je sebab malas nak bawak barang berat-berat. Kembara masih jauh lagi ni... Chiang Mai ni baru destinasi pertama....saya beli kemeja T untuk dipakai je sebab kembara kali ni saya tak awak banyak baju. Memang dah rancang nak beli baju di lokasi yang dituju dan terus pakai. Lebih mudah, tak la berat sangat beg nak bawak!!!

Restoran Halal Roummit milik orang Chiang Mai muslim

Haaa... i lah dia hidangan malamku di Chiang Mai

Menarik gak pasar malam ni dan harga barangannya pun relatif murah la jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Kualitinya juga relatif bagus tetapi perlu pandai memilih dan menawar apa yang patut. Kalau kurang bijak tawar-menawar maka harga yang didapati sama je dengan harga di Malaysia ataupun lebih malang lagi bila harganya lebih mahal berbanding harga di Malaysia. Sehinggalah jam 9.00 malam saya berlegar-legar di pasr malam tu dan akhirnya memutuskan untuk balik semula ke hotel sebab dah agak letih dah jalan kaki nah....dari sejak sampai pagi tadi masih berjalan je... sampai melecet gak la tapak kaki kanan nih. Esok plak masih jauh lagi perjalanannya.....



Jelitawan transeksual yang membuat promosi di sekitar pasar malam untuk persembahan percuma mereka yang diadakan di pentas yang turut disediakan di sini


KEMBARA EKOLOGI

MENUNGGANG GAJAH

13.7.11 (Rabu)

Kem Gajah Maewang

Waktu subuh di Chiang Mai ni lebih kurang sama je macam di Malaysia Cuma angka waktunya sahaja yang berbeza sebab lewat 1 jam berbanding waktu di Malaysia. Saya pun bangun jam 5 pagi untuk mandi dan menunaikan solat subuh. Usai urusan tuh, saya terus mengangkat beg galas kecil dan terus kelaur dari bilik dan turu ke cafe untuk mendapatkan sarapan pagi. Namun, sarapan pagi ni tidak termasuk sekali dalam bayaran hotel. Jadi saya perlu membayar lain untuk sarapan nih. Saya tak pasti menu apa yang disediakan kat sini dan tak pulak terfikir nak tanya. Jadi, saya pesan kopi secawan sahaja dan saya makan biskut yang saya beli kat 7 Eleven semalam untuk sarapan. Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi dan masih awal lagi untuk melakukan lawatan hari nih sebab saya akan dijemput untuk acara lawatan pada jam 8.30 pagi nanti.

Sekawanan gajah sedang tiba untuk menyambut para tamunya

Bersedia nak naik ke atas gajah dari pelantar

Jadi, sambil menikmati kopi Siam dan biskut tuh, saya mengambil peluang untuk melyari ineternet. Lagi pun kat lobi ni ’connection’ nya laju sikit berbanding di dalam bilik. Kat dalam bilik tak boleh nak buat apa langsung, teralalu rendah dan perlahan. Agak lama juga saya menanti van yang akan menjemput saya untuk lawatan tuh. Sampai jam 8.30 pagi pun masih tak datang lagi. Saya pun dah mula gelisah dah... dalam hati mula meragui ejen pelancongan tempat saya mendapatkan tiket semalam. Tapi tak pe... sabar dulu....Insyaallaah datang la nanti tu...

Dah duduk atas gajah dah



Gajah dah bersedia untuk memulakan ekspedisi

Tunggu punya tunggu akhirnya jam 9.00 pagi baru van yang dinanti tiba. Terdapat beberapa pelancong lain lagi yang turut serta dengan saya dalam lawatan ini. Dua orang gadis dari China dan sekeluarga empat beranak dari Perancis, jadi jumlah kesemuanya seramai 7 orang dalam acara lawatan kami hari ini. Setelah semua ada, van bergerak meninggalkan Chiang Mai menuju ke destinasi lawatan kami yang pertama iaitu aktiviti menunggang gajah di ’Maewang Elephant Camp’ yang letaknya kira-kira satu jam perjalanan van dari Chiang Mai. Jadi, kami tiba di sini pada jam 10.00 pagi. Tiba sahaja di sini, kami semua dibawa ke lokasi untuk menunggang gajah. Jadi, kat sini kalau nak naik gajah yang besar dan tinggi tu kena naik ke atas pelantar yang disediakan. Maknanya gajah tu tak payah duduk, dia perlu berdiri dan merapatkan tubuhnya ke pelantar yang disediakan dan penunggang pun terus je naik dan duduk kat atas gajah tu...

gajah dah mula masuk ke dalam hutan

Dah kat dalam hutan dah

Seumur hidup, ni lah kali pertama saya dapat menunggang gajah. Pada awalnya agak gementar gak nak duduk kat atas gajah tuh... tapi sebab setiap gajah tu dikawal oleh seorang pemandu yang duduk betul-betul di atas tengkuk gajah tu manakala pelancong puluk duduk di tempat duduk khas yang disediakan... lebih kurang macam raja-raja saman dulu la duduk atas gajah...

Gajah panjat bukit-bukau

Melalui lereng bukit di kawasan lembah yang berbukit-bukau

Sangat menarik aktiviti menunggang gajah nih sebab saya dibawa masuk ke dalam hutan siap naik turun bukit lagi selama lebih kurang 50 minit. Boleh tahan gak lamanya dan kira pass gak la saya menunggang gajah ari nih... di penghujun perjalanan tuh... pemandu gajah tu turun dari gajah dan menyuruh saya mengambil-alih tempat duduknya... agak gerun juga pada awalnya sebab naik gajah sorang-sorang nih.... mintak-mintak jangan la gajah nih buat hal plak....mmmmm... nahas dibuatnya.... sebab pemandunya tadi berjalan di hadapan sembail menjerit-jerit menggunakan bahasa yang difahami oleh gajah itu supaya gajah tuh terus bergerak mengikutinya.... sebab gajah ni kalau taka ada pemandu, dia akan bergerak ke lain untuk mencari makan...





Untuk memujuk gajah tu juga, di pertengahan jalan tadi memang dah sedia menunggu orang jual pisang yang katanya untuk bagi makan gajah. Gajah suka, katanya. Saya pun membeli lah sesikat pisang untuk diberi makan pada gajah tuh sewaktu menunggang. Gajah tu plak akan membengkokkan belalainya ke arah saya yang duduk ditengkuknya untuk meminta pisang. Saya pun memberikan pisang tu satu persatu. Sebabnya, pertama untuk menikmati sensasi memberi makan gajah sambil menunggang yang dialami buat pertama kalinya seumur hidup. Keduanya, supaya piasang tuh tak terus habis dimakan oleh gajah tu. Kalau dah tak ada pisang tu, gajah tu akan melilau-lilau mencari rumput atau pokok kecil yang boleh diragut sebab pemandunya dah tak ada. Saya sorang-sorang je sekarang yang menunggang gajah tuh... Mmmm....bijakkk-bijakkk...

Gabra gak bila menunggang solo nih

Singgah membeli pisang untuk diberi makan gajah

Seronok sangat menunggang gajah nih... dan akhirnya saya pun sampai lah semula ke pelantar di mana saya mula-mula naik gajah tadi. Saya lah orang terakhir tiba di situ sebab gajah tu lambat berjalan, asyik sibuk nak carik makan je....tapi best gak sebab saya dapat menikmatinya lebih lama daripada orang lain...mmmm....Alhamdulillah.. saya selamat sepanjang aktiviti menunggang gajah nih...mmm... tak tau la bila lagi nak dapat peluang macam nih....

Menunggang gajah secara solo

Menunggang gajah secara solo

KAMPUNT ETNIK KAREN

Perkampungan etnik Karen

Usai acara menungang gajah tu, kami menaiki van semula dan pemandu pelancong membawa kami ke lokasi berikutnya iaitu melawat ke kampung etnik Karen. Etnik Karen ni merupakan kelompok minoriti kat Utara Siam nih. Asal-usul mereka dikatakan dari Myanmar yang bersempadan dengan Chiang Mai. Bahasa pertuturan mereka juga berbeza dengan bahasa Thai. Malahan golongan tua kebanyakannya tidak boleh berbahasa Thai pun. Yang muda-muda tu boleh la sebab mereka dah pergi ke sekolah Siam dan mempelajari bahasa Thai. Etnik ni merupakan golongan yang relatifnya agak mundur la kat Siam nih dan tinggal di pondok-pondok kecil sambil mengusahakan kerja tangan terutamanya hasil tenunan.

Perkampungan etnik Karen

Menternak khinzir di bawah rumah

Jualan kain hasil tenunan tangan

Oleh sebab etnik ni turut dijadikan bahan pelancongan, maka hasil tenunan mereka juga turut dijual kepada pelancong yang datang melawat ke kampung mereka. Saya pulak tidak begitu berminat sangat nak membeli-belah nih jadi ambik gambar apa yang patut je lah. Lagi pun kami bukannya dibawa melawat ke seluruh kampung. Cuma singgah di kawasan yang terdapat dua, tiga buah ruamah kecil je. Penghuninya plak sedang bekerja menenun kain. Kat bawah rumah plak terdapat ternakan babi yang diikatkan pada tiang. Kawasannya agak relatif kurang bersih ditambah pula dengan hujan pada malam tadi. Jadi kawasannya berbecak-becak sedikit. Pemandu pelancong menerangkan serba sedikit berkenaan etnik tuh...apabila melihat kami tidak begitu teruja, kira-kira 10 minit berlalu, kami pun diajak naik ke van semula untuk dibawa ke destinasi yang berikutnya iaitu mandi di air terjun. Kami semua menaiki van dan terus bergerak ke Maewang Waterfall yang terletak tidak berapa jauh dari kampung etnik Karen tu gak...

Wanita Karen sedang menenun kain

Wanita Karen sedang menenun kain

Kraftangan etnik Karen dijual di bawah rumah

MAEWANG WATERFALL

Air Terjun Maewang


Kira-kira jam 12.00 pm van yang kami naiki pun tiba di Maewang waterfall (air terjun Maewang). Maewang ni sebenarnya nama tempat yang kami tuju tu la. Lawatannya di sekitar Maewang tu je...!!! Sebenarnya tiada apa sangatlah yang menariknya tentang air terjun ni... biasa sahaja seperti yang terdapat kat Malaysia gak....rasanya aktiviti ni sekadar ingin memenuhi jadual pakej sahaja kerana kami ke sini hanya untuk mandi-manda. Tiada sejarah menarik pun yang diceritakan tentang air terjun ini mahupun tentang keunikannya. Jadi, bagi saya yang datang dari daerah yang hampir sama, air terjun ini biasa sahaja dan tiada apa sangat yang menariknya.

Ni je lah haa air terjunnya

Pemandu pelancong tu kata, ’turun lah mandi...lepas mandi ni nanti kita boleh pergi makan’.... begitu katanya. Sebab jam waktu itu baru 12.00 tengahari dan mungkin makanan kami disediakan selepas waktu itu. Jadi, kami perlu memenuhi waktu yang senggang itu sebab makanan belum sedia lagi. Saya pun tak la teruja sangat nak mandi sebab pertamanya, saya tidak membawa persalinan untuk mandi mahupun tuala. Sebab selepas nih nak makan plak dan pas tuh nak ikuti aktiviti terakhir plak. Keduanya, sebab tak teruja sangat nak mandi. Jadi, untuk memenuhi masa dan tidak mahu menghampakan saranan pemandu pelancong tu, saya pun turun lah ke dalam air dan berendam sikit-sikit je...

Ni je lah haa air terjunnya

Kemudian datang pula kumpulan pelancong dari ejen yang lain turut menyertai kami di air terjun tuh...mat salleh tu semua agak teruja juga nak mandi sebab mungkin berbeza dengan persekitaran biasa mereka. Saya pun hanya sekadar memerhatikan sahaja sambil bermain di tepian tebing sungai tu je. Sehinggalah kami semua dipanggil untuk masuk ke dalam van semula untuk mendapatkan makanan tengahari yang turut temasuk dalam pakej lawatan nih.

Lepak di atas batu di air terjun Maewang

Selepas setengah jam la berendam dalam air tuh, kira-kira jam 12.30pm kami dibawa ke sebuah kampung di daerah Maewang ni juga dan tiba di sini jam 1.00 pm. Van yang saya naiki singgah di sebuah kedai runcit merangkap kedai makan yang terletak di tepi jalan. Kedai ni bersambung dengan rumah tuan punya kedai makan dan kedai runcit tersebut. Sewaktu saya tiba, meja untuk kumpulan kami telah tersedia untuk diduduki. Sementara ada beberapa meja lagi yang kosong dan ada yang sedang diduduki oleh kumpulan pelancong lain yang sedang menikmati makanan tengahari mereka. Maknanya, semua kumpulan pelancong akan singgah di sini untuk menikmati makan teangahari dan waktunya telah ditentukan mengikut giliran. Menu yang disediakan juga semuanya adalah sama iaitu nasi putih, sayur, gulai ayam bercampur kentang dan buah-buahan sebagai pencuci mulut beserta air kosong.

Lepak di atas batu di air terjun Maewang

Jadi, yang dapat saya makan hanyalah sayur dan nasi serta buah-buahan sahaja dan saya tidak menjamah kuah gulai ayam bercampur kentang tuh kerana status halalnya diragui. Saya kira mereka akan menghidangkan lauk telor buat saya seperti yang dimaklumkan sewaktu saya membeli pakej ni. Tapi nampaknya tak ada lauk telor tuh...mmm.... tak apa lah. Makan nasik berlauk sayur pun dah kira ok lah tu.....

BERAKIT

Berakit sambil berdiri di atas rakit buluh. Kat belakang 2 orang tu pelancong dari China

Sekitar satu jam kami meluangkan masa untuk menikmati makan tengahari dan lepak-lepak seketika di kedai makan tuh, sebelum dipanggil semula oleh pemandu pelancong untuk msauk ke dalam van semula. Jadi, jam 2.00 pm kami semua dibawa bergerak menuju ke lokasi untuk aktiviti terakhir dalam pakej lawatan ni iaitu naik rakit buluh. Tak jauh sangat sebenanrnya lokasi sungai untuk kami berakit tuh sebab jam 2.15pm kami dah tiba di tebing sungai Maewang. Setibanya sahaja di tebing sungai tuh, kami semua dinasihati supaya meninggalkan semua barangan seperti kamera, jam tangan, telefon bimbit, wallet, kasut, beg galas atau apa-apa sahaja yang tidak boleh terkena air atau basah. Sebab dikhuatiri kemungkinan untuk jatuh ke dalam air adalah tinggi. Jadi barangan tersebut mungkin akan basah dan rosak. Kesemua barangan itu ditinggalkan di dalam van sebab pemandu akan membawa van tersebut ke point terakhir aktiviti berakit kami itu

Rakit batang bulu dipisah-pisahkan dan dimasukkan ke dalam lori untuk dibawa semula ke point asal

Saya mengikuti sahaja saranan pemandu pelancong itu dan terus turun ke gigi air di mana di situ telah menanti rakit yang diperbuat daripada buluh bersama seorang pemandunya. Sangat teruja rasanya kerana inilah pertama kali seumur hidup menaiki rakit buluh dan menelurusi sungai. Hanya dua buah rakit sahaja yang digunakan dan kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah pelancong Perancis sekeluarga 4 orang dan saya bersama dengan dua orang lagi pelancong gadis China. Air sungai ni tak lah dalam sangat, sebab itu lah agaknya ia dipilih untuk aktiviti berakit nih. Lagi pulak, kami tidak disediakan pun dengan jaket keselamatan. Kalau tak pandai berenang, walau pun airnya surut rasanya boleh lemas jugak kalau lambat diselamatkan. Saya tak tau lah 2 orang gadis China tu boleh berenang ke tidak. Tak pulak sempat nak tanya. Anak-anak Perancis yang kecil 2 orang tu pun saya tak pasti boleh berenang ke tak. Ada banyak jeram juga yang dilalui, walaupun kecil je tapi banyak kali juga rakit yang saya naiki nak tenggelam sebab tersangkut batu-batu yang dilalui pada jeram tuh...apa lagi, menjerit-jerit la 2 orang gadis China tuh. Kekadang tuh, pemandu tu sengaja je main-main nak tenggelamkan rakit sebab teruja agaknya bila mendengar gadis-gadis China tu menjerit-jerit bila rakit nak tenggelam.

Rakit batang bulu dipisah-pisahkan dan dimasukkan ke dalam lori untuk dibawa semula ke point asal

Kami semua dinasihatkan duduk je atas rakit tuh sebab lebih mudah rakit dikawal katanya. Tapi saya enggan duduk sebab pertamnya malas nak basahkan punggung sebab bila duduk tu maknanya duduk di atas air gak la sebab rakit buluh tu susunannya jarang-jarang je. Keduanya sebab nak menikmati sensasi berakit yang sebenar kerana bila berdiri lebih puas rasanya. Tetapi kalau dah berdiri tu kena la pandai mengawal keseimbangan badan agar rakit tu tak tenggelam. Kalau ada ranting kayu di hadapan laluan tu kena la hati-hati dan tundukkan kepala. Kalau tak nahas lah terantuk atau tersangkut. Tapi amat mengasyikkan menikmati pengalaman tuh...


Rakit batang bulu dipisah-pisahkan dan dimasukkan ke dalam lori untuk dibawa semula ke point asal

Banyak juga benda-benda menarik yang dilalui tetapi tidak dapat dirakamkan melalui lensa kamera kerana sudah ditinggalkan di salam van tadi. Rasa macam mengkelan la gak tak dapat amik gambar. Ejen pelancongan ni pun memang pandai la nak buat duit kan, di pertengahan perakitan tuh, ada la jurugambar yang telah dilantik untuk mengambil gambar kami walaupun sekeping. Sebab nanti boleh la dijual. Tadi masa naik gajah pun ada gak amik gambar tapi saya tak beli sebab saya sediri dah amik gambar melalui kamera sendir. Jadi rasanya tak perlu lah...harganya 100B (RM10) siap dengan frame sekali. Framenya tu biasa je, diperbuat daripada kertas ’recycle’. Tapi ok gak la....

Gambar yang telah siap di 'frame' kan berharga 100B

Lebih kurang 40 minit gak la kami berakit tu, akhirnya tibalah di point terakhir dan kmi pun diturunkan di situ. Sebaik sahaja kami semua naik ke daratan, para pekerja pun sibuk menanggalkan semual rakit yang kami naiki tadi untuk dibawa semula ke point permulaan tadi dengan menggunakan lori. Oooo.... rupa-rupanya rakit ni boleh ditanggal-tanggalkan dan dipasang semula!!!! Bukannya struktur tetap (rigid)...!!! Kebetulan, setibanya sahaja di point terakhir tuh, hari pun hujan... Alhamdulilllah.... nasib baik dah lepas berakit dah....saya pun berlindung di bawah pondok yang terdapat di situ di mana van di pakir. Saya menggunakan tandas di situ untuk membersihkan diri dan terus masuk ke dalam van. Kemudian datang lah petugas di situ menunjukkan gambar saya yang diambil tadi siap dengan frame sekali. Oleh sebab saya tidak ada kenangan dalam bentuk gambar untuk aktiviti nih, maka saya pun membelinya dengan harga 100B. Pelanconga Perancis dan China tu pun beli gak.... Hujan semakin lebat nampaknya, dan semua sudah berada di dalam van. Lalu, jam 3.00 pm itu pemandu pun terus masuk ke dalam van dan memulakan perjalanan pulang ke hotel di Chiang Mai semula.

Oleh sebab keletihan, saya tertidur seketika sewaktu perjalanan pulang tuh. Di tambah lagi dengan suasana hujan, menambahkan lena dalam van tuh... bila terjaga je, dah nak sampai hotel dah...dan hujan pun dah reda. Jam 4.00pm saya tiba di Lai Thai Guesthouse tempat pengginapan di Chiang Mai. Saya turun dari van sambil mengucapkan selamt kepada rakan-rakan pelancong yang lain. Saya terus sahaja menuju ke kamar untuk membersihkan diri dan berehat seketika.....