English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com
Showing posts with label Paris 2007. Show all posts
Showing posts with label Paris 2007. Show all posts

Monday, August 20, 2007

Paris....OHH,,, Pariss....Jumpa lagi...


19.6.07 (Selasa), Hari ni saya bergerak jauh sikit dari paris menuju ke Chateau de Versailles iaitu tmepat di mana terletaknya Istana Versailles. Saya pergi ke sana naik metro dari hotel kemudian naik RER iaitu sejenis lagi kenderaan awam yang kalau kat Malaysia sama macam Komuter la.Lepas tu tukar pengangkutan bas plak untuk sampai ke istana tu. Seronok gak sebab dapat naik semua jenis kenderaan awam kat Paris ni. Jarak mengambil masa lebih kurang 40 minit la .... sebab kena keluar sikit dari kota Paris.


Sampai je kat istana tu rasa terpegun gak sebab ramai orang satu hal, tetapi rekabentuk istana tu memang sangat mengagumkan dan sangat megah denga senibina ala Baroque nya. Saya rasa istana ni lebih besar daripada istana Buckingham di London dan sudah pastinya lebih indah. Lebih cantik dan menarik pemandangannya terutamanya taman istana yang terbahagi kepada tiga penjuru istana yang sangat luas di hiasi dengan pokok-pokok, tasik dan kolam-kolam binaan yang cantik. Saya berehat seketika smabil menikmati keindahan itu dan mengelamun mengenai era pemerintahan Perancis sebelum menjadi republik. Macamana agaknya???? mesti besttt.... berangan la plakkk.... lama jugak duduk kat istana tu dan hari ni jalan-jalan menikmati kota paris dan bertukar-tukar jenis kenderaan awam je la. Sampai satu hari suntuk la gak jalan-jalan hari ni....


Sambil tu hari ni kena cari hotel lain plak sebab malam ni malam terakhir tiduk kat hotel Formule 1 sebab tak boleh boleh nak sambung lagi sebab fully book. Cadangnya nak ke Amsterdam tetapi disebabkan kesuntukan masa maka terpaksalah niat tu dibatalkan. Jadi melam esok ada lagi satu malam tinggal di paris ni. jadi kena la cari hotel lain dan akhirnya jumpa la hotel "Colonel Fabien" yang terletak kat pusat bandar Paris gak la. Bila dah book tu, lega sikit dan esok boleh pindah ke sini plak...

20.6.07 (Rabu), pagi ni terus pack barang untuk check-out lepas je sarapan pagi dan ambil metro untuk pergi check-in kat Hotel Fabien plak yang dah book semalam tu la. Sampai je terus letak barang dalam bilik dan keluar balik untuk jalan-jalan lagi sebab dah tak jadi ke Amsterdam. Ada banyak tempat nak pergi sebenarnya kat paris yang luas ni tinggal lagi masanya je.... so hari ni saya bercadang untuk melihat-lihat 'Notre-Dame' yang terkenal itu dan ke 'Museum of Modern Art' plak. 'Notre-Dame' ni sebuah gereja lama yang masih lagi digunakan dan penggambaran filem pun banyak gak dilakukan di sini. Rekabentuk bangunan 'Notre-Dame' ni memang unik dan mengasyikkan bila melihatnya kerana kehalusan seni ukirannya.


'Museum of Modern Art' ni plak terletak kat pusat bandar yang di kelilingi oleh bangunan yang berusia ratusan tahun. Agak pelik gak sebab bangunan ni sekali nampak macam bangunan kilang yang tak siap je. Struktur asas bangunan museum ni macam 'scalfolding' yang berbentuk kerangka gabungan besi, kaca dan fibre glass dan terdiri daripada lima tingkat.


Di hadapan museum tu ada banyak artis-artis jalanan yang membuat performance samada melukis, mengukir, menyanyi, menari dan macam-macam lagi aktiviti 'performance'. Saya duduk di hujung dataran museum dan memerhatikan aktiviti 'performance' dari perspektif yang lebih luas dan bangunan museum tu menjadi 'back drop'nya. Yang menarik hati saya ialah mak cik tua yang berjalan-jalan kat depan museum tu dan terus duduk kat tepi didding dan memainkan alat muzik yang bentuknya macam violin pun ada, macam gambus pun ada tapi kecil sikit daripada gambus. Cara mainnya plak macam main 'rebab'. Makcik tu duduk kat tengah panas tu dan gesek la alat muziknya yang tah apa bunyinya tak tau la dan bila ada orang lalu lalang terus campakkan duit kat macik tu. kemudian mak cik tu berhenti gesek dan tengok duit pas tu dia gesek lagi. Sambil tu mata mak cik tu liar tengok orang lalu lalang kat depan dia dan gesek lagi. Nampak lucu la plak sebab 'tah mak cik tu tau main alat tu atau pun tidak', tak pasti la plak. Tapi aksinya memang agak melucukan dan tersenyum-senyum sendirian saya kerana geli hati.Ada satu mamat Asia ni plak menyanyi sambil main gitar dan sapa-sapa nak bagi duit boleh bagi. Tapi suaranya agak sedap gak dan nyanyi lagu English je. Lepas tu terus jalan-jalan lagi untuk menikmati kota paris untuk saat-saat yang terakhir sebab esok dah nak balik dah.





21.6.07 (Khamis), Bangun pagi dan kemas barang pas tu tinggalkan kat kaunter sebab nak check-out jam 12.00 pm nanti. So, pagi ni nak ke stesen keretapi dulu dan survey macamana nak pergi ke airport 'Charles de Gaulle' petang nanti untuk balik ke KLIA. Sampai kat stesen terus breakfast dan bila dah pasti macamana nak ke stesen saya ambil kesempatan untu jalan-jalan kota Paris lagi. Pas tu jam 12.00 pm terus check-out dan ambil train untuk ke airport 'Charles de Gaulle'. Besar gak airport ni dan memang la canggih gak.....beratur memang panjang untuk check-in dan akhirnya dapat juga check-in dan menunggu flight datang dan bertolak waktu malam. Selamat Tinggal Paris dan moga jumpa lagi.......

22.6.07 (Jumaat) Jam 5.30 pagi flight Qatar Airways selamat mendarat di Doha Airport. Oleh sebab transit kat sini lebih dari 8 jam maka pihak Qatar Airways menyediakan hotel untuk kami berehat. Shuttle tiba agak lewat untuk bawa kami ke hotel "Al-Muntazah Plaza'. Kira-kira 10 minit perjalanan sampai ke hotel dan kami diberikan bilik untuk berehat dan sarapan pagi turut disediakan. Cuacanya memang panas kat padang pasir ni. Bahangnya memang terik sangat sampaikan kalau buka tingkap je bahangnya terus menyengat masuk. Lepas breakfast terus naik mandi dan rehatkan diri kejap sebab jam 12 pm nanti shuttle datang jemput balik untuk ke airport.

Saya meninjau ke luar tingkap dan memerhatikan pokok-pokok kurma yan ditanam disekitar bandar Doha. Semuanya nampak kering je sebab terlalu panas. Bangunan di Doha ni pun tak la menarik sangat, macam kotak-kotak je. Sambil tu ada banyak bangunan-bangunan baru sedang dibina di merata-rata tempat. Jalan-jalan kat bandar nye pun nampak lengang je. macam tak ada ornag je kat bandar ni. Mungkin sebab panas kot, jadi orang semua tinggal dalam rumah je...

Jam 12.30 pm Shuttle datang dan jemput kami ke airport untuk naik flight jam 2.30pm nanti. Selamat tinggal Doha dan Insyaallah kalau saya naik Qatar airways lagi nanti, kita akan jumpa lagi. Walaupun kotamu panas tetapi aku tetap merindui mu....aku terpaksa pergi kerana KLIA sedang menanti ku......Jam 3.00am lebih kurang, flight selamat mendarat di KLIA...maka berakhirlah di sini, kembara Eropah pada kali ini dengan ribuan kenangan yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan melalui coretan blog ini.....

Friday, August 17, 2007

Paris - Day two



18.6.07 (Isnin), Biasalah...breakfast mula jam 7.00am. Inilah masa yang ditunggu-tunggu...lepas mandi je terus turun untuk dapatkan menu kegemaran. Hari ni agak cerah macam semalam tapi belah petang nanti tak tau la hujan lagi ke tak. Tapi yang pastinya pagi ni cerah dan berangin, hati saya berbunga sebab nak pergi ke mercu tanda Paris iaitu Eiffel Tower hari ni. Lepas breakfast bergerak ke metro station menuju ke 'Montmartre' (atau turut juga dikenali sebagai 'Sacre Coeur'). Dari sini saya bergerak menuju ke Eifel Tower berjalan kaki. Cuaca sedikit gelap bila sampai kat sini sebab matahari dilindungi awan yang nampak gelap sikit.


Bila sampai kat Eiffel Tower tu terkagum la jugak dengan keunikan rekabentuk bangunan menara tu. Ada ramai orang beratur untuk beli tiket nak naik ke puncak tower tu, tapi saya tak sanggup la nak beratur panjang-panjang, tengok macam tu pun cukup la. Kat taman di kawasan persekitaran tower tu saya duduk seketika merehatkan diri sambil memerhatikan orang yang lalu lalang. Ada ramai rombongan budak-budak sekolah yang datang ke situ dengan guru-guru mereka. Nampaknya kawasan ni memang tempat tumpuan pelancong sebab orang yang datang tak putus-putus dari pelbagai bangsa dan negara di seluruh dunia. Agaknya boleh ke Twin Tower (KLCC) jadi macam ni suatu hari nanti....?? kalau tak sekarang pun?!!!



Dah agak lama gak saya berehat kat situ dan mula untuk beredar sambil mengambil gambar dari pelbagai sudut Eiffel Tower tu. Dari sini saya naik bas menuju ke 'Meddline' yang merupakan pusat fesyen dunia yang terkenal itu. Tempat ni memang agak exclusive la sikit dan muka-muka Asia pun tak banyak sangat dijumpai di sini.Orang yang datang ke sini samada bekerja atau tinggal di sini pun agak bergaya trendy la sikit berbanding 'Porte de st-Ouen' tu. Sebenarnya tujuan utama saya datang ke sini adalah untuk 're-confirm' tiket balik ke KLIA yang kebetulan 'travel agent office' untuk Qatarairways terletak bersebelahan dengan bangunan di mana lazim berlangsungnya peragaan fesyen dunia. Alhamdulillah....tiket balik dah confirm pada 21.6.07 nanti..... Balik dari 'Meddline' naik bas sekali lagi untuk ke hotel terus dan berehat kejap......

Sebelah petangnya saya keluar lagi untuk dinner dan dalam masa yang sama saya ambil kesempatan untuk pergi ke 'Mullin Rough' yang terkenal dengan persembahan pentas cabaret itu. Ramai betul orang beratur untuk menunggu giliran membeli tiket untuk menonton persembahan cabaret yang pernah difilemkan dengan pelakon utamanya ialah Nicole Kidmann sebagai penari cabaret. Kebanyakkan yang beratur tu adalah pelancong dari Asia yang datang dengan pakej pelancongan terutamanya pelancong Jepun di samping pelancong dari negara Eropah yang lain. Agak menarik gak menyaksikan fenomena yang jarang berlaku dalam seni persembahan pentas di Malaysia.

Kemudian saya pergi dinner di tempat yang saya selalu pergi tu la, iaitu 'Arab Quarter' dengan menaiki Metro sekali lagi. Lepas dinner jalan-jalan kejap, pas tu balik untuk tidur.... esok nak jalan-jalan lagi....

Wednesday, August 15, 2007

Kota Paris - Day One



17.6.07, Pagi yang indah dengan sinaran matahari yang menerangi kota Paris, saya bangun dan terus bersiap untuk breakfast. Kat hotel di Paris ni saya dah tak perlu masak dah sebab breakfast is already included. Agak mewah sikit la sepanjang duduk di Paris ni sebab ini merupakan destinasi terakhir kembara ni. Breakfast ni menunya simple je iaitu roti, cereal, susu, kopi dan jus. So, masa breakfast memang dinanti-nantikan sebab nak makan banyak sikit sebelum memulakan jalan-jalan. Lepas makan terus ke stesen metro dan beli tiket untuk satu minggu dan boleh digunakan untuk semua pengangkutan awam yang merangkumi lima kawasan di sekitar paris ni. Tapi nak dapatkan tiket ni kena buat pas dan perlu ada gambar. Nasib baik ada bawa gambar nak buat visa masa kat Kuala Lumpur dulu, kalau tak kena buat gambar kat sini, mahal la sikit.




Destinasi pertama saya hari ni ialah ke Palais-Royal di mana terletaknya 'Palais Musee du Louvre' iaitu muzium terbesar di dunia yang menempatkan potret Monalisa yang terkenal itu. Memang besar bangunan muzium ni dan merupakan 'fusion' di antara struktur rekabentuk lama dan moden kontemporari. Saya terkagum seketika apabila sampai di sini dengan keindahan struktur dan rekabentuk bangunannya. Hari ni Ahad jadi ramai orang yang datang melawat ke sini. Barisan memang panjang di kaunter membeli tiket dan kawalan keselamatan juga agak ketat. Memandangkan saya tidak mempunyai masa yang lama untuk berada di sini maka saya tidak jadi beratur untuk masuk dan membeli tiket. Walau bagaimana pun ada ruangan di bahagian bangunan muzium itu yang tidak kurang menariknya untuk di terokai.




Selepas itu saya pergi ke bangunan bersebelahan muzium yang merupakan 'Theatre-du Palais Royal' iaitu antara panggung teater yang terkenal di Paris. Di hadapan bangunan teater terdapat 'installation' dalam bentuk silinder yang diperbuat daripada konkrit dalam pelbagai saiz dan digunakan oleh orang awam untuk aktiviti rekreasi bersama anak-anak. Secara tidak langsung karya instalasi tersebut menerbitkan aktiviti 'performance' melalui aktiviti interaksi orang awam bersama instalasi tersebut. Saya agak tertarik denga ide yang menjadikan karya instalasi tersebut bersifat fungsional dan ada signifikasi yang bersifat kontekstual dengan masyarakatnya. Jadi, tidak hairanlah mengapa masyarakat di sini dapat memupuk nilai berbudaya dan berkesenian sebagai satu cara hidup dengan sangat efisien.


Kemudian saya turut menziarahi 'Galeries et Jardin-du Palais Royal' dan 'Comedie Francaise' yang bangunannya terletak bersebelahan situ je. Saya berjalan sedikit menuju ke the exit to the metro station Palais-royal di mana terdapat sculpture yang sangat kontemporari yang menjadi gerbang station itu. Karya sculpture tersebut telah dihasilkan oleh designer iaitu 'Jean-Charles de Castelbajac'. Saya lalu je kat stesen metro tu tapi tak naik metro sebab saya nak jalan kaki je. So, dari 'Palais musee du Louvre' tu saya berjalan menuju ke 'Avenue Champs' kemudian melalui 'Elyees' sehingga sampai di 'Arc de Triomphe' yang mengambil masa kira-kira 1 jam gak la jalan pelan-pelan sambil duduk rehat bawah pokok. Cuaca sangat bersinar dan ramai orang bergerak sepanjang perjalanan tu memnerbitkan suatu perspektif yang sangat menarik bila saya menoleh ke belakang dari 'Arc de Triomphe' menghadap ke arah 'Palais-Royal".


Sampai je di 'Arc de Triomphe' ni terasa lapar la plak sebab dah tengahari pun. so bercadang nak makan kat mana plak ni? Saya pun pergi cari station metro terdekat dan bergerak menuju 'Barbes-Rocheckvat' atau 'Red Light Street' atau pun lebih juga dikenali sebagai 'Arab Quarter'. Di sini merupakan tempat yang sangat terkenal untuk mendapatkan makanan hallal kerana banyak peniaga-peniaga Arab, Turki dan India yang menjual makanan halal di sini. Ironinya, disamping makanan hallal, di sini juga merupakan tempat perniagaan 'daging hidup segar' atau lebih mudahnya tempat pelacuran la. Kalau kat Malaysia macam di Chow Kit Road dan Bukit Bintang la.... Yang jadai 'bapak ayam'nya orang-orang Arab, Turki dan India tu juga laaaaa......bukannya mat salleh caucasian (sedih dan malu gak tengok situasi tu...).



Premis-premis perniagaan hallal tu pulak berselang-seli dengan premis perniagaan yang 'tak hallal' tu jugak. Pada mulanya saya agak 'confuse' la plak sebab asal lalu je pak Arab yang jadi 'bapak ayam' dan 'ayam-ayam'nya selalu panggil nak offer 'ayam'. (Sama la macam kalau lalu kat Bukit bintang tu...!). Tapi saya datang sini nak cari makanan hallal....bukannya ayam tak hallal...!!! Tapi bila dah lama-lama tu dah 'mangli' dah....Bapak ayam tu siap kenal lagi terus teka "from Malaysia....!!!???" Hai...Arab....Arab....! Nampaknya diorang dah kenal dah muka Malaysia. Saya pun tak pasti kalau ada orang Malaysia yang pernah melanggan 'ayam' kat situ. Tapi yang pastinya...ramai orang Malaysia mungkin datang ke sini sebab nak cari makanan hallal....itu saya pasti....




Jalan punya jalan akhirnya amik keputusan makan kat restoran India yang jual nasi beryani layuk ayam. singgah la makan kat situ. Ok gak la rasanya dan menu yang paling best kat situ ialah resepi ayam goreng (macam KFC la...), cuma rasanya campuran rempah kari India, tu yang best tu...tapi citarasanya tak la sama macam Nasi Kandar atau Nasi Mamak di Malaysia....kalau ikut citarasa memang la di Malaysia lebih sedap secara relatifnya. Tambah-tambah lagi nasi di restoren Hameediyah kat Campbell Street, Penang. Ayoo tak boleh lawan oooo....


Lama gak lepak kat restoran tu sambil tengok video clip lagu-lagu Hindustan yang dipasangkan pada TV. Sambil tu pulak hari hujan kat luar, so, lepak la lama sikit waktu lunch tu. Lepas dah lama tu keluar la juga dari situ sambil meredah hujan yang masih belum berhenti tetapi semakin lebat la plak. Berhenti la kejap kat kedai Pakistan yang jual kain baju dan cenderahati. Kemudian pak cik Pkistan tu siap tegur lagi..."from Malaysia?" saya jawab 'yes'...kemudian dia jawab 'Ooo Malaysia is very good" sambil mengangkat ibu jarinya kemudian dia sebut nama-nama bekas perdana menteri Malaysia yang dia ingat iaitu Tun Abdul Razak, Tun Mahathir dan perdana menteri sekarang Abdullah Ahmad Badawi. Sambil tu dia kata "Malaysia good.....Malaysia good" berulang kali. Rasa bangga kejap la bila dengar pak cik tu cakap macam tu. Kemudian siap nak bagi diskaun lagi kalau beli barang dia...kelasss...


Agak lama gak lepak berteduh kat kedai Pakistan tu tapi hujan masih belum berhenti tetapi masih gerimis. So, saya pun ambil keputusan untuk balik ke hotel je. Lagipun hari dah petang. Saya pergi ke stesen Metro dan balik ke hotel untuk lepak-lepak. Nanti Malam boleh keluar balik untuk dinner. Bukannya susah sangat, tiket dah dibeli untuk seminggu. Jadi tak perlu risau nak bayar tambang lagi....guna je la semaksimum mungkin. Public transport plak bukan susah sangat nak dapat, bersepah ada...nak naik metro ke! bas ke! RER ke! ikut suka lahh....tak perlu tunggu lama-lama pun.

Tuesday, August 14, 2007

DAH SAMPAI PARIS DAHHH......


16.6.07, Lebih kurang jam 6.00pm (waktu Paris), penerbangan Ryanair selamat mendarat di lapangan terbang tambang murah 'Beauris Airport', Paris. Kecil je airport ni, rasanya LCCT besar sikit kot...sampai je terus beratur untuk chop passport kat imigresen. Panjang gak barisannya sebab ramai pelancong yang masuk selain daripada penduduk Perancis sendiri yang balik dari luar negara. Jenuh gak tunggu dalam barisan tu sambil terpesona dengan tuturan bahasa Perancis yang keluar daripada mulut orang di sekeliling yang sama-sama berbaris tu. Dalam banyak-banyak cakap yang didengar tu hanya perkataan 'merci' dan 'pardon' je yang saya benar-benar faham... yang lain tu mintak maaf la... "pakcik tak khatam belajar lagi..."

Yang bestnya nak masuk paris ni mudah je, pegawai imigresen tak banyak tanya...terus je chop passport. Tak macam kat London, bukan main payah lagi...Dah chop passport terus keluar dari terminal dan bas memang dah ada menunggu untuk bawa ke kota Paris yang jaraknya 40 kilometer je dari airport ni dan tambangnya sebanyak 13 Euro. Perjalanan dari sini ke kota Paris mengambil masa kira-kira 1 jam la.... lebih kurang termasuk traffic jam.

Cuaca kat Paris waktu saya tiba tu gerimis sikit dan mendung la..tapi tak sejuk macam UK. Kat sini baru la terasa suasana 'summer' nya tu. Sampaikan berpeluh gak saya dalam bas tu sebab aircond tak dipasang. Semasa dalam perjalanan tu ada lah kesempatan untuk melihat sekeliling...ok gak Perancis ni...lebih kurang sama la macam negara Eopah lain...sehinggalah lebih kurang satu jam perjalanan tu sampai lah di bus stand kat city centre. Turun dari bas je terus menyeberang jalan menuju ke stesen metro (train bawah tanah). Nak menyeberang jalan tu kena hati-hati sikit sebab pemandu kat sini tak macam pemandu di negara Eropah yang saya dah pergi, sebab diaorang bawa agak laju dan tak kan berhenti untuk beri laluan pada pejalan kaki. So, kena gamble je cross jalan sambil berhati-hati. Ada lebih kurang macam kat Malaysia gak la...kaedahnya....

Sampai kat stesen metro terus beli tiket untuk ke 'Porte de St-Ouen' iaitu tempat di mana terletaknya hotel 'Formule One' (rangkaian Accor Hotel) yang telah saya tempah lebih awal untuk saya menginap selama 4 malam sepanjang berada di Paris ni. Kat sini saya tinggal lama sikit sebab ia merupakan destinasi terakhir untuk kembara Eropah ni dan dari point sini saya akan balik semula ke Malaysia mengikut 'return tiket' yang saya beli melalui Qatar Airways. Semasa berada kat stesen metro dan bila dah naik ke dalamnya tu, saya masih tak terasa macam berada di Eropah. Sebabnya, disekeliling saya tu kebanyakkannya wajah-wajah Black Afrika, Morokko, Turki, India, China dan lain-lain wajah yang bukan Caucasian. Ada la yang muka mat salleh caucasian ni, tapi tak ramai la plak. Tertanya-tanya gak dalam hati "Kat Paris ke... kat mana, aku ni?"....

Tak lama kemudian sampai di stesen Porte de St-Ouen dan saya turun untuk berjalan kaki sedikit menuju ke hotel yang mengambil masa kira-kira 5 minit perjalanan. Sambil berjalan tu saya perhatikan kawasan ini merupakan penempatan penduduk imigran yang ramainya. Agak sedikit kotor dengan sampah sarap yang kelihatan bersepah merata-rata. Yang paling ketara ialah tempat pembuangan sampah bersebelahan Pam Petrol di mana terdapat beberapa orang pengemis jalanan tidur di situ berlapikkan sampah sarap. Sampai kat hotel saya check-in dan masuk bilik terus letakkan barang. Perut rasa lapar la plak, so turun semula dan berjalan kaki sedikit berdekatan dengan hotel terdapat cafe Arab menjual makanan hallal. So, saya dinner dengan kebab kat situ je, then balik hotel rehat dan tidur....sampai esok plak nak ronda-ronda kota paris.....