English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com
Showing posts with label Granada 2016. Show all posts
Showing posts with label Granada 2016. Show all posts

Sunday, July 17, 2016

PEMANDANGAN AL-HAMBRA DARI MIRADOR DE SAN NICOLAS.....SEBELUM KU TINGGALKAN GRANADA...



Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas. Dari kiri ke kanan: Generalife, gunung Picodel Veleta (Sierra Nevada), Palacios Nazaríes, Istana Charles V, Alcazaba


1 Jun 2016 (Khamis) Seperti yang telah dirancang sejak malam tadi di kamar rakan-rakan, jadi pagi ni sekali lagi kami bangun awal sekitar jam 7.00am untuk menuju ke di Mirador de San Nicolas melihat pemandangan keindahan Al-Hambra dari kejauhan. Kami perlu pergi awal sebab menurut peta yang kami teliti lokasinya boleh didatangi dengan berjalan kaki sahaja. Lagi pun kami perlu kembali semula ke hotel selepas itu sebelum jam 12 pm sebab perlu daftar keluar pada tengahari ini. 


Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas. Dari kiri ke kanan: Generalife, Picodel Veleta, Palacios Nazaríes, Istana Charles V, Alcazaba


Mirador de San Nicolas ni juga merupakan lokasi lawatan yang menjadi pilihan utama pelancong sebab dari puncak bukit ni, kita boleh nampak keseluruhan panorama indah kota Granada dan yang paling utamanya adalah menikmati keindahan pemandangan Alhambra berlatarbelakangkan gunung Picodel Veleta terletak di Sierra Nevada yang puncaknya sentiasa bersalji sepanjang tahun. Gunung ni merupakan yang ketiga tertinggi di Semenanjung Iberia ni dan yang kedua tertinggi di Sierra Nevada. Stesen Ski Sierra Nevada juga terletak di gunung Picodel Veleta ni, sebab puncak gungung tu sentiasa bersalji sepanjang tahun yang menjadi tarikan bagi penggemar sukan lasak ski. 

Mirador de San Nicolas

Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.

Untuk sampai ke Mirador de San Nicolas ni....kalau dari bandar seperti saya dan rakan-rakan lakukan adalah dengan berjalan kaki sahaja kerana hotel kami terletak di pusat bandar dan secara relatifnya tidak jauh dengan lokasi ini. Cuma berjalan kaki dari Calle Elvira tu di atas jalan yang berbatu bundar dan menaiki bukit melalui lorong-lorang yang di kiri kananya adalah rumah-rumah kediaman penduduk. Tapi kalau nak naik bas pun boleh juga dan perlu naik bas dari Gran Via. Bas no 31 dan 35. Keadaan jalan rayanya pun sama, iaitu berbelok-belok dan berbatu-batu serta perlu menaiki menuruni bukit.....


Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.

Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.

Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.

Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.

Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.

Panorama kota Granada dari Mirador de San Nicolas.

Panorama kota Granada dari Mirador de San Nicolas.


Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.

Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.


Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.

Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.

Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.

Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.

Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.

Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.

Letih juga memanjat bukit yang jalannya berbatu-batu itu dan setiap kali bertemu dengan jalan bersimpang saya dan rakan-rakan bertanya kepada penduduk yang kebetulan lalu di lorong itu untuk mendapatkan kepastian tentang lokasi yang kami tujui. Laluan yang kami lalui itu juga merupakan laluan utama penduduk yang menuju ke pusat bandar dengan berjalan kaki menuruni bukit untuk turun ke pusat bandar dan menaiki bukit ketika kembali ke rumah. Jadi mudah kami nak bertanya jalan sebab sentiasa ada pejalan kaki yang lalu-lalang di situ menggunakan laluan yang sama. Tidak berapa lama kemudian kami pun tiba di puncak bukit yang dikenali sebagai Mirador de San Nicolas itu. Bila dihitung balik keseluruhannya lebih kurang 1 jam gak la saya berjalan menaiki bukit tu....Alhamdulillah.... sampai juga akhirnya menikmati pemandangn yang indah itu.....Tidak banyak perkara yang di buat di atas tu, hanya merakan foto kenangan sahaja....kebetulan waktu kami tiba di situ hari masih pagi, jadi pelancong lain pun belum ada yang datang berkunjung lagi... hanya kami betiga sahaja... dan pagi tu juga ada seorang penduduk yang sedang duduk sambil melukis gambar Alhambra di situ.....Setelah puas mengambil gambar di situ, kami pun memulakan perjalanan turun dari bukit tu untuk menuju ke pusat bandar semula. Setibanya di bandar kami bercadang untuk singgah makan di restoran buffet halal yang kami jumpa semalam. Namun, setibanya di situ kami dimaklumkan restoran hanya akan mula beroperas pada jam 1.00 pm sahaja. Waktu kami tiba jam menunjukkan pukul 11.30 pagi. Jadi ada 30 minit untuk kami perlu menunggu dan sementara itu, kami memutuskan untuk kembali semula ke hotel yang tidak berapa jauh dari situ, iaitu selang beberapa buah kedai sahaja. Setibanya di hotel saya dan rakan-rakan masuk ke kamar dan mengemaskan barangan masing-masing. Tepat jam 12.00 pm, kami menuju ke kaunter untuk daftar keluar sebab malam nanti akan berangkat pulang ke Barcelona. Usai urusan daftar keluar tu, kami memohon untuk tumpang meninggalkan beg di situ sementara kami pergi mendapatkan makan tengahari.

Buffet Lunch halal di Granada

Kami pun meletakkan beg di dalam satu kamar bersebelahan dengan kaunter tu dan turun dari hotel untuk mendapatkan makan tengahari di buffet halal tadi yang telah pun mula beroperasi. Oleh sebab jam menunjukkan tepat pukul 1.00 bila saya dan rakan-rakan tiba di restoran tu... maka kami juga merupakan pelanggan pertama yang tiba di restoran buffet halal itu pada hari ini....terdapat beberapa pilihan menu di restoran ini tetapi dari segi rasanya relatif tidak menepati selera.....tetapi pilihan  untuk salad memang banyak...namun untuk mengisi perut pada ketika itu memang sudah memadai.....lebih kurang 1 jam kami berada di restoran tu makan-makan sambil berbual dan yang terakhir mendapatkan pencuci mulut....akhirnya kami pun membayar harga makanan dan beredar lalu kembali semula ke hotel untuk mendapatkan beg kami semula.....

Aeroporto Granada

Sampai di hotel tu kami mengambil beg lalu beetanyakan kepada penjaga kaunter bagaimana nak dapatkan bas untuk ke lapangan terbang Granada. Penjaga kaunter ni orang lain pulak dan bukannya pak cik peramah yang kami selalu berurusan tu.....nampaknya yang satu tak begitu mesra dan menjawab soalan kami acuh tak acuh je..... dia kata turun kat bawah dan tunggu kan perhentian bas yang ada di tepi jalan bersebelahan hotel tu.....selepas mengucapkan terima, kasih kami pun turun dan menuju ke perhentian bas yang dimaksudkan.... tapi kami ragu tentang kesahihan lokasi nak tunggu bas ke lapangan terbang ni sebab macam tak ada bas je yang lalu di situ... dan pada peta laluan di perhentian tu juga tiada yang menunjukkan bas yang akan pergi ke sana....no bas pun tak tau yang mana ke lapangan terbang? Jam baharu menunjukkan pukul 2.30 pm dan masih awal lagi ni nak ke lapangan terbang sebab penerbangan hari ni menaiki flight Vueling berangkat pada jam 10.35 malam dari Granada ke Barcelona. Waktunya masih awal lagi tapi kai dah letih nak jalan-jalan... dah tak tahu nak ke mana dah....tunggu juga lah bas dan bila bas tiba tak pasti nak naik ke tak....akhirnya kami memutuskan untuk naik teksi sahaja.....kebetulan ada teski yang lalu di situ kami pun menahan dan teksi berhenti.....saya kat ke lapangan terbang dan pemandu teksi tu angguk....kami pun masuk....tak lama.... dalam 20 minit je naik teksi tu dah sampai di lapangan terbang....

Aeroporto Granada


Aeroporto Granada

Aeroporto Granada

Aeroporto Granada

Minum kopi, jus oren, buah dan roti petang/malam di Aeroporto Granada

Setibanya di lapangan terbang tu saya pun membayar tambang teksi dan kami masuk ke dalam terminal yang relatif kecil sahaja dan orang pun tidak ramai lagi waktu kami tiba tu....masa masih panjang nak tunggu sampai jam 10.30 malam nih....apa yang boleh di lakukan adalah lepak-lepak sahaja di dalam terminal tu sambil merakamkam beberapa foto....sehinggalah jam 7.00 pm kami pun mendaftar masuk....hari pun masih terang lagi....sementara menunggu tu kami pun bercadang minum kopi dan roti di cafe yang terdapat dalam terminal menunggu tu....walaupun dari segi kecerahan macam waktu petang la lagi ni walaupun dah jam 7.00pm, tapi kalau waktu macam ni dah kira merangkap makan malam la ni....Sehinggalah jam menunjukkan pukul 10 malam, kami pun terus boarding....tepat jam 10.30pm penerbangan pun berangkat meninggalkan Granada menuju ke Barcelona.....Selamat tinggal Granada dan terima kasih untuk pengalaman yang terindah di sini......

Aeroporto Granada

Friday, July 15, 2016

GRANADA......AL-HAMBRA.... SEJARAH SILAM YANG KELAM



Di kota Granada menuju ke Al-Hambra

31 Mei 2016 (Selasa) Seawal jam 7.00 Pagi saya dan rakan-rakan telah keluar dari hotel untuk melunaskan misi lawatan utama kami hari ini, iaitu melawat Al-Hambra yang terkenal itu. Oleh sebab kami tingggal di hotel yang sama, maka memudahkan kami untuk menepati waktu dan tidak perlu tertunggu-tunggu. Lagi pun kami pergi hanya dengan berjalan kaki sahaja dari hotel kerana mengikut peta yang ada di tangan, jaraknya dari hotel kami tidaklah jauh sangat dan boleh didatangai dengan berjalan kaki sahaja......kami melalui jalan dan lorong yang kami lalui malam tadi sehingga sampailah ke penghunjung kota dan bertemu dengan pintu gerbang di kaki bukit, iaitu laluan yang membawa kami menuju ke Alhambra dan laluan ini dikenali sebagai Alhambra Woods yang dikelilingi oleh pepohonan nan menghijau. Saya berjalan menaki bukit melalui Alhambra Woods ni ebab Al-Hambra tu dibina di atas bukit....

Pintu gerbang memasuki laluan ke Al-Hambra

Di laluan pejalan kaki menuju ke Al-Hambra

Lebih kurang 25 minit berjalan kaki menaiki bukit yang diteduhi dengan pepohonan yang rimbun dan menghijau itu maka sampailah akhirnya kami di pintu masuk Alhambra. Rakan-rakan saya telah menempah tiket masuk lebih awal secara dalam talian dan bergerak dalam kumpulan yang diketuai dengan pemandu pelancung. Tapi saya masih tidak membeli tiket lagi.....namun, oleh sebab kami samapai awal pagi lagi maka barisan untuk membeli tiket secara persendirian masih kosong.....saya pun tanpa melengahkan masa terus masuk ke dalam barisan untuk membeli tiket dan setibanya di kaunter saya memilih untuk mendapatkan tiket yang berharga 7Euro sahaja secara persendirian dan tidak berkumpulan seprti rakan-rakan saya.....dah dapat tiket tu saya dan rakan-rakan pergi mendapatkan sarapan pagi dahulu di kafe bersebelahan pintu masuk tu.....

Tiba di Al-Hambra


Tiket masuk ke Al-Hambra berjumlah 7Euro

Oleh sebab kami keluar awal pagi tadi dan tak sempat nak sarapan dan setibanya di sini masih awal lagi baru dalam jam 8.00am sedangkan pakej tiket lawatan rakan-rakan saya bermula pada jam 9.00pagi. Walaupun saya dah ada tiket persendirian, saya tidak mahu masuk dahulu kerana ingin turut serta dengan rakan-rakan saya masuk sama-sama..... jadi kami pun singgah di kafe dan mendapatkan kopi je lah nampaknya sebab roti yang lain tidak berkenan.... sebab banyak sandwich je kat sini yang intinya daging yang tak pasti status halalnya....... jadi minum kopi je laa......Alhamdulillah.... cukup untuk lapik perut pagi ni......

 Minum pagi bersama Dr. Husairi dan Dr. Zaidi sementara menunggu masuk ke Al-Hambra

Bersama Dr. Husairi di pintu masuk Al-Hambra








Tepat jam 9.00 pagi, pemandu pelancong dan kumpulan paej lawatan rakan-rakan telah sedia dan saya ikut serta mereka masuk ke Al-Hambra. Perkara pertama yang diperkenalkan kepada pelanconga dalam lawatan ke sini adalah pohon Granada yang hidup di pintu hadapan Al-Hambra ni.... menurut pemandu pelancong, nama Granada diambil sempena nama pohon ini yang banyak tumbuh di Granada.

 Pohon Granada - nama Granada diambil sempena nama pohon ini yang banyak terdapat di Granada

Di bawah pohon Granada

Pohon Granada ni tak la besar sangat dan mengeluarkan bunga dan mempunyai buah yang berwarna keorenan. Saya tak pasti samada buah ni boleh dimakan ataupun tidak. Segan nak tanya sebab saya tidak ikut serta dalam rombongan pakej. Jadi, saya mengambil kesempatan untuk mendengar penerangan pemandu pelancong mana yang dapat didengar sahaja....Setelah memberi penerangan tentang pohon Granada tu saya meneruskan perjalanan melalui Taman Alhambra yang dipenuhi denga pepohonan bunga, ru dan pohon oren selain pohon granada dan pelbagai jenis tanaman dan bung-bungan yang tersangatlah indahnya......


Di bawah pohon Granada




Taman Al-Hambra

Taman Al-Hambra

Taman Al-Hambra

Taman Al-Hambra

Taman Al-Hambra

Taman Al-Hambra

Taman Al-Hambra

Taman al-Hambra

Taman Al-Hambra

Taman Al-Hambra

Taman Al-Hambra

Taman al-Hambra

Taman Al-Hambra

Taman Al-Hambra

Taman Al-Hambra

Taman Al-Hambra

Taman Al-Hambra


Setelah melalui taman yang indah itu, saya tiba di bangunan paling hujung yang disambungkan ke Alhambra, yang dikenli sebagai Palacio de Generalife atau Gineralife (yang dalam Islam dekenali sebagai Jennat al Arif, "Taman Arif," atau "Taman Arkitek"). Pembinaan lokasi ini bertarikh dari awal abad ke-14 tetapi telah dipulihkan beberapa kali oleh penguasa-penguasa yang pernah memerintah di sini.

Palacio de Generalife, Alhambra



Palacio de Generalife, Alhambra


Palacio de Generalife, Alhambra

Bangunan la Acequia, di Palacio de Generalife

Palacio de Generalife, Alhambra

Air pancut dan air yang mengalir di Palacio de Generalife

Bangunan la Acequia, di Palacio de Generalife

Bangunan la Acequia, di Palacio de Generalife

Bangunan la Acequia, di Palacio de Generalife

Palacio de Generalife

Bangunan la Acequia, di Palacio de Generalife


Bangunan la Acequia, di Palacio de Generalife

Menuju ke Istana Charles V di Alhambra

Menuju ke Istana Charles V di Alhambra

Menuju ke Istana Charles V di Alhambra

Istana Charles V di Alhambra

Istana Charles V di Alhambra

Courtyard Istana Charles V di Alhambra

Istana Charles V di Alhambra

Istana Charles V di Alhambra

Istana Charles V di Alhambra

Courtyard Istana Charles V di Alhambra

Courtyard Istana Charles V di Alhambra

Istana Charles V di Alhambra

Courtyard Istana Charles V di Alhambra


Istana Charles V di Alhambra

Istana Charles V di Alhambra

Istana Charles V di Alhambra

Perkarangan Istana Charles V

Perkarangan Istana Charles V

Perkarangan Istana Charles V

Perkarangan Istana Charles V

Perkarangan Istana Charles V

Tiket lawatan yang sya beli hanya melayakkan saya menziahari sampai di Istana Charles sini dan kawasan sekitarnya sahaja kerana tiket persendirian tidak dibenarkan untuk memasuki ke ruangan Court of the Lions. Hanya tiket berkumpulan dan diketuai oleh pemandu pelancong sahaja yang dibenarkan meneruskan lawatan sehingga memasuki ke ruangan Court of the Lions yang terkenal itu. Jadi nampaknya, saya tidak berpeluanglah untuk menikmati keindahan tinggalan silam itu.....namun, untuk memuaskan hati mengetahui tentang Court of the Lions seperti yang dikhabarkan oleh rakan-rakan saya yang berpeluang masuk ke sana itu, maka saya pun membeli sebuah buku bertajuk The Alhambra yang ditulis dalam Bahasa Inggeris sebagai cenderahai dan telaahan rinci tentang kehebatan Alhambra itu sendiri.... Sama juga halnya dengan Masjid Cordoba, Alhambra ni turut mengalami penghakisan sejarah ekoran terlalu banyak modifikasi yang telah dilakukan ke atasnya oleh penguasa-penguasa yang menaklukinya silih berganti sehingga menghilangkan kemurniannya.... menjadi kian kelam......



Meninggalkan Al-Hambra

Jadi lawtan saya berakhir di situ dan saya berjanji dengan rakan-rakan untuk bertemu semula di pintu masuk Alhambra setelah mereka selesai melakukan lawatan eksklusif ke  sementara Court of the Lions tu. Sementara rakan-rakan mneruskan Lawatan mereka, saya pula meneruskan perjalanan keluar dari lokasi Alhambra untuk kembali semula ke pintu masuk Alhambra sambil menanti rakan-rakan....Penantian saya itu tidak lah lama... lebih kurang 50 minit sahaja dan saya berjalan-jalan santai di dalam Alhambra tiu sehinggalah tiba semua di pintu masuk tadi.....saya menanti seketika di situ sehingga rakan-rakan muncul......setelah bersama kembali, kami pun memulakan jalan pulang dengan menfikuti laluan yang sama seperti kai datang tadi, iaitu Alhambra Woods. Dalam perjalanan pulang itu, ketika memasuki semula kota kecil Granada, kami sempat melihat-lihat cenderahati di kedai-kedai sepanjang jalan yang telah pun beroperasi itu.....oleh sebab waktu sudah menjelang tengahari... kami pun singgah di sebuah kedai Turki untuk mendapatkan makan tengahari....terasa lapar sangat la sebab pagi tadi sempat minum kopi je... jadi tengahari ni nak makan yang berat sikit la....dapatlah menjamah kebab, fries dan ayam serta sedikit salad...Usai makan tengahari tu...kami terus berjalan pulang ke hotel semula untuk merehatkan diri......

Makan tengahari di kedai Turki

Setibanya di hotel tengahari tu.... kami berjanji untuk keluar semula selepas asar petang nanti untuk jalan-jalan di kota Granada pula.....jadi seperti yang dijanjikan, petang itu kami keluar lagi bersama dan singgah pula di beberapa lokasi bersejarah di sekitar kota itu termasukal di muzium seni.....


Muzium seni

Saya hanya mengambil gambar sahaja di luar muzium inikerana kami tidak bercadang untuk masuk ke dalamnya. Cukuplah sekadar melihat dari luar sahaja. Saya terus berjalan dan tiba di Cathedral of Granada yang terletak betul-betul di tengah pusat bandar Granada ni.... Pembinaaan Cathedral dilakukan dalam Era Pembaharuan Sepanyol, iaitu pada abad ke-16 Masihi, iaitu sebaik sahaja Granada dikuasai oleh raja Katolik. Sementara itu, dari segi rekabentuknya pula merupakan campuran di antara estetika Gothic dan Renaissance.

Cathedral of Granada


Cathedral of Granada


Puas berjalan-jalan di sekitar kota Granada tu, saya dan rakan pun singgah di sebauh cafe untuk mendapatkan kopi dan berehat-rehat santai seketika sambil menghilangkan lelah....hanya minum kopi sahaja petang ini tanpa roti kerana masih kenyang lagi rasanya....nanti malam je lah...usai bersantai dengan kopi tu... kami meneruskan bersiar-siar sehinggalah malam menjelang dan kami memutuskan untuk mendapatkan makan malam.......


 Minum kopi petang

Jalan punya jalan...akhirnya kami singgah di kedai Moroko yang menjual pizza....tapi kami semua sebenarnya tak la lapar sangat malam ni... tapi sebab nak berehat sekejap sebelum balik ke hotel, kami singgah di kedai ni dan memesan sekeping pizza yang dikongsi untuk tiga orang....sebab kalau beli sorang satu takut nanti tak habis pulak....lagi pun saya bukanlah penggemar pizza....jadi kalau kongsi tu boleh la makan siki-sikit....Namun yang menariknya.... rasa pizza yang dibuat oleh pekerja moroko ni sedap la pulak....walaupun tidak begitu lapar tapi bila makan pizza ni tak la rasa muak.....sedap buatannya.....Usai makan malam tu, kami pun memulakan perjalanan pulang ke hotel yang tidak jauh dari kedai makan tu....sesampainya di hotel, saya singgah di kamar rakan-rakan sekejap untuk merancang aktiviti pagi esok sebelum memulakan perjalanan kembali ke Barcelona.....

Makan malam dengan pizza kongsi tiga orang di kedai Moroko