Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Tuesday, June 26, 2007
IQRA', SHAHID, DANYAL DAN LONDON
Sewaktu flight mendarat di lapangan terbang antarabangsa Heathrow, London, jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari (waktu London) pada 27 Mei 2007. Saya pun keluar dari perut pesawat menuju ke kaunter imigresen untuk menyertai dalam barisan yang agak panjang jugak. Agak berdebar juga nak melepasi kaunter ni sebab menurut kawan-kawan yang baru balik dari sini, pegawai imigresen kat London ni banyak soalnya. Sebelum sampai giliran saya nak 'chop passport' dah ada seorang mamat tu nampak muka macam dari Timur Tengah dah kena tahan dah passportnya. Tambah kencanglah debaran dalam dada ni. Dalam hati tu berbisiklah, "Macamana la pulak agaknya 'turn' aku nanti". Bila sampai 'turn', saya menuju ke kaunter dan pegawai imigresen ambil passport sambil tu bertanyakan soalan lazim dengan nada yang agak tegas gak la. "What are you doing in London?" Saya pun bagi tau la untuk melancung je. Kemudian dia tanya lagi, "How long are you going to stay in London?" Saya pun bagi tau lah untuk beberapa hari je. Pas tu dia minta nak tengok 'return ticket' sebagai bukti. Kemudian dia tanya lagi, "Where is your next destination after London?" Saya pun cakap la yang saya ni 'Backpack Traveller' nak kembara ke 'Eastern Europe' sebagai tujuan utamanya dan singgah di London ni untuk ambik flight tambang murah 'Ryanair.com' yang menghubungkan negara-negara benua Eropah. Kemudian pegawai tu mintak nak tengok 'booking ticket' 'Ryanair' yang memang telah sedia di fotokopi dari KL lagi. Saya pun tunjukkanlah buktinya tu. Pas tu dia tanya lagi, "Where are you going to stay in London?". Saya cakap la kat rumah kawan. Kemudian dia minta alamat rumah tu. Saya pun bagi la alamat kawan saya tu: '6 New Road, Upon Thames, Kingston, Surrey, England'. Pegawai imigresen tu pun belek-belek la semua bukti-bukti tu dan bila dah puas hati barulah di chop kat pasport saya tu dan lepaskan saya melepasi sempadan. Alhamdulillah....
Di seberang sempadan tu Iqra dan anak lelakinya Danyal dah jenuh menunggu, lama gak la agaknya diaorang tunggu. Memang la diaorang tak cakap tapi dari gayanya tu memang dah lama diorang tunggu, kesian gak. Iqra ni sebenarnya kenalan seorang kawan saya dari UKM iaitu Sulaiman Ramli. Iqra ni dulu pernah gak jadi 'backpack traveller' ni. Dah melawat banyak negara pun di dunia ni termasuk Malaysia. Bahkan negara yang paling dia suka ialah Malaysia, tak tau la kenapa, tapi katanya sebab cuaca dan makanannya. Sebab tu dia sangat rapat dengan kawan-kawan Malaysia. Iqra' ni seorang wanita Jepun dan berkahwin dengan Shahid yang juga traveller, seorang lelaki British berketurunan Pakistan. Shahid ni dilahirkan di Birmingham apabila ibu bapanya sampai di Englan suatu ketika dulu dan terus menetap di Englan hingga kini. Bila Iqra berkahwin dengan Shahid ni, dia masuk Islam dan mendapat seorang cahayamata lelaki iaitu Danyal Shahid. Diaorang ni pun baru je berpindah ke Kingston ni sebab Shahid dapat kerja di London. Sebelum ni mereka tinggal di Frankfurt, Germany sewaktu Shahid bekerja di sana. Tapi dalam blog ni gambar Iqra' tidak dimuatkan kerana menghormati sikapnya yang tidak mahu dimuatkan gambarnya di sini. Kecuali gambar Shahid, Sulaiman dan Danyal yang cute ni sahaja yang dimuatkan kerana dia ni macam saya jugak, suka sangat nak ambil gambar dan tak kisah untuk dimuatkan dalam blog ni. bagi seorang kanak-kanak yang berusia lapan tahun, Danyal ni merupakan seorang kanak-kanak yang bijak. Dalam usia ini sahaja dia sudah menguasai tiga bahasa dunia dengan fasih iaitu Inggeris, Jerman dan Jepun. Bila dengan mak dia hanya bahasa Jepun yang digunakan sebagai alat komunikasi. Tapi bila dengan ayahnya dia menggunakan bahasa Inggeris. Sebelum berpindah ke London dia pernah bersekolah di Frankfurt dan berkomunikasi dalam bahasa Jerman dan masih lagi dipraktiskan hingga kini. Sesuailah dengan gaya pendidikan Eropah, si Danyal ni suka bertanya dan bercakap.
Kemahirannya dalan geografi memang lah hebat. Malah saya sendiripun terpinga-pinga jugak bila dia menunjukkan kemahirannya. Tidak hairanlah kemahiran ini menyerlah kerana ia sememangnya diwarisi daripada ibu dan bapanya yang melahirkan spesis hybrid yang istimewa sepertinya. Si Danyal ni bersekolah di Kingston Primary School yang merupakan antara sekolah yang terbaik kat sini. Iqra dan Shahid pun memang segaja sewa rumah kat Kingston walaupun sewanya agak mahal berbanding tempat lain semata-mata mahukan anaknya bersekolah di sini. Rumah ni sewanya 650 GBP (fully furnish)merupakan sebuah apartment empat tingkat yang berusia ratusan tahun (biasalah kat eropah ni, kebanyakan bangunannya berusia ratusan tetapi masih utuh dan cantik). terdapat dua bilik tidur, satu ruang tamu, satu ruang dapur, bilik mandi dan tandas yang berasingan. Sesuai untuk mereka tiga beranak.
Melihat kepada Danyal ni tadi, teringat saya kepada kanak-kanak di Malaysia. Bilakah agaknya kanak-kanak di Malaysia dapat menjadi seperti Danyal ni, yang mewakili sebahagian daripada kanak-kanak Eropah yang lain. Bijak berkomunikasi, berani mengutarakan pandangan, bersedia dikritik serta memiliki pengetahuan yang luas mengenai dunia luar. Tidak perlulah membandingkan dengan kanak kanak seusia Danyal di Malaysia. Lihat saja pada penuntut universiti di Malaysia yang sebahagian besarnya tidak memiliki keyakinan seperti Danyal. Jadi, di mana silapnya sistem pendidikan negara kita? Pastinya! sesuatu perlu dilakukan...
Ye, lah! bila bertemu saja dengan Iqra dan Danyal kat terminal tu jelas menunjukkan kegembiraan mereka dan tanpa berlengah, kami menuju ke tempat letak kereta dan Iqra memandu menuju kerumahnya di Kingston yang jaraknya kira-kira 20 minit je perjalanan berkereta dari Heathrow Airport. Tak la jauh sangat. Cuaca agak cerah tetapi udaranya masih sejuk kerana ada gerimis sedikit walaupun dah hampir sangat memasuki musim 'summer'. Tapi kata Iqra, hari sebelumnya lagi sejuk sebab hujan sepanjang hari. Harap-harap esok tak hujan la, sebab nak jalan ronda-ronda Central London, InsyaAllah.
Sampai je kat rumah Iqra punya la letih dan mengantuk, tapi gagahkan juga untuk berbual-bual denga Iqra dan Danyal sementara menunggu Shahid pulang dari kerja. Bila Shahid balik perbualan diteruskan sambil Iqra sibuk menyediakan hidangan untuk makan malam. Kira-kira jam 7.00 malam waktu London makanan malam pun siap, sangat sederhana tetapi sungguh enak kerana memang tengah lapar pun. Perbualan disambung sambil makan malam sehinggalah selesai makan. Mata dah semakin mengantuk manakala bilik tidur pun sudah disediakan oleh Iqra. So, kira-kira jam 8.00 malam saya dah tak tahan lagi lalu meminta diri untuk masuk tidur walaupun siang kat London ni sangat panjang sehingga ke 10.30 malam pun masih terang lagi. tapi dah tak tahan sangat lalau terus.....zzzzzzzzz.....
Esok paginya 28.5. 07 terjaga lebih kurang jam 7.00 pagi. Kira lewat la tu sebab kat London ni waktu subuh masuk awal lebih kurang jam 3.30 subuh. Kalau pukul 4.00 pagi tu memang dah terang sangat dah. Tapi nak buat macam mana terlalu letih dan mengantuk sebab tak tidur masa penerbangan lebih kurang 14 jam gak la, selebihnya tu tidur-tidur ayam je. Iqra pun bangun lebih kurang waktu tu juga dan terus menyiapkan hidangan untuk sarapan pagi. Bagus si Iqra ni bukan sahja sebagai 'backpack traveller' tetapi juga sebagai isteri,surirumah dan ibu. Dia buat kerja dapun sangat effisien, tup tup dah terhidang atas meja. sudah tentunya breakfast yang tak dapat dilupakan. Walaupun simple je menunya iaitu roti,telur, cheese dan kopi tetapi rasa enak la pulak. Ditambah lagi dengan cuaca yang relatifnya memang sejuk gak la. Bila semua orang dah bangun dan breakfast bersama kami pun bersiap untuk jalan-jalan ke Central London sebaik sahaja selesai breakfast. Walau pun cuaca tidak begitu menyebelahi kami tetapi digagahkan juga untuk keluar.
Cuaca hari tu sangat sejuk dan berangin. Malah masa kami keluar pagi tu siap dengan gerimis lagi. Saya pulak tak la bawak baju tebal macam winter sebab tak expact la cuaca akan sesejuk itu. So, Shahid pun bagi pinjam baju panas dia. Ok gak, walaupun apabila saya dah pakai baju sampai empat lapis tu dah nampak gemuk la plak. Tak kisah la janji dapat tahan sejuk badan. Moralnya, lain kali kalaupun nak pergi travel waktu summer ke benua eropah ni kena la sentiasa 'stand by' baju sejuk sekali. Sebab cuaca di sini kadang-kadang 'unpredictable', kejap sejuk, kejap panas. Tambahan lagi dalam keadaan cuaca global yang mengalami 'global warming' ni, lagi la kena jaga-jaga. Kami pulak jalan-jalan tak naik kereta kerana lebih mudah dan selesa menggunakan pengangkutan awam. Beli tiket untuk satu hari bagi menggunakan semua jenis kenderaan awam yang disediakan seperti keretapi, tube dan bas. Mula-mula ambik train dari stesen Norbiton menuju ke Waterloo, kemudian sambung pulak naik tube sampailah ke Central Station. Kemudian jalan kaki sambil-sambil tu naik bas untuk ronda-ronda Central London. Ha, tu yang bila hari hujan tu kena terima je lah bila basah. Tambah parah lagi, sewaktu ronda-ronda kat Central London tu, lebih tepatnya masa jalan kaki menuju ke istana Buckingham sebaik saja turun dari bas, hari pulak hujan selebat-lebatnya. habis la kuyup saya dibuatnya dan kasut kanvas yang dipakai pun dah la masuk air. Payung pulak tak bawak tapi nasib baik la ada bawa topi ala jepun tu ha, boleh la pakai untuk tutup kepala. Nak berenti berteduh pun tak boleh sebab tak ada tempat berteduh. Pokok-pokok ada la, tapi nak berteduh macamana, setakat pokok basah gak la. So, terus jalan je la. Sampai je kat depan istana tu hujan dah mula perlahan sikit dan hanya gerimis sikit-sikit je, Alhamdulillah. Dapat la ambik gambar sekeping dua kat sini. tapi nak bergambar dengan pengawal istana tu sorry la. hari ni tak dapat nampaknya. Sorry!!! not my luck. Satu hari suntuk jugak la kami janal-jalan kat Central London tu. Kalau nak lawati kesemua tempat yang penting memang la tak cukup masa. Kena makan seminggu kot. Tapi Tujuan utama kembara ni ialah ke Eropah Timur, bukannya London. Jadi, Kami jalan-jalan je sebenarnya bak kata orang 'touch and go' je. Selebihnya biarlah gambar-bambar yang diselitkan di sini yang berbicara.
Hari kedua di London pada 29.5.07 cuacanya sangat baik, sangat cerah dan berangin sikit serta tidak hujan. Tapi pagi ni saya tak keluar ke Central London lagi sebab sibuk duduk depan komputer kat rumah Iqra untuk membuat booking flight Ryanair untuk destinasi seterusnya dan booking hostel di Riga, Latvia. Pagi tu juga Shahid keluar awal untuk pergi temuduga kerjanya yang baru. Tapi sebelum tu dia kena pergi office dulu untuk 'punch card' sebab temuduganya waktu tengahari. so, dia akan 'cilok' kejap la untuk pergi temuduga kerjanya tu yang gajinya memang agak lumayan dalam kontokes London ni. Sambil tu jugak lah saya mengambil kesempatan bermain-main dengan si Danyal dan memerhati tingkah-lakunya seperti yang saya simpulkan di atas tadi. Sebelah petang, Iqra ajak keluar ke bandar Kingston sambil dia membeli belah, saya pun ikut la juga membeli apa yang patut. Cantik bandar Kingston ni, bersih dan kemas dengan bangunannya yang sudah semestinya berusia ratusan tahun gak dan terletak di persisiran sungai yang jejeran sungai ni menghala terus ke sungai Thames di Central London tu. Sungainya juga bersih dan cantik. Teringatlah pulak kat sungai-sungai kita di Malaysia yang semakin tercemar dan keruh tu akibat pembangunan yang tak teancang. Bandar-bandar kat eropah ni brusia ratusan tahun tetapi sungainya masih tetap jernih dan bersih. Jauh la bezanya dengan nasib sungai Kelang dan sungai Gombak kat KL tu. Tak usah ceritalah dengan sungai Pinang kat Jelutong, Pulau Pinang tu. Kebetulan pulak kasut saya masih lagi basah dan lembab sebab semalam kena hujan. Walaupun pakai stokin baru, tapi kelembapan kasut terus menyerap stokin tu, so rasa tak selesa jugak la pakai kasut tu walaupun masih berharap agar cepat kering. Jalan punya jalan kat shopping mall di Kingston tu, pergi lah ke bahagian jualan kasut, ada 'sale' plak tu. Mungkin rezeki agaknya, jumpa lah sepasang kasut yang memang sesuai untuk travel dengan harga 8.00 GBP daripada harga asalnya 65.00 GBP. So, memang murah gilerr la. apa lagi tanpa melengah-lengah terus 'try out' dan sesuai la pulak saiznya. Terus ambil dan bayar... dapatlah kasut baru dan kira cenderahati untuk diri sendiri la kat Kingston ni. Nak beli benda lain memang la mahal gilleer kalau ikut konteks nilai matawang Ringgit la. Tapi kalau nilai GBP, kebanyakan barangan kat sini secara relatifnya adalah murah. Malah relatifnya jauh lebih murah berbanding di Malaysia jika diukur dari segi kualiti barangan dan pendapatan penduduk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment