Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Monday, July 30, 2007
Stockholm, Kota Pinggir Laut
8.6.07, Selesai memerhatikan gelagat remaja Stockholm, saya meneruskan perjalanan menuju ke pinggiran laut. Keindahan bandar Stockholm ni ialah lokasinya yang dikelilingi laut. Walaupun Helsinki juga terletak di pinggiran laut, tetapi secara relatifnya bandar Stockholm lebih memikat. Saya pun berjalan dipinggiran laut yang berlatar belakangkan bangunan-bangunan lama yang berusia ratusan tahun yang merupakan kota warisan zaman Medieval Eropah abad ke-13. kemudian saya mengambil keputusan untuk menaiki bot yang membawa penumpang bersiar-siar di melihat kawasan kota dari laut sambil mengelilingi beberapa pulau kecil yang berselerak di sekitaran.
Sambil itu para pelancong diberikan penerangan dan maklumat mengenai lokasi-lokasi bersejarah dan penting di sekitar kawasan laluan bot melalui 'ear phone' yang disediakan dalam pelbagai bahasa. Selepas lebih kurang 45 minit belayar menaiki bot tu penumpang diturunkan semula ke jeti. saya pun meneruskan jalan-jalan ke sekitar kota menuju istana lama, kota lama stockholm dan 'high street'. Kat sini ramai juga penduduk yang mengunakan basikal sebagai kenderaan untuk bergerak. Bahkan sistem pengangkutannya turut menyediakan laluan khas untuk penunggang basikal. Jadi keselamatan mereka lebih terjamin kerana tidak perlu berkongsi laluan dengan kenderaan.
Letih berjalan, saya duduk di tepi pelabuhan memerhatikan orang-ramai yang lalu-lalang dan bot-bot persendirian dan persiaran yang memeriahkan kesibukan suasana pelabuhan tersebut. Selain basikal, pengangkutan laut sebagai pengangkutan persendirian juga merupakan kenderaan utama yang digunakan oleh penduduk Stockholm. Kerana kebanyakan rumah-rumah mereka juga didirikan di pinggiran laut, jadi bot-bot kecil digunakan untuk bergerak dari rumah mereka ke pusat bandar. Lebih cepat dan mudah berbanding jalan darat. So, kesibukan di darat dan air sangat terasa dalam menambahkan lagi warna lanskap aktiviti harian penduduk Stockholm. The concept of 'living as performance' is so beautiful with the use of various spaces, various actions moving in motion that are derived from the different kind of activities done by the community.
9.6.07, kalau semalam keliling naik bot tapi hari ni keliling naik keretapi lama plak. Menarik gak sebab keretapi ni gunakan 'starter' macam motor la plak. Bila berhenti je enjin dia pun berhenti sekali. Bila nak jalan kena start enjin balik baru boleh gerak. Keretapi ni melalui stesen-stesen utama tempat tarikan pelancong yang turut menyeberangi beberapa jambatan menuju ke beberapa buah pulau kecil berhampiran dengan menggunakan satu tiket yang boleh digunakan untuk pergi dan balik. Kalau dah pergi balik tu dah habis la laluannya. Tempat utama pelancong seperti muzium, istana-istana lama, mansion-mansion lama, theme park dan beberapa lagi tempat untuk beriadah bersama keluarga. Masa yang ada digunakan semaksimum mungkin untuk bersiar-siar sebab petang nanti perlu naik kapal lagi untuk meneruskan kembara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment