Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Sunday, July 15, 2007
Sampai di Vilnius, Lithuania
2.6.07, jam 5.45 petang saya tiba di bus station Vilnius dan terus cari 'money changer' tapi tak jumpa sampai dah jenuh tanya orang akhirnya ada sebuah bank kat sebelah stesen bas tu je. Rupa-rupanya kat Vilnius ni tak ada 'money changer' swasta macam yang biasa ada di Malaysia atau kat tempat-tempat lain. Kalau nak tukar duit hanya boleh dilakukan di bank sahaja dan bank yang terletak bersebelahan dengan stesen tu ialah yang dibuka 24 jam. So, kalau nak tukar duit kat situ lah yang mudah.
Sebab hari masih siang lagi jadi cadang nak naik bas je pergi ke hotel, puas juga tanya orang akhirnya jumpa juga bas stop untuk ke hotel Paupio Namai, kat depan situ gak tak jauh dgn bank dan stesen bas tadi. Yang bagusnya kat sini, semua institusi perkhidmatan awam 'centralize' di satu tempat yang berdekatan, Bank 24 jam kat situ, domestic bus stand, kat situ, train station kat situ, bus stand utama pun kat situ dan beberapa lagi institusi yang memudahkan pengguna, ada di tempat yang berhampiran. So, ini memudahkan pengguna.
Walaupun agak letih sikit bertanya sana sini akhirnya tiba juga ke hotel yang telah ditempah dengan menaiki bas tu. Ok gak hotelnya, sebuah bangunan banglow lama yang diubah menjadi 'guest house' la kaedahnya. Kiri kanannya ada la rumah penduduk sekitar yang lain. Agak terpencil gak hostel ni dan jalan kaki ke pusat bandar 'old town' kira-kira 15 minit gak la. Tak macam di Riga yang hostelnya terletak betul-betul dalam 'town centre'.
So, lepas rehat-rehat kejap terus jalan-jalan ke 'old town' untuk membiasakan diri dengan jalan-jalan kat situ. Kebetulan pulak malam tu malam minggu, so masa jalan-jalan tu terserempaklah dengan acara keraian yang sedang berlangsung di hadapan 'town hall'. berhenti la kejap menonton tetapi tak lama sebab dah letih sangat. Ada acara tarian tradisi dan juga persembahan nyanyian dan tarian moden. Tak pe lah, mungkin esok ada lagi sesuatu yang boleh disaksikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment