English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com
Showing posts with label Eropah 2007. Show all posts
Showing posts with label Eropah 2007. Show all posts

Tuesday, June 26, 2007

CORETAN KEMBARA EROPA


Alhamdulillah.... tepat jam 2.30 pagi waktu Malaysia penerbangan Qatar Airways dari Paris-Doha-KLIA selamat mendarat di KLIA. Maka berakhirlah kembara Eropah selama hampir sebulan atau lebih kurang empat minggu atau lebih tepatnya selama 28 hari bermula dari tarikh berlepas iaitu pada 27 Mei hingga mendarat balik di KLIA pada 23 Jun 2007. Jadi dalam ruangan ini saya ingin mencoretkan cebisan pengalaman kembara tersebut untuk dikongsi bersama-sama.

Thursday, May 31, 2007

Mukadimah Kembara Eropah Dari Riga, Latvia


Sudah lebih dua minggu saya tak 'up date' entry baru dalam blog ni sebab masih lagi dalam cuti kembara benua Eropah. So, susah sikit nak dapat duduk depan internet sebab asyik berjalan je. Kebetulan hari ni dapat peluang nak catatkan sesuatu dalam blog ni, apa lagi 'up date' je la dulu sebagai mukadimah. Sekarang saya sedang berada di Riga, Latvia iaitu sebuah negara Eropah Timur di kawasan Baltic yang baru sahaja masuk ke dalam EU yang dulunya merupakan salah sebuah negara Soviet Union. Selama dua minggu di benua Eropah ni saya telah mengembara ke beberapa buah negara bermula dari London di England (United Kingdom) kemudian ke Riga di Latvia, kemudian ke Vilnius Di Lithuania, kemudian ke Tallin di Estonia (yang merupakan negara-negara Baltic yang dulunya berada di bawah kesatuan Soviet) kemudian naik feri ke Helsinki di Finland, kemudian naik kapal ke Stockholm di Sweden (negara-negara Scandinavia) menyeberangi lautan Baltic, kemudian naik kapal lagi sekali menyeberangi lautan Baltic untuk balik semula ke Riga, Latvia (Eropah Timur). Sekarang ni berada di Riga untuk satu malam sebab malam Isnin (11.6.07) jam 10.00 pm akan naik pesawat ke Glasgow, Scotland (United Kingdom) bagi meneruskan kembara Eropah yang masih tinggal lagi dua minggu, lebih kurang la. Ada tiga buah negara lagi yang akan dijelajahi bermula dari saat 'entry' ini ditulis iaitu Scotland (UK), Paris di Perancis dan Amsterdam di Belanda (Negara-negara sebelah Eropah Barat la pulak) Insyaallah, dalam masa dua minggu terakhir kembara ini. Catatan kembara bergambar akan dimuatkan dalam blog ini dalam 'entry' yang akan datang apabila selesai kembara nanti dan bila sudah sampai di Malaysia, Insyaallah. Ada banyak gak cerita-cerita menarik sepanjang kembara ini yang merupakan pengalaman yang sukar untuk dilupakan dan sangat bernilai. Saya kira pengalaman ini wajar dikongsi bersama dengan saudara-saudara semua yang sudi menjengah blog ini. Salam kembara untuk semua...