Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Thursday, July 12, 2007
ON THE WAY TO VILNIUS, LITHUANIA
2.6.07 (Saturday), I'm still in Riga and before leaving for Lithuania, I had my breakfast with my favourite pancake at the cafe next to the hostel where i'm staying. Bas Euroline bergerak jam 1.15 pm, so lepas breakfast terus jalan ke bus stand. Naik dalam bas dan terus menikmati lanskap yang cantik sepanjang perjalanan tu. Melalui kawasan kebun yang luas terbentang serta jejeran pepohon rhu yang dihiasi bunga-bungaan warna kekuningan, ungu dan putih. Selepas lebih kurang 1 jam 20 minit perjalanan, sampailah di sempadan Latvia dan Lithuania.
Masa ni bas kena berhenti bagi memberi laluan kepada pegawai imigresen naik bas dan memeriksa passport penumpang. Passport saya dan beberapa penumpang lain yng bukan warganegara Latvia mahupun Lithuania diambil untuk pemeriksaan. Masa ni perasaan risau dan panik muncul sedikit sebab tak pasti samada boleh lepas masuk atau tidak. Sama lah emosinya macam masa nak masuk Latvia tempohari. Agak lama juga pemeriksaan dilakukan, cukup la nak buat saya bertambah risau takut kena suruh turun bas dan patah balik ke Latvia.
Tetapi Alhamdulillah.... tiada masalah dan pasport saya dikembalikan semula tanda dibenarkan memasuki Lithuania. Kembang rasanya dihati dan jam 2.55pm bas bergerak melepasi sempadan sehinggalah tiba di Rauboniu Park pada jam 3.10pm dimana bas berhenti sebentar untuk rehat dan makan-makan. Cantik juga R&R ni, dia buat macam zoo tetapi percuma. Sempat la bagi makan pada Ostrich dan amik gambar beruang tu ha. Rumah yang dijadikan cafe pun cantik. Tengok gambar tu ha....Saya makan buah je la bila singgah kat sini sebab tak ada makanan yang sesuai pun...Lebih kurang setengah jam rehat, bas bergerak menyambung perjalanan... lanskapnya hampir sama saja. Tetapi bila sudah menghampiri Vilnius, bentuk muka bumi Lithuania sedikit berbeza sebab sedikit berbukit-bukit. Ini memberikan warna dinamika bagi Lanskap Lithuania.
Pemandangan ini mengingatkan saya pada bentuk muka lanskap di Fes, Morokko. Cantik.... tetapi di Fes pokoknya kurang. Di Lithuania ada lebih banyak pokok kayu yang turut melatari padang tanaman hijau serta disulami dengan tompokan tumbuhan bunga-bungaan berwarna putih, ungu, kuning dan orange. Ternakan kambing biri-biri dan lembu turut menghiasi lanskap padang fumput hijau serta petaan rumah-rumah petani dan penternak. Dalam hati berdetik..."Ya Allah, terima kasih kerana memberi ruang dan peluang untuk aku menikmati keindahan alam ciptaanMu ini...."
Sambil itu, bas terus bergerak menuju ke destinasi membawa khayalan yang mengumpulkan memori-memori itu dalam kotak ingatan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment