Januari 2011, pemula bulan untuk tahun ini, saya telah dilamar untuk menyertai kembara akademik pulak katanya... ape ape je lah.... Untuk tidak menghampakan permintaan saya pun bersetuju sahaja walaupun letih dari kembara Eropah tempohari masih terasa lagi....
Saya dan sebahagian daripada ahli Badan Kebajikan PPSeni, USM berangakat pula ke Bandung, Indonesia. Tujuan kunjungan ini adalah sempena lawatan persaudaraan dan muhibah PPSeni USM ke Sekolah Tinggi Seni Indonesia, Bandung (STSI). Kedatangan kami disambut dengan mesra oleh semua kakitangan STSI yang diketuai oleh Bapak rektornya sendiri. Terima kasih untuk semua staff akademik dan sokongan STSI, Bandung atas sambutan mesra yang diberikan. Semoga jalinan hubungan akademik, muhibah serta kemesraan ini akan terus lestari....