Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Wednesday, July 18, 2007
Tallin, Estonia
5.6.07, Jam 6.00 pagi saya tiba di Tallin Estonia sebab semalam naik bas Euroline jam 9.00 malam dari Vilnius, Lithuania. Perjalanan malam tadi melepasi dua sempadan iaitu sempadan Latvia dan Estonia. Alhamdulillah... sewaktu melalui sempadan Estonia tu tak banyak masalah kat imigresen. Tapi pagi ni agak mengantuk sikit sebab semalam bas tu banyak berhenti singgah di beberapa pekan kecil sepanjang perjalanan untuk mengambil dan menurunkan penumpang. So, susah sikit nak melelapkan mata.
Bila tiba kat stesen di Tallin pagi ni pulak tersangatlah mengantuknya. tetapi tak dapat terus pergi ke hotel 'Tatari' sebab tak ada matawang Eek atu dipanggil juga sebagai 'Krone' (matawang Estonia) sebab semalam lupa nak tukar kat 'Parax Bank' di Vilnius. Ada la satu 'money changer' kat bus stand ni tapi belum bukak lagi sebab baru pukul 6.00 pagi. Kena tunggu sampai jam 9.00 pagi la pulak baru nak buka. Aduhhh... tak tahannya mengantuk nak tunggu lagi tiga jam, sempat la juga tertidur kat bangku tu tapi tak selesa la pulak sebab teringatkan katil. 'Money changer' kat Tallin ni ada tapi tak sebanyak di Riga, Latvia.
Bila dah dapat tukar duit terus ambik tram dari stesen bas menuju ke hotel. sampai je terus chek-in dan tidur kejap sebab telalu mengantuk sangat sampai lebih kurang jam 11.00 pagi barulah bangun bila terdengar ada orang masuk. Roomate baru masuk namanya David asal dari London tapi bekerja di China. Katanya datang sini untuk holiday.
Pas tu saya keluar jalan-jalan ke 'old town' sambil cari makan untuk lunch. Lepas lunch, sambung jalan-jalan sehingga melalui taman dan bangunan-bangunan lama yang sebahagiannya terdapat kesan pecah akibat tembakan peluru pada tingkap dan dinding kaca. Menurut si David ni, katanya Malam semalam berlaku suasana tembak-menembak di seluruh bandar Tallin oleh tentera-tentera Russia yang masih lagi berkonflik dengan Estonia ekoran kemasukan Estonia ke dalam EU selepas keluar daripada kesatuan Soviet Union. Konflik walayah la tu...Menarik jugak bunyinya tapi malam semalam saya masih dalam bas menuju ke Tallin, so tak sempat nak mengalami la suasana tembak-menembak tu.
Lama juga saya berjalan-jalan sekitar bandar Tallin sehingga mencecah ke jam 12.00 malam baru balik ke hotel. Tetapi waktu malam di sini langitnya cerah dan keputihan atau pun dikenali juga sebagai 'white night' oleh penduduknya, kerana langit hanya gelap sekejap dalam beberapa jam sahaja. Itu pun tak gelap sangat lepas tu cerah balik dan perkara ini belaku setiap malam terutamanya dalam bulan Jun. So, saya pun dapat la mengalami suasana 'white night' ni. sebab tu jam 12.00 malam tapi masih cerah juga lagi.
Sepanjang observasi sewaktu berjalan-jalan tu saya dapati bandar Tallin ni sedikit kotor dengan sampah-sarap terutamanya di kawasan taman berbanding Riga dan Vilnius. Pemandu-pemandu kenderaan pulak memandu agak laju dan kurang menghormati pejalan kaki. tidak macam Riga dan Vilnius yang lebih sopan. Cuma tabiat sama yang dikongsi oleh penduduk ke tiga-tiga bandar ni (Riga, Vilnius dan Tallin) ialah suka membuang puntung rokok merata-rata dan meludah serta menghembus hingus merata-rata.
Dari segi gaya hidup penduduknya, Riga nampak lebih bergaya dan elegen. Bangunannya juga nampak lebih megah dengan dekorasi ala Baroque era Renaissance yang sangat jelas.
Di hotel tempat saya menginap ni semakin ramai orang datang menginap terutamanya orang British. Mulanya agak pelik juga kenapa ramai sangat mamat British ni bising-bising sangat ni. Rupan-rupanya diaorang datang ke Estonia sebab malam ni (6.6.07)ada perlawanan bolasepak kat stadium Tallin di antara England dan Estonia, David Beckhem ada datang main sekali....kaedahnya.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment