Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Monday, July 23, 2007
Mana Hotel? Mana Trem 3T?
7.6.07, Selesai sahaja menikmati burger ikan bilis di Market Square, Helsinki, masih ada beberapa jam lagi untuk bergerak menuju ke pelabuhan. So, saya pun pergi lah ke 'internet cafe' dulu untuk membuat tempahan hotel di Stockholm, Sweden. Jadi bila sampai nanti tak la kelam kabut sangat macam semalam bila tiba di helsinki ni. So, buka lah website 'hostelworld.com' untuk mencari hotel/hostel yang sesuai. Agak lama juga cek tarikh untuk bermalam esok (8.6.07) tetapi malangnya tidak ada satu pun hotel/hostel yang tersenarai dalam website tu yang kosong pada esok hari.
Semuanya 'fully book' sehingga 21.6.07 baru ada kosong. Masih tak berputus asa dan terus cek lagi laman web tu tapi malangnya memang tidak ada kekosongan untuk tarikh esok walaupun untuk satu malam. Saya dah mula panik sebab petang ni akan bergerak ke stockholm. Macamana pun kena pergi juga sebab tiket dah dibeli dari Helsinki ke Stockholm-Stockholm-Riga dan tiket flight dari Riga ke Glasgow pun dah dibeli. Masa untuk menuju ke pelabuhan dah makin hampir tapi hotel tak dapat lagi. Kemudian timbul ide untuk meminta bantuan daripada pihak kedutaan Malaysia di Stockholm melalui Wisma Putra sebagai alternatif terakhir. Emel pun diuts kepada En. Razak (Acting Ambassador) yang merupakan kenalan sahabat saya En. Sulaiman, memohon untuk menumpang, barang satu malam di kedutaan Malaysia di Stockholm. Tidak lama selepas emel diutus, satu panggilan telefon dari En. Khalid (P.A En Razak) wakil kedutaan Malaysia di Stockholm yang memaklumkan bahawa En Razak tidada di Stockholm kerana pergi ke Denmark atas urusan rasmi. Walau bagaimanapun En Khlaid bersedia menerima kunjungan tidak rasmi dan tanpa jemputan yang dibuat secara mengejut ini. Alhamdulillah.... rasa panik dah hilang dan soalan di mana hotel pun sudah terjawab. Sekarang saya perlu balik semula ke Academia Hostel untuk mengambil beg yang ditinggalkan di situ selepas check-out pagi tadi.
Alamak, ni ada problem lain pulak dah.... lepas je keluar dari 'internet cafe' tadi masih ada masa lagi nak ambik-ambik gambar kat sekitar Helsinki sebab kapal nak jalan pun lambat lagi. Macam masih ada masa je nak snap sikit-sikit. Lepas tu sambil jalan menuju ke stesen trem 3T dah jam 3.00 petang. Sesuai la nak balik ke hostel kejap je naik trem. So, saya pun tunggu la trem 3T tapi tunggu punya tunggu tak juga sampai-sampai. Orang ramai pun dah mula gelisah gak sebab trem tak sampai lagi. Sehinggalah jam 3.50 petang pun tak sampai lagi. Ni tak boleh jadi ni sebab dah suntuk la pulak sebab kapal akan jalan jam 5.30 pm. Tapi masih sabar lagi tunggu kot-kot sampai la kejap lagi. Malangnya tak juga sampai sehingga ada orang bagi tau yang landasan trem 3T ada masalah. So, dia tak lalu dan tersangkut la pulak. Haaa...Habis la macam ni... beg ada kat hostel lagi...sempat ke?
Saya dah mula panik dah, jam dah menunjukkan pukul 4.00 pm. akhirnya ambil keputusan untuk naik teksi. So, tahan la teksi yang lalu lalang tapi satu pun tak mahu berhenti. Kemudian tanya kat information counter macamana nak naik teksi, dia kata kena tunggu kat stesen teksi sebab teksi kat sini tak boleh berhenti sesuka hati untuk ambil penumpang. Kerani tu pun bagitahu stesennya kat mana...alamak kena jalan kaki plak ni. agak jauh gak dan masa dah suntuk dah. tapi nak buat macamana, kena jalan gak la dan bila sampai kat stesen teksi tu ada gak orang lain tunggu dan cuba tahan teksi tapi satu pun tak mahu berhenti. Laa... ni cerita apa plak ni. kat stesen pun tak nak ambik penumpang? Ni tak boleh jadi ni, tak boleh tunggu lama-lama sebab masa dah makin suntuk. Akhirnya ambil keputusan untuk 'gamble' jalan kaki ikut landasan trem 3T. Sambil jalan tu cuba-cuba la tahan teksi yang lalu lalang dan Alhamdulillah... Tuhan nak tolong, akhirnya ada la satu teksi ni nak berhenti bila di tahan. Saya pun apa lagi terus masuk dan bagitahu dia nak ke hostel dulu ambik beg dan tanya dia berapa lama nak sampai ke situ. Dia kata 10 minit je. Lepas tu minta dia tunggu kejap bila nak ambik beg nanti dan hantar terus ke pelabuhan. Mamat teksi tu pun angguk je dan terus jalan. Mamat ni senyap je orangnya, tak cakap banyak, terus jalan dengan kelajuan yang melebihi kelajuan kereta lain yang dibenarkan kira-kira 30 km/j je. Walaupun banyak traffic light tapi mamat ni bawa selamba je sehinggalah jam menunjukkan tepat 10 minit berlalu dan teksi dah sampai kat depan hotel tu. Fulamak, tepat gileeer anggaran mamat ni. Saya pun amik beg dan masuk balik dalam teksi dan jalan sehinggalah kira-kira lebih kurang 15 minit maka sampai lah di pelabuhan.. Alhamdulillah...Saya pun bayar 18.50 Euro seperti yang tercatat di meter dan ucapkan berbanyak terima kasih pada mamat teksi tu. Ngam-ngam jam 5.00 pm saya dah boleh check-in dan 5.20 pm boarding. Kira ngam-ngam 'on time' la jugak. Nak lalu kat imigresen ni pun mudah je sebab passport pun tak perlu di 'chop', boleh masuk macam tu je sebab sweden dan Finland dikira sekali harung je. Nanti bila nak keluar dari Sweden baru 'chop' passport.... Alhamdulillah rasa selesa sangat nak bergerak kat sini tanpa ada rasa was-was.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment