English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com
Showing posts with label Estonia 2007. Show all posts
Showing posts with label Estonia 2007. Show all posts

Friday, July 20, 2007

Dari Tallin Ke Helsinki


6.6.07, Terima kasih bebanyak sekali lagi pada Helena kerana berusaha mendapatkan tiket feri untuk ke Helsinki. Untuk kembara Eropah ini, di sini merupakan point pertama saya akan menggunakan pengangkutan laut. Tapi jarak dari trem station ke terminal feri "Linda Line" yang saya nak naik ni agak jauh la plak. Ngam-ngam jam 3.00 petang sampailah di terminal pelabuhan dan terus check-in. Lepas tu rehat kejap sambil minum kopi dan aiskrim untuk habiskan matawang krone Estonia sebab nanti sampai Helsinki dah tak boleh pakai dah. Nak tukar pun tak berapa sen sangat, so habiskan je lah. Jam 4.00 petang terus boarding masuk feri "Linda Line" untuk menyeberangi lautan Baltik menuju ke Helsinki, Finland. Bye! Bye! Tallin......moga bertemu kembali....


Masa kat dalam feri tu ambil kesempatan untuk cek map Helsinki untuk cari lokasi hostel/hotel. Untuk trip kali ni buat pertama kalinya saya tidak 'book' hostel awal-awal melalui internet sebab tak risau sangat untuk melepasi sempadan. Kerisauan sekiranya tidak dibenarkan masuk ke Finland tu tidak ketara kerana Finland bukan negara Bekas komunis macam Eastern Europe tu. Saya memang dah agak pasti sangat yang rakyat Malaysia boleh memasuki negara Scandanivaia ni tanpa visa, tu yang tak book hotel awal-awal tu.


Nasib baik la Helena dah bagi map Helsinki ni, siap dengan map untuk Trem sekali serta senarai hostel/hotel di Helsinki. So, dapatlah plan kat mana nak pergi bila sampai nanti sebab saya tak beli guid book untuk Scandinavian country ni. Cuma beli buku panduan untuk Eastern Europe je. Sebab memang tak plan awal-awal nak kemari pun. Ikut gerak kaki dan rasa hati je.... so, map ni sangatlah membantu....Masa mula-mula tadi risau gak takut mabuk laut sebab dulu pernah sekali naik feri cam ni jugak dari Penang Ke Medan, sekali mabuk laut daa.. muntah tak berhenti-henti. Tapi kali ni tak kot, dah separuh perjalanan feri ni tapi tak ada tanda-tanda pun nak kena mabuk laut...Alhamdulillah...


Lebih kurang satu jam setengah maka sampailah di pelabuhan Helsinki dan seperti yang diduga tiada masalah untuk melepasi imigresen kat sini. So, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah cari internet cafe dan Information Centre. Jenuh jugak tanya sana-sini nak cari tu, tapi rupa-rupanya tak jauh dari pelabuhan tu gak ada la information counter. saya masuk dan betanyakan mengenai tempat penginapan kat situ dan macamana sistem pengangkutannya. kat situ jugak ada jual tiket untuk transportation yang valid selama 24 jam dan boleh digunakan untuk semua jenis pengangkutan awam. So, terus beli tiket kat situ. Kebetulan pulak dalam information office tu ada disediakan beberapa buah komputer untuk surf internet, percuma pulak tu. Apa lagi terus je la cek internet kejap....


Selesai tu saya terus naik trem menuju ke 'Hostel Stadion' seperti yang ditunjukkan dalam map yang diberi oleh Helena. Hostel ni terletak di kawasan stadium olimpik dan merupakan sebahagian daripada bangunan stadium tu gak. Kira-kira 400 meter jaraknya dari perhentian trem. So, kena jalan kaki la sikit ke situ. Malangnya, tiada bilik kosong kerana kebetulan pada malam tu ada perlawanan bolasepak di antara Finland dan Belgium la pulak. Kat Estonia semalam lawan bola sepak di antara Estonia dan Englang. Rupanya kat sini pun ada gak. Patut la ada ramai orang datang berduyun-duyun masa kat jalan tadi. Semua bilik hostel kat situ sudah penuh di duduki orang. Apa nak dikata......pas tu minta tolong kerani kaunter hostel tu carikan kalau-kalau ada hotel lain yang masih kosong di sekitar Helsinki tu. Baik gak perempuan ni, peramah dan baik hati. Berusaha dia untuk tolong carikan hotel lain melalui telefon lagi.


Akhirnya, dia dapatkan satu hostel namanya 'Hostel Academia' yang terletak di Hietaniemenkatu 14 (Tempat laluan trem la tu!). Alhamdulillah legaa...
Tapi cam mana pun kena jalan kaki la plak lagi 400 meter untuk patah balik ke stesen trem. Masa lalu balik tu orang makin ramai datang berpusu-pusu ke stadium olimpik tu untuk menonton perlawanan, so happening gak la... Cuma yang mudahnya kat Helsinki ni sebab pertamanya, tiket boleh beli untuk tempoh 24 jam ( itu je la tempoh yang saya akan berada di sini pun... Kedua, semua perhentian trem ada tertulis nama tempat dan nombornya sekali sama seperti yang terdapat di dalam peta untuk transport yang disediakan. Bak kata, asalkan pandai membaca huruf dan nombor je, Insyaallah tak kan sesatnye la. Kalau nak cari alamat dengan detail pun boleh tanya kat orang yang lalu-lalang cam tu je, diaorang akan jawab punya sebab orang-orang kat sini friendly sehingga akhirnya jumpa lah gak dengan 'Academia hostel' tu...


Ok gak hostel ni, yang sebenarnya hostel untuk student 'kolej perniagaan swasta' yang terletak bersebelahan dengan bangunan hostel tu. Masuk bilik dan merehatkan diri sekejap sebelum keluar semula untuk dinner. Naik trem balik untuk mencari kalau-kalau ada lagi kedai makan yang buka. Malangnya kebanyakan nya dah tutup sebab dah jam 9.00 malam. Kat sini bukan budaya makannya kat kaki lima macam kat Malaysia. Agaknya mereka masak kat rumah kot...Bar dan kelab malam ada la yang buka..Namun akhirnya berjumpa la satu kedai pizza yang masih buka. Saya turun dari trem dan makan piza sayuran dan kopi sebagai alas perut. Lepas makan ambik trem balik dan balik ke hostel untuk tidur.....zzzzzzz......Esok plak la jalan-jalan...


7.6.07, Hari ni bangun awal sikit kira-kira jam 4.00 subuh (tapi kat sini dah terang sangat dah) sebab nak jelajah sekitar bandar Helsinki ni. Lagipun masa tak banyak untuk dihabiskan di Helsinki sebab petang nanti dah nak naik kapal pulak untuk menuju ke destinasi seterusnya iaitu Stockholm, Sweden. Jadi waktu yang ada akan digunakan semaksimum mungkin untuk melihat-lihat sekitaran. Destinasi pertama ialah ke pelabuhan dulu untuk naik feri menuju ke 'Suomenlinna Maritime fortress' yang terletak di atas sebuah pulau kecil. This ancient sea fortress is included in Unesco's list of World Heritage Sites since 1991. Ferry transport from the Market Square takes about 15 minutes, three times an hour during summertime and once an hour in wintertime.



So, saya pergi ke pulau ni dengan menggunakan kad 24 jam menaiki feri dan kat dalam pulau ni ada banyak muzium yang di renovasi daripada bangunan-bangunan lama yang telah dibina sejak tahun 1700-an lagi. Antara muzium yang terdapat di situ ialah Ehrensvard museum, Toy museum, Vesikko Submarine, Manage Military museum dan Costume museum. Pun begitu, ada (kalau tak silap saya) dua blok bangunan lama, yang macam flat la, masih lagi digunakan sebagai tempat kediaman dan masih berpenduduk. Ramai kanak-kanak dan remaja berada disekitaran sambil membawa penyapu dan penyeduk sampah bagi membersihkan kawasan pulau secara bergotong-royong. Saya difahamkan bahawa mereka melakukannya secara sukarela dan pihak berwajib hanya menyediakan peralatan sahaja. Jadi, kawasan pulau sangat bersih dan kemas, Bangunan-bangunan lama sentiasa terjaga dan terpelihara, remaja tidak melepak tak tentu hala dan kos penyelengaraan dapat dijimatkan. Inilah keindahan sifat bangsa Eropah sebagai bangsa yang berbudaya dan sangat perlu dicontohi. Jam 10.20 pagi saya selesai mengelilinggi keseluruhan pulau tu dan terus ke jetty untuk menaiki feri balik ke mainland. Tak boleh berlama-lama sangat sebab petang ni dah nak naik kapal menuju ke Stockholm plak. Takut nanti terlepas plak kalau terlalu leka bersiar-siar. Feri sampai je saya terus naik dan bergerak balik menuju ke jeti di Market Square. Sampai je terus bersiar-siar kat pasar siang di tepi pelabuhan tu dan melihat-lihat cenderahati. Pasar ni agak meriah la juga sebab ada jual macam-macam kat sini seperti bung-bungaan, buah-buahan, sayur-sayuran, ikan basah dan pelbagai jenis makanan lagi yang berasaskan ikan. Dah letih jalan-jalan tu terus singgah lunch kat situ jugak. Dah lama tak makan ikan, tengok banyak ikan kat pasar tu. So, teringin la nak makan ikan plak. Saya singgah kat gerai yang jual 'ikan bilis basah bergoreng' beroti. Kaedahnya macam burger ikan bilis la. Ikan-ikan ni pulak katanya dibawa dari 'Lapland' iaitu suatu kawasan di bahagian utara Finland yang tekenal dengan tangkapan ikan segar. Penjual Gerai ni plak ialah dua orang perempuan Siam yang dah lama merantau ke sini. Sedap la pulak burger ikan bilis ni...

Wednesday, July 18, 2007

"The Women Who Makes All The Difference"


This beautiful Estonian young women is very helpful, friendly, and intelligent who makes my warm wonderful journey possible. Her name is Helena and she works for ‘Mainedd Travel Agency’ in Tallin, Estonia where I booked my ticket so as to continue my journey to Scandinavian countries from Eastern Europe. She speaks very fluent English with American accent as she had been living in US for eight years. She was the one who made all the ticket reservations for the sea transportation during my journey from Tallin to Helsinki – Helsinki to Stockholm – Stockholm to Riga in one short. I really appreciate and respect her working attitude as she tried very hard to help me to get a better promotional fee without showing any sign of irritation. What else could I say to you…..thank you very much for every effort that you have done….

Tallin, Estonia



5.6.07, Jam 6.00 pagi saya tiba di Tallin Estonia sebab semalam naik bas Euroline jam 9.00 malam dari Vilnius, Lithuania. Perjalanan malam tadi melepasi dua sempadan iaitu sempadan Latvia dan Estonia. Alhamdulillah... sewaktu melalui sempadan Estonia tu tak banyak masalah kat imigresen. Tapi pagi ni agak mengantuk sikit sebab semalam bas tu banyak berhenti singgah di beberapa pekan kecil sepanjang perjalanan untuk mengambil dan menurunkan penumpang. So, susah sikit nak melelapkan mata.


Bila tiba kat stesen di Tallin pagi ni pulak tersangatlah mengantuknya. tetapi tak dapat terus pergi ke hotel 'Tatari' sebab tak ada matawang Eek atu dipanggil juga sebagai 'Krone' (matawang Estonia) sebab semalam lupa nak tukar kat 'Parax Bank' di Vilnius. Ada la satu 'money changer' kat bus stand ni tapi belum bukak lagi sebab baru pukul 6.00 pagi. Kena tunggu sampai jam 9.00 pagi la pulak baru nak buka. Aduhhh... tak tahannya mengantuk nak tunggu lagi tiga jam, sempat la juga tertidur kat bangku tu tapi tak selesa la pulak sebab teringatkan katil. 'Money changer' kat Tallin ni ada tapi tak sebanyak di Riga, Latvia.

Bila dah dapat tukar duit terus ambik tram dari stesen bas menuju ke hotel. sampai je terus chek-in dan tidur kejap sebab telalu mengantuk sangat sampai lebih kurang jam 11.00 pagi barulah bangun bila terdengar ada orang masuk. Roomate baru masuk namanya David asal dari London tapi bekerja di China. Katanya datang sini untuk holiday.

Pas tu saya keluar jalan-jalan ke 'old town' sambil cari makan untuk lunch. Lepas lunch, sambung jalan-jalan sehingga melalui taman dan bangunan-bangunan lama yang sebahagiannya terdapat kesan pecah akibat tembakan peluru pada tingkap dan dinding kaca. Menurut si David ni, katanya Malam semalam berlaku suasana tembak-menembak di seluruh bandar Tallin oleh tentera-tentera Russia yang masih lagi berkonflik dengan Estonia ekoran kemasukan Estonia ke dalam EU selepas keluar daripada kesatuan Soviet Union. Konflik walayah la tu...Menarik jugak bunyinya tapi malam semalam saya masih dalam bas menuju ke Tallin, so tak sempat nak mengalami la suasana tembak-menembak tu.

Lama juga saya berjalan-jalan sekitar bandar Tallin sehingga mencecah ke jam 12.00 malam baru balik ke hotel. Tetapi waktu malam di sini langitnya cerah dan keputihan atau pun dikenali juga sebagai 'white night' oleh penduduknya, kerana langit hanya gelap sekejap dalam beberapa jam sahaja. Itu pun tak gelap sangat lepas tu cerah balik dan perkara ini belaku setiap malam terutamanya dalam bulan Jun. So, saya pun dapat la mengalami suasana 'white night' ni. sebab tu jam 12.00 malam tapi masih cerah juga lagi.

Sepanjang observasi sewaktu berjalan-jalan tu saya dapati bandar Tallin ni sedikit kotor dengan sampah-sarap terutamanya di kawasan taman berbanding Riga dan Vilnius. Pemandu-pemandu kenderaan pulak memandu agak laju dan kurang menghormati pejalan kaki. tidak macam Riga dan Vilnius yang lebih sopan. Cuma tabiat sama yang dikongsi oleh penduduk ke tiga-tiga bandar ni (Riga, Vilnius dan Tallin) ialah suka membuang puntung rokok merata-rata dan meludah serta menghembus hingus merata-rata.
Dari segi gaya hidup penduduknya, Riga nampak lebih bergaya dan elegen. Bangunannya juga nampak lebih megah dengan dekorasi ala Baroque era Renaissance yang sangat jelas.




Di hotel tempat saya menginap ni semakin ramai orang datang menginap terutamanya orang British. Mulanya agak pelik juga kenapa ramai sangat mamat British ni bising-bising sangat ni. Rupan-rupanya diaorang datang ke Estonia sebab malam ni (6.6.07)ada perlawanan bolasepak kat stadium Tallin di antara England dan Estonia, David Beckhem ada datang main sekali....kaedahnya.....