Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Wednesday, July 25, 2007
Wow! 'Viking Line'
7.6.07, Terkagum gak saya sekejap sebaik saja menjejakkan kaki di atas kapal 'Viking Line' ni. Ada lapan tingkat semuanya dan rasanya inilah kali pertama saya belayar naik kapal pelayaran sebesr ini dan siap bermalam lagi. Sebelum ni naik feri atau bot kecik-kecik je dan paling lama pun ambil masa 5 jam pelayaran. Kagumnya tu bukan apa, masuk-masuk je rasa macam masuk dalam hotel le plak. Sebab 'entrance' nya saja dah macam lobby hotel terutamanya dari segi dekorasi dalamannya. Masa 'check-in' tadi saya diberikan satu kad elektronik yang juga menjadi kunci bilik (kabin) dan tertulis di atasnya 'cabin C4/deck 2' dan no cabin plak ialah 2045.
Ok gak biliknya untuk empat orang dan yang bestnya ialah bilik airnya besar dan selesa. Selesai mandi dan solat saya pun rayau-rayau sekitar kapal dari tingakat satu sampailah tingakat lapan. tingkat 1 hingga ialah untuk kabin dan 'car park'. Tingkat 7 dan lapan adalah ruang untuk makan dengan berbagai jenis cafe dan supermarket dan hiburan termasuklah disko sekali.
Harga dalam supermarket ialah 'duty free' so agak murah la sikit. Bila jalan-jalan tu terasa lapar la plak sebab dah sampai waktu dinner pun. So, saya order la sandwich telur campur tuna. Lepas tu order lagi salad udang, memang sedapp... harganya pun 'not bad' la... kira masih mampu lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment