English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, July 10, 2016

MADRID...


Pusat Bandar Madrid

28 Mei 2016 (Sabtu) Setelah semalaman berada di dalam bas melalu perjalanan dari Lisbon, Portugal ke Madrid, Sepanyol akhirnya pagi ni saya pun tiba di stesen basMendez Alvaro, Madrid. Turun je dari bas tu saya terus menuju ke kaunter pertanyaan untuk memastikan lokasi stesen keretapi sebab dah janji dengan kawan-kawan untuk berjumpa di stesen keretapi je bila dah sampai di Madird ni....nampaknya saya dah sampai lebih awal dalam jam 6.00pagi ni... kawan-kawan saya akan sampai jam 8.00 pagi kalau ikut tiket mereka semalam......kat stesen bas ni plak nampaknya tiada stesen keretapi.....Kaedahnya sama la macam Lisbon, Portugal jugak di mana lokasi stesen bas dan keretapi berasingan, bukannya berpusat....Saya dimaklumkan bahawa untuk ke stesen keretapi saya perlu ke lokasi yang lain, iaitu di Atocha Renfe dan dapat ditujui dengan menaiki metro tapi perlu transit di stesen Pacifico dan ambil metro line warna biru.... saya pun mengambil metro dan menuju ke lokasi yang dimakluman.....sampai di stesen keretapi Atocha tu saya tanya plak di platform mana keretapi dari Lisbon akan tiba....malangnya..... saya dimaklumkan bahawa stesen yang saya berada sekarang adalah stesen domestik dan saya perlu ambil metro line biru juga dan terus ke stesen Chamartin untuk ke stesen keretapi antarabangsa plak....kaedahnya....saya pun akurr je lah.... dan tiba di stesen Chamartin tu waktu masih jam 7.00 pagi. Maknanya keretapi dari Lisbon belum tiba lagi...saya cuba bertanya-tanya dengan orang-orang malangnya masalah komunikasi jadi penghalang..... bateri hand phone plak dah kong...malam tadi dalam bas tiada charger dan tiada wifi....jadi tak dapat nak berhubung dan berwassup dengan rakan-rakan....Saya pun tunggulah kat stesen Chamartin tu sampai jam 10.00am tapi rakan-rakan tak muncul-muncul juga....

Lokasi Hotel Haguilar, Madrid

Kaki letih menunggu dan perut pun dah lapar, jadi saya memutuskan untuk naik ke tingkat atas bangunan stesen sebab di situ nampaknya ada cafe dan bolehlah saya meninjau-ninjau ke bawah dari situ je... kot kot nampak kelibat rakan-rakan.....Alhamdulillah.... kat cafe ni bukan sahaja ada wifi tetapi ada plug point juga..... jadi bolehlah saya charge bateri sekali sambil berwassup....saya memesan kopi dan roti bagi mengisi perut....sambil tu buka wassup dan...tup...tup dah ada pesan dari rakan tanya saya di mana? Saya kata masih di stesen keretapi menunggu....mereka kata dah sampai dan tak jumpa saya pun di stesen keretapi jam 8.00 pagi tadi dan sekarang dah jam 10.00 pagi. Mereka sekarang telah tiba di hotel Madrid dan menunggu untuk daftar masuk jam 12.00 pm. Katanya...semua hotel kat sini pund fully book juga....Rupa-rupanya mereka tidak tiba di stesen Chamartin yang saya sedang menungggu.... sebaliknya di stesen yang lain.... entahlah...berapa stesen agaknya ada di Madrid ni.....tak pe lah...asalkan saya dah tahu mereka di mana...saya pesan supa teruskan daftar masuk dan saya perlu menghabiskan sarapan dahulu dan nanti akan menyusul ke lokasi mereka berada, iaitu naik metro line biru juga dan turun di stesen Sol.....kami berjanji untuk berjumpa di hadapan Starbuck Cafe Madrid....ok, itu landmark yang mereka bagi.... Usai sarapan, saya pun menaiki metro bergerak menuju ke lokasi yang dimaklumkan, iaitu stesen Sol yang merupakan pusat bandar Madrid ni.......

Hotel Haguilar, Madrid

Bilik Hotel Haguilar, Madrid

Sampai di stesen metro Sol saya terus keluar melalui lorong shopping mall dan di dalam tu ada starbuck cafe namun saya tidak menemui rakan-rakan saya di situ....hmmmmm.... saya pun cuba mencari-cari namun tidak bertemu dan akhirnya saya memutuskan untuk terus mencari hotel untukmenginap malam ini.....sebab kata rakan-rakan tadi hotel banyak dah fully book.....rupanya memang benar..... jenuh saya masuk dari stu hotel ke satu hotel dalam hujan gerimis pulak tu pagi ni.... namun semuanya dah fully book.... tak pe masih pagi ladi.... saya teru bergerak mencari sambil menaiki bangunan sebab kebanyakkan kaunter hotel berada di tingkat atas bangunan......dan akhirnya... Alhamdullillah.... saya menemui Hotel Haguilar yang terletak di tingkat 2 bangunan dan betul-betul di tepi jalan besar.....ada bilik single kosong di sini dengan kadar 40 euro satu malam.... ok sangat..... Saya pun membayar kadar satu malam dan terus dibenarkan daftar masuk sebab bilik dan siap sedia dikemas. Saya masuk dan membersihkan diri kemudian terus membuka wassup untuk mengetahui keadaan rakan-rakan. Mereka pun dah daftar masuk katanya dan saya memaklumkan bahawa saya tidak berjumpa mereka pun di starbuck cafe tu.... rupa-rupanya mereka menunggu di starbuck cafe yang lain....kaedahnya.....kami pun berjanji untuk bertemu di stesen metro dengan landmark yang kami sama-sama maklum.....usai berehat, saya pun keluar hotel dan di luar hujan semakin lebat..... saya meneruskan perjalanan menuju ke stesen metro Sol dan ada banyak entrance nya....saya msuk dan mencari-cari tak jumpa juga.... saya cuba skeli lagi dan akhirnya...alhamdulillah.... saya nampak rakan-rakan saya di kaunter pertanyaan stesen.... akhirnya.... bagi mengelakkan kekeliruan.....kami pun sepakat untuk bertemu di kaunter pentanyaan mana-mana lokasi sebagai point pertemuan.....



Stadium Real Madrid



Stadium Real Madrid

Tak ada apa sangat yang nak diziahari di Madrid ni.... jadi bila dah bertemu tu kami bercadang untuk ke Stadium Real Madrid yang terkenal itu...lagi pun sekarang ni musim bolasepak piala Eropah.....Sampai di stadium tu... ada ramai orang menyanyi dan menari sambil mengibar-ngibarkan bendera Real Madrid sebab pada waktu ini adalah perlawanan di antara Real Madrid dan Belanda yang berlangsung di Holland....jadi riuh lah di sekitar stadium tu dan projeksi skrin turut dipasang membawakan secara langsung perlawanan tersebut untuk tontonan masyarakat Madrid.....

Stadium Real Madrid


Stadium Real Madrid


Kedai cenderahati Stadium Real Madrid

Keberadaan di Madrid ni pun tak lama, hanya satu malam sahaja.... jadi kembali dari stadium tu saya pun mencari pulak Hardrock cafe untuk membeli cenderahati dan berjumpalah juga...usai di situ saya dan rakan-rakan bersiar-siar di sekitar kota Madrid dan dalam masa yang sama juga kami menuju ke stesen keretapi untuk mendapatkan tiket perjalanan saya esok ke Sevilla sebab rakan-rakan saya membeli tiket keretapi dari Madrid ke Sevilla untuk singgah di sana sekejap sebelum meneruskan perjalanan ke Cordoba dengan menaiki bas pula.....

Madrid

Madrid

Madrid

sesampainya di stesen keretapi tu, sayabertanyakan tiket ke Sevilla seperti yang dimiliki oleh rakan-rakan. Malangnya tiket perjalanan pagi telah habis. Hanya tiket perjalanan petang sahaja lagi yang tinggal. Saya pun membatalkan niat untuk membeli tiket keretapi dan kami bergerak pula menuju ke stesen bas di Mendez Alviro, iaitu stesen di mana saya berhenti semalam. Alhamdulllah.... saya dapat tiket bas perjalanan esok jam 8.00 pagi...dengan harga 23.30 Euro dari Madrid ke Sevilla.... tetapi lupa plak nak tanya berapa lama tempoh perjalanan dari Madrid ke Sevilla tu....Dah dapat tiket tu kami berjanji untuk bertemu esok pula di stesen bas Sevilla dan bersiar-siar sekejap sebelum meneruskan perjalanan ke Cordoba pada jam 4.15 petang....... Sebelum kembali ke hotel masing-masing, kami sempat-bersiar-siar lagi sambil mendapatkan makan malam bersama............

Madrid

Madrid

Madrid

Madrid

Madrid

Madrid

No comments: