English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, July 9, 2007

DI MANA MALAYSIA DI MATA LATVIA?


2.7.07, hari ni cadang nak masuk Muzium Perang atau 'War Museum' (Kara Muzejs) untuk melihat-lihat sejarah perang di Latvia ni. Lagi pun tiada bayaran masuk dikenakan sebab muzium ni percuma. Cuma yang saya nak ceritakan di sini ialah mengenai sebuah peta yang dipamerkan dalam muzium seperti dalam gambar tu. Cuba tengok betul-betul pada peta semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak tu (sila 'double click' pada gambar untuk lebih fokus). Apa yang tertulis kat situ? "Singapura" ('Britu' dalam bahasa Latvia) kan? Tidak tertulis pun nama negara "Malaysia" kat situ. Tapi Pulau Singapura tak tecatat pun dalam peta tu! sebab kecik sangat kot...!!! Hal ini mengingatkan saya pada pemuda Ukraine yang tinggal sebilik dengan saya kat Riga ni sewaktu pertemuan pertama saya dengan beliau. Bila saya kata dari 'Malaysia' terus dia sebut 'Singapura'. Sekarang dah tau lah saya jawapannya kenapa.....Maknanya Malaysia tidak wujud la bagi masyarakat Latvia. So, siapa yang sewajarnya membetulkan fakta ni?.....Tahun melawat Malaysia 2007 dah berlangsung lebih daripada setengah tahun ni. Sempat lagi ke agaknya nak betulkan fakta ni?!!! Nampaknuya tak dapatlah kita terima pelancung dari Latvia tahun ni yeee....!!!!.... cepat! cepat! cepat! siapa dulu dia dapat!!!

No comments: