Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Sunday, July 1, 2007
KEMBARA DITERUSKAN
30.5.07 lepas bangun pagi dan mandi terus berkemas-kemas barang untuk meneruskan kembara ke blok Eropah Timur iaitu Latvia sebagai destinasi seterusnya. Siap berkemas, hidangan pagi pun telah sedia dihidangkan oleh Iqra'. Nampaknya ini merupakan sarapan pagi terakhir di rumah Iqra ni (Untuk kali ne je la, Insyaallah lain kali datang lagi ke sini). Lepas tu dia siap bekalkan untuk 'lunch' lagi katanya. Iaitu sandwich, snack dan sebiji epal beserserta coklat dan sebotol air mineral. Baik betul Iqra ni, maklumlah dia pun traveller juga. So, sangat prihatin dan memahami situasi yang bakal saya hadapi terutamanya dari segi makanan hallal yang agak susah nak dapat dalam keadaan tertentu di benua sebelah sini. Selepas breakfast, maka tibalah masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Shahid dan Danyal tapi pada Iqra belum lagi sebab dia nak hantar sampai stesen. Sebab dari penerangan yang dia bagi tu saya masih confuse lagi macamana nak gunakan pengangkutan awam ke airport Stansted yang agak jauh juga dari Kingston ni. Tak macam Heathrow yang dekat dengan rumah. Iqra tak hantar naik kereta, tapi sama-sama gunakan pengangkutan awam dengan menggunakan pas bulanan Shahid. Saya beli tiket dengan harga 5.80 GBP yang boleh digunakan sampai ke stesen Liverpool. Kami mula naik train dari Stesen Norbitan Ke Waterloo. Kemudian dari Waterloo naik tube untuk ke stesen Bank, kemudian Dari Bank tukar tube lain lagi untuk ke stesen Liverpool. Iqra hantar sampai stesen Liverpool saja sebab lepas tu dah tak de tukar-tukar transport lagi dan saya pun dah faham dah. Lagi pun dari stesen Liverpool kena beli tiket lain sebab tiket yang dibeli di Norbitan tadi tak boleh digunakan lagi. Iqra pun tak boleh gunakan pas Shahid sebab dah masuk kawasan lain. Perjalanan dari Norbitan ke Liverpool itu tadi pun dah mengambil masa lebih kurang 50 minit. So, cukuplah takat tu dia hantar. Dia pun ada banyak kerja lain lagi untuk disiapkan. Selamat tinggal Iqra dan terima kasih banyak-banyak. Semoga jumpa lagi bila datang ke Kuala Lumpur atau Penang nanti. Dari stesen Liverpool ni saya beli tiket untuk train berharga 15.00 GBP terus ke airport tambang murah di Stansted yang perjalanannya mengambil masa selama lebih kurang 45 minit gak la. Masuk je dalam train saya terus duduk dalam gerabak yang kosong selepas letak beg di atas rak.
tengah sedap-sedap duduk lepak, datang konduktor untuk cek tiket. kemudian dia minta saya berpindah ke gerabak lain sebab gerabak yang saya duduk sekarang ialah gerabak 'first class' la plak. OOO gitu, saya ingat kan free seating. Rupanya tak la pulak. Bukan saya sorang je, ada beberapa penumpang yang lain pun sama gak, salah gerabak. Kena pindah gerabak lain. Saya pun pindah ke gerabak lain yang berada bersebelahan je, kebetulan ada la plak seat kosong berdekatan dengan toilet, kira ok la tu. Tengah duduk lepak tu tiba-tiba keluar air melimpah dari dalam toilet sampai keluar dan membasahi lantai hingga mencecah kasut dan beg penumpang yang duduk berdekatan. Saya pun angkat kaki cepat-cepat supaya tak terkena kasut yang baru beli tu. Kemudian datang satu mat salleh ni masuk ke dalam toilet dan cuba membetulkan apa yang patut dan kemudian keluar balik. Tapi air masih lagi keluar dari toilet dan seorang lagi lelaki mat salleh yang lain masuk pulak untuk memperbaiki tandas tu, tapi masih gagal juga. Kemudian mat salleh lain plak panggil terus konduktor untuk memberitahu situasi sebenar. Di sinilah kebaikannya sikap orang putih ni. Mereka tidak perlu tunggu dan lihat je atau harapkan orang lain buat dulu. Sebaliknya sikap mereka sangat pro-aktif dan re-aktif. Tak perlu saling tunggu menunggu. Yang mana boleh buat dulu, buat. Tak perlu tunggu-tunggu. Tak lama lepas tu sampailah ke stesen Stansted airport. Saya cepat-cepat turun dari train dan terus menuju ke kaunter Ryanair untu Check-in. Selesai check-in terus menuju ke kaunter imigresen sebelum boleh boarding. Semasa beratur di kaunter imigresen ni ada pengawal keselamatan yang berjaga di depan tu sambil bertanya dan memaklumkan kepada penumpang bahawa sebarang barangan cecair hendaklah dikeluarkan dari beg bimbit. Saya cek dalam beg dan meneliti semula lalu teringat ada sebotol air mineral yang dibekalkan oleh Iqra' beserta dengan bekalan untuk lunch tadi. Kemudian pengawal tu bagitau air tu tidak boleh dibawa. Pilihannya ialah samada minum sehingga habis dan buang botolnya ke dalam tong sampah yang terdapat dihadapan pengawal tu. Atau pun saya perlu keluar dari barisan dan 'beli' plastik transparent seperti yang terdapat di KLIA tempohari. Kemudian pengawal tu siap bagitau lagi supaya lebih baik minum je bagi habis sebab kalau kena beli plastik transparent tu harganya agak mahal dan tak berbaloi. Saya fikir pun betul gak, minum je la kasi habis. Dah habis minum tu cek beg lagi dan terjumpa 'deodrant' 'rool-on' yang juga dalam bentuk cecair. Tuu la, pagi tadi lepas guna, lupa nak masukkan dalam beg besar dan terus je masukkan dalam beg bimbit. Isinya banyak lagi sebab memang baru dibeli khas untuk kembara ni. Tapi memandangkan benda satu tu je dan nak kena beli lagi plastik transparent tu, rasa tak berbaloi gak. So, saya tunjukkan deodrant tu pada pengawal sambil mencampakkannya ke dalam tong sampah di hadapan pengawal tu. Insiden ni merupakan kesinambungan insiden di KLIA tempohari, saya tak kena kat KLIA tapi kena plak kat sini. Dalam berjaga-jaga tu, terkena la jugak. Satu lagi masa kat KLIA saya kata masih lagi percuma dan kemungkinan akan dibayar untuk dapatkan plastik transparent untuk isi cecair tu. Sebabnya saya kat begitu ialah, Di England ni, plastik tu tidak diberikan secara percuma lagi tetapi perlu dibeli yang hanrganya tak pulak saya tanyakan. Tapi kata pengawal tu mahal dan tak berbaloi, maknanya mesti mahal tu. So, tidak mustahail di KLIA pun akan berbayar juga akhirnya nanti bila dah lama perlaksanaannya. Lazimnya macam tu laahhh....
Masa chop passport kat imigresen ni tak ada masalah sebab dah nak keluar dah. Diaorang tak kisah dan tak banyak tanya dah. Cumanya masa scan beg bimbit tu je yang diaorang berjaga-jaga lagi, siap dengan pengawal yang berbaris-baris nak cek beg bimbit selepas di scan. Lepas melalui scanning beg bimbit, ada satu lagi mesin scanning yang khas untuk scan kasut je la plak. So, saya pun buka la kasut untuk di letakkan atas mesin scan tu. Alhamdulillah tak de masalah... cuma saya agak gabra sikit nak cari gate untuk boarding sebab pada tiket saya tidak tertulis gate untuk boarding (boleh tak?). Panik gak la kejap. Masa dah agak suntuk dah selepas melalui begitu banyak pemeriksaan yang agak ketat namun akhirnya jumpa jugak gate tu. Hai...England, England....
Masuk dalam perut pesawat je rasa lega la sikit bila dah jumpa tempat duduk yang sesuai sebab 'free seating'. Jadi boleh la pilih-pilih tempat duduk. Sambil tu 'cabin crew' pun sibuk-sibuk la buat kerja dia apa yang patut. Cuma yang 'kurang' sikit ialah 'cabin crew'nya tu. Alamak! macam makcik-makcik dan pakcik-pakcik la plak. Tak tau la dari kampung mana agaknya Ryanair ambik 'cabin crew' diaorang ni. Ketua stewardess tu pulak memang agak kelakar. Gaya dia mengingatkan saya kepada orang gaji yang tua dan tegas dalam cerita-cerita Inggeris yang mengisahkan zaman dulu-dulu. Memang saling tak tumpah macam tu la. Dengan gayanya yang tegas dan tak senyum langsung. Rambut agak berserabai dan mini skirt yang melepasi lutut. Rasa nak tergelak la plak, tapi control macho je la. Rasa kesian la pulak....cabin crew lelaki pulak macam budak kampung dari pekan koboi mana ntah diaorang ambik. Memang la pakai kot dan bertali leher tapi macam 'pakai tak sudah' je dengan rambut yang berserabai tidak disikat. Alahai.... Selalu tu bila naik AirAsia saya selalu gak komen pasal pakaian cabin crew diaorang yang macam uniform pekerja supermarket tu. Kemudian stail dan penampilan mereka selalu di bandingkan dengan cabin crew MAS. Maklumlah.... penerbangan tambang murahhh.... Tetapi bila melihatkan cabin crew Ryanair ni, terpikir la pulak dalam hati, "rasanya cabin crew AirAsia jauh lebih baik dari segi penampilan".
Selepas satu jam penerbangan maka mendaratlah di Prestwick Airport, Glasgow, Scotland. Sebenarnya penerbangan sampai lebih awal 10 minit daripada jadual penerbangan yang sepatutnya satu jam. Ini kelebihan syarikat penerbangan Ryanair yang patut dicontohi oelh Air Asia. Setiap kali saya menaiki pesawat Ryanair, semuanya tiba ke destinasi lebih awal daripada yang dijadualkan dan tidak pernah terlewat. Pendaratannya juga sangat 'smooth' terutamanya sewaktu tayar pesawat mencecah landasan. Saya transit kat airport Prestwick, Glasgow ni selama lima jam sementara menunggu penerbangan Ryanair yang seterusnya menuju ke Riga, Latvia pada jam 5.20 petang. So, kena lepak la pulak kat airport ni sehingga kaunter check-in dibuka. Airport ni pun kecik je, rasanya LCCT lebih besar sikit. Perut pun dah mula keroncong, tapi kat dalam airport ni mana ada nak cari makanan yang boleh dikatogerikan hallal. Lagi pun harganya memanglah lebih mahal. Nasib baiklah Iqra dah bekalkan lunch dari London tadi, so ada juga la benda nak di makan untuk lunch. Malangnya, lepas makan tak ada air minuman pulak sebab dah dihabiskan kat Stansted tadi sebab tak boleh bawa masuk dalam beg bimbit. so, makan je la buah epal yang dibekalkan oleh Iqra. Ok jugak. Lepas makan masih ada banyak masa lagi nak check-in sebab kaunter masih belum dibuka. Jadi, lepak-lepak la kat starbuck pekena cafe latte. Ni kira ganti minuman untuk selepas makan la ni sebab air mineral dah tak de. Lebih kurang lagi 2 jam nak boarding saya pun beratur dalam barisan yang sudah mula panjang untuk check-in. Sambil beratur tu tengok juga la muka-muka orang yang nak check-in tu, semuanya muka-muka ala komunis je sebab kebanyakkan daripada penumpang ke Latvia ni aalah penduduk Latvia sendiri. Wajah mereka ni memang lain sikit daripada wajah orang UK mahupaun Eropah Barat. Warna rambut mereka pun kebanyakannya 'blonde' dan 'brown'. Kalau nak jumpa muka Melayu ataupun Asia memang tak jumpa la. Sebab negara Eropah timur ni pun baru je masuk EU jadi orang tak berapa kenal sangat. Saya pergi ni pun sebenarnya sebab 'curiousity' dan risau jugak ni sebab tak ada visa. Tak tau lagi boleh masuk ke tak. Mengikut website Wisma Putra yang saya cek sebelum pergi, rakyat Malaysia tak perlu kan visa untuk masuk ke sini. Tapi itu mengikut Website Wisma Putra, bagi Latvia ni pulak tak tau la cam ne. So, risau jugak ni. Walau apa pun 'gamble' je la. Kalau tak kasi masuk nampaknya terpaksa la patah balik ke Glasgow. Walau camana pun salinan 'hardcopy' dari website Wisma Putra tetap dibawa untuk dijadikan bukti sekiranya terdesak. Macamanapun nak masuk juga ke Latvia di kawasan perairan Baltic ni. Nak tau jugak macamana negara ni dan orang-orangnya. Maklunmlah...... dulu diorang ni komunis di bawah Kesatuan Soviet. Orang luar tak boleh sembarang masuk. Jadi memang nak tau sangat mengenai negara ni.
Agak lama gak beratur dan akhirnya dapatlah check-in pas tu terus boarding masuk flight. Dalam flight tu boring gak sambil duduk tu ambik la baca akhbar metro. Akhbar ni saya ambik percuma je masa kat train stesen Waterloo di London tadi. Sebelum tu kat train stesen Norbitan tadi ada gak tapi tak sempat ambik. Tu la bagusnya, mat salleh ni, akhbar disediakan percuma untuk rakyat dan diletakkan di setiap stesen train dan pengangkutan awam yang lain. Jadi sambil menunggu dan dan duduk dalam kenderaan nak pergi kerja tu tak la buang masa melamun je. Boleh baca akhbar mengenai berita terkini. Tu yang bagusnya kerajaan diaorang ni, nak menggalakkan membaca di kalangan rakyat bukan setakat kempen mulut je tapi praktikalnya turut dilaksanakan sebagai galakkan dengan menyediakan bahan bacaan percuma. Harap-harap Malaysia pun akan sampai ke tahap tu la jugakkkk...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment