English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com
Showing posts with label China 2009. Show all posts
Showing posts with label China 2009. Show all posts

Tuesday, July 7, 2009

Bird Nest & Water Cube

Dihadapan stesen 'subway' di perkampungan sukan Olempik, Beijing

Balik Dari Forbidden City berehat kejap kat guest house. Lepas tu sebelah petangnya saya menuju pula ke lokasi berikutnya iaitu Bird Nest dan Water Cube yang merupakan mercutanda baru Beijing yang terbina sempena pengajuran sukan Olimpik 2008. Disebabkan malamnya lewat hingga jam 10.30 pm dan kemudahan 'subway' yang murah [hanya 1 Yuan sahaja] maka memberikan ruang dan peluang untuk saya melawat ke sini kerana ini merupakan hari terakhir saya berada di China ni.



Saya naik dari stesen subway di Gulou tempat saya menginap dan turun di Olympic Green Station dan berjalan kaki menuju ke lokasi yang dituju.



Bird Nest dan Water Cube ni terletak bersebelahan sahaja, jadi saya dapat melawat kedua-duanya serentak. Lokasi acara suakan Olimpik ni memang besar dan luas. Kagum juga saya seketika...



Saya melawat ke lokasi ini pada sebelah petang kerana inigin menikmati keindahan kedua-dua mercutanda ini pada sebelah siang dan sebelah malam. Kerana waktu malam lampu akan dipasangkan pada kedua-duanya dan memberikan suatu kesan pencahayaan yang indah yang tidak dapat dilihat pada waktu siang.



Lagi pun saya tidak ada masa lain lagi untuk datang ke sini melainkan petang ini sahaja....Besok subuh-subuh lagi saya akan berangkat pulang tanpa dapat menikmati keindahan pengalaman berada di Tembok Besar Cina yang terkenal itu....

Monday, July 6, 2009

Tianenmen Square & Forbidden City

Penerbang dari Urumqi berangkat pada waktu malam semalam dan sampai di Beijing pada jam 11.00 malam. Dari airport naik 'shuttle bus' ke pusat bandar Beijing. Dari pusat bandar menuju ke 'guest house' menaiki teksi. Jam 12.m00 malam baru jumpa 'guest house' tu dan terus check-in.



Di sebelah paginya saya bercadang untuk ke Tembok Besar Cina yang terletak di Badaling dengan menaiki bas. Tetapi disebabkan sudah agak lewat saya difahamkan bahawa bas yang menuju ke Badaling tidak beroperasi pada hari tersebut. Saya memang sangat kecewa kerana sekiranya saya tidak dapat ke Tembok Besar pada hari ini bermakna saya akan terlepas untuk melawat ke sana kerana esok saya akan berangkat pulang ke Malaysia. Telah diusahakan tetapi malang.... gagal juga untuk ke Tembok Besar Cina tu...Saya tidak berlengah lagi dan terus melawat ke dua buah lokasi yang berikutnya iaitu Tianenmen Square dan Forbidden City yang bersejarah itu.



Memang luas ke dua-dua lokasi ini terutamanya Forbidden City. Sebenarnya satu hari suntuk sahaja masih tidak mencukupi untuk melawat keseluruhan Forbidden City ni. Sampai ke petang juga lah saya melawat kawasan tu secara sambil lalu sahaja. Kaki pun dah letih untuk bergerak ditambah lagi dengan cuaca yang relatifnya panas dan kering. Tetapi memang rasa berbaloi walaupun masih tidak dapat mengubati kehampaan tidak dapat berkunjung ke Tembok Besar Cina tu.....

Thursday, July 2, 2009

Heavenly Lake - Urumqi

Semalam tiba di Urumqi jam 3.00 petang dan terus berehat-rehat je. Oleh sebab penerbangan ke Beijing akan berlepas pada esok hari, maka hari ni saya mengambil kesempatan untuk menikmati keindahan 'Heavenly Lake' yang cantik itu sebab masa mula sampai di Urumqi ni tempohari tak sempat nak melawat ke sini.



Pemandangan di 'Heavenly Lake' ini akan berubah-ubah mengikut musim iaitu musim luruh, musim sejuk dan musim panas. Sewaktu lawatan saya ni musim panas maka pemandangannya cerah dan pepohonan nampak menghijau dan di puncak gunung tu nampak salji memutih.



Tasiknya ni terletak di kawasan tanah tinggi jadi dari kaki gunugn tu saya dibawa menaiki 'shuttle bus' menuju ke puncak. Oleh sebab terletak di kawasan tanah tinggi, jadi cuacanya tidak la panas sangat tetapi tidak juga sejuk sangat. Jadi, memang nyaman udara di sini. Saya sampai waktu tengahari di sini jadi terus makan tengahari sambil didendangkan dengan lagu-lagu Uigur yang melankolik itu secara 'live' oleh pelayan-pelayan dari etnik Uigur yang juga bertindak selaku penyanyi untuk menghiburkan pengunjung.



Tasiknya memang jernih membiru dengan latarbelakang gunung yang puncaknya bersalji, memang mengasyikkan.



Sewaktu turun dari tasik yang terletak di puncak gunung tu saya menaiki kereta kabel pulak menuju ke ke kaki gunung untuk mendapatkan bas balik semula ke pekan Urumqi semula.

Keretapai Dari Kashgar Ke Urumqi



Oleh sebab perjalanan menaiki keretapi dari Kashgar ke Urumqi mengambil masa selam 24 Jam maka saya membeli tiket untuk 'hard sleeper' yang ada kabin untuk tidur. Berbanding dengan 'sleeper bus', keretapi ni nampaknya lebih selesa sikit. lagi pun tak la duduk terperap atas katil je tapi boleh berjalan-jalan dari satu gerabak ke gerabak yang lain.

Wednesday, July 1, 2009

Kashgar: Sunday Market& Id Kah Mosque



Kashgar [7.6.09]- Saya tidur satu malam lagi di Kashgar ni sebab hari Ahad adalah hari yang dinanti untuk bersiar-siar dan menikmati pengalaman berada di 'Pasar Ahad' yang terkenal itu. Terdapat pelbagai barangan yang dijual di pasar ni dan saya hanya membeli 'kopiah Cina' yang terus dipakai sebagai cenderahati.



Setelah bersiar-siar di pasar tu saya menuju pula ke 'Id Kah Mosque' yang terkenal di Kashgar ni kerana sejarahnya usianya yang panjang. Menurut sejarah, masjid ini telah dibina sejak tahun 1442 lagi.



Kebetulan bila tiba di masjid ni telah masuk waktu Zohor. Jadi saya tidak melepaskan peluang untuk bersolat di dalamnya.

Kembali ke Kashgar


Lebih kurang 30 minit berada di Khunjerab Pass yang sejuk itu dan setelah puas menikmati keindahan alam serta mengambil gambar, kami memulakan perjalan pulang ke Kashgar semula dan tidak perlu lagi bermalan di Tashkurgan. Dalam perjalan pulang tu cuacanya berkabus dan kelam sahaja dan tidak seperti sebelumnya. Tiba di Karakul Lake kami berhenti dan singgah di Yurd yang sama dan dihidangkan dengan teh dan 'kuih charkui' sambil solat. Lebih kurang 30 minit berada di situ perjalanan diteruskan ke Kashgar.

Sunday, June 28, 2009

Tashkurgan ke Khunjerab Pass



[6.6.09]
Jam 9.30 pagi kami dikejutkan oleh pemandu kami yang bernama Hassan supaya bersiap kerana perjalanan akan dimulakan. Pagi ini kami bergerak menuju destinasi utama pakej yang diambil iaitu ke Khujerab Pass yang merupakan lokasi persempadanan yang memisahkan negara China dan Pakistan.



Bagi pemegang passport Malaysia, saya telah dimaklumkan oleh wakil travel agent di Kashgar tempohari bahawa tiada jaminan mutlak yang saya boleh dibenarkan oleh pegawai imigresen sempadan untuk melepasi laluan ke sana.



Terdapat tiga check-point yang perlu ditempuhi untuk sampai ke Khunjerab Pass ni. Check-point pertama yang harus ditempohi adalah amat penting yang letaknya kira-kira 5 minit perjalanan dari Traffic Hotel.



Di check-point ini passport kami diambil dan bagi mamat Korea tu tak ada masalah. Senang je lepas tanpa banyak soal.



Tapi bila terima passport Malaysia maka pegawai tu membelek banyak kali dan membuat panggilan telefon mungkin untuk mendapatkan kepastian daripada pegawai atasannya mengenai status pemegang passport Malaysia untuk ke Khunjerab Pass ni.



Dalam hal ni, pemandu kami Hassan turut memainkan peranan penting dalam memberikan jaminan untuk kami melepasi sempadan. Akahirnya kami dibenarkan lalu dan setiap seorang dikenakan bayaran sebanyak 10 Yuan.



Alhamdulillah… di dua check-point berikutnya passport kami diperiksa juga tetapi tidak begitu banyak soal kerana kami sudah mendapat surat kebenaran di check-pont yang pertama tadi.



Tiba di Khunjerab Pass yang berketinggian 4800 meter dari paras laut ini merupakan pengalaman terindah yang amat menakjubkan, karya estetika tertinggi Yang Maha Agung. Di sini juga merupakan klimaks bagi kembara Laluan Sutera ini....Biarlah visual dari foto sahaja yang menceritakannya….