English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, June 22, 2008

Wildlife Park & Waitomo - 'Glowworm Caves'


20.5.08, Selepas singgah sebentar di Hamilton to Greg terus membawa bas bergerak ke suatu destinasi pelancongan yang Waitomo Cave. Tetapi sebelum sampai di situ kami singgah sebentar di Altura Wildlife Park untuk menyaksikan demonstrasi mencukur bulu arnab untuk dijadikan baju bulu yang sangat cantik dan berjenama mewah. Dua orang petugas wanita menunjukkan demonstrasi bagaimana bulu arnab tersebut dicukur.


Seorang wanita bertindak selaku pencukur bulu arnab dan seorang lagi memberi penerangan kepada kami. Kedua-dua tangan dan kaki arnab diikat pada mesin pemusing (macam mesin getah dulu-dula la kaedahnya) dan diregangkan supaya arnab tersebut tidak bergerak ketika bulunya dicukur. Mesin pencukur yang digunakan lebih kurang macam mesin pencukur rambut gak la.

Sambil mencukur, wanita tersebut memusingkan badan arnab tersebut supaya semua bulu di badan arnab dapat dicukur sama rata. Demonstrasi ni percuma tetapi digalakkan untuk menderma selepas selesai menonton demonstrasi yang boleh dimasukkan dalam tabung derma yang disediakan.


Selepas tu kami naik bas balik untuk ke Waitomo Cave yang tidak berapa jauh gak dari situ iaitu kira-kira 5 minit je naik bas. Waitomo bermaksud 'water entering a hole in the ground'. Kira-kira 30 juta tahun dulu waitomo ni berada jauh di dasar laut dan pada waktu itulah terbentuknya limestone yang terhasil daripada fossil dan 'mineral calcuim carbonat' (CaCO3). Selepas lebih dari 24 juta tahun, landskap Waitomo terbentuk ekoran daripada gempa bumi dan letupan gunung berapi. Lapisan limestone tadi tertolak ke atas dari dasar laut lalu terbentuklah bentuk membukit dan pecah. Rekahan yang berlaku itu membolehkan air mengalir melaluinya dan secara perlahan-lahan mengukirkan bentuk gua. Dalam gua ni terdapat stalactite dan stalagmite seperti beberapa gua yang juga terdapat di Malaysia ni.


Yang menariknya mengenai Waitomo Cave ni, yang tidak ada di tempat lain ialah wujudnya 'glowworm'. Kitaran hidup Glowworm ni terbahagi kepada 4 iaitu bermula dari telur yang ditetaskan oleh glowworm betina sebanyak lebih kurang 120 telur sekali tetas. telur-telur tersebut melekat pada lelangit gua yang gelap gelita itu. Selepas sekitar 20 hari larva akan keluar daripada telur dan membina sarangnya yang melekit dan berjuntaian. sarang yang berjuntai dan melekit itu berfungsi untuk memerangkap serangga untuk dijadikan makanan. Pada peringkat larva ini juga cahaya seperti kunang-kunang dihasilkan oleh larva. Cahaya itu juga berfungsi untuk menarik perhatian serangga untuk menghampirinya dan melekat pada jaringnya. saiz larva ni kecil je iaitu kurang daripada 3 milimeter dan akan berada tahap ini sehingga lebih daripada 9 bulan. Peringkat hidup seterusnya ialah pupa yang bentuknya macam kepompong la kalau ikut kitaran hidup rama-rama. Jamgkahayat kepompong lebih kurang 13 hari sehingga akhirnya menjadi dewasa. Glowworm dewasa ni macam nyamuk besar je rupanya. Tapi tak ada mulut dan fungsinya hanyalah untuk 'reproduce' bagi kelangsungan spesis. Lazimnya Glowworm jantan akan menunggu yang betina keluar dari pupa untuk melakukan persenyawaan serta-merta dan kitaran akan terus berlangsung. Jangka hayat glowworm biasa ni tak lama hanya bertahan kira-kira beberapa hari je. Lepas tu mati.... macam tu je...betapa hebatnya kuasa Allah...


Sebelum memasuki ke dalam gua ni, kami perlu berjalan kaki melalui trek yang disediakan kira-kira 5 minit dengan diiringi oleh seorang pemandu pelancong berketurunan Maori. Bila dah masuk gua kami melalui kawasan yang terdapat stalactite dan stalagmite dan diberi penerangan mengenainya. Akhir sekali merupakan klimaks perjalanan ni iaitu yang unik tadi tu. Iaitu bila kami menaiki sampan yang tidak berenjin dalam gua yang berair tu dan tidak dibenarkan bercakap dan membuat bising. Keadaannya sangat gelap kerana tidak ada cahaya lampu langsung disediakan. Pemandu pelancong tu mengerakkan sampan hanya dengan berdiri sambil berpaut padi tali yang disediakan di lelangit gua.

Trek tali tersebut memang direka khas untuk dajadikan trek pergerakan sampan bagi mengantikan pendayung. Semua kami diminta mendogakkan kepala ke atas melihat lelangit gua. Secara berdikit-dikit saya dapat menyaksikan cahaya pada lelangit tersebut seolah-oleh menyaksikan bintang-bintang di malam kelam. Gua yang gelap pekat itu sedikti bercahaya oleh pancaran cahaya daripada beribu-ribu larva glowworm yang melekat pada lelangit gua tersebut. Sungguh mengasyikkan...Subhanallah....

No comments: