English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, June 22, 2008

'Fish & Chip' Di Rotorua


20.5.08 selepas beberapa jam berada di lokasi pelancongan Waikato cave ni kira sempat la lunch dulu kat cafe yang ada kat sini, barulah kami semua meneruskan perjalan menuju ke Rotorua. Dalam perjalanan ni bas tidak singgah di mana-mana kerana destinasi yang ingin dituju hanyalah bandar Rotorua sahaja dan kami akan di hantas sehingga ke hostel pilihan masing-masing. Bagi yang hanya mengambil pakej pengangkutan sahaja dan tidak mengambil pakej penginapan sekaligus seperti yang saya lakukan, penumpang boleh mengisi borang yang diedarkan oleh pemandu yang tertera nama-nama hostel panel yang bekerjasama dengan syarikat Magic. Semua penumpang perlu mengisi borang berkenaan termasuklah saya kerana dalam borang itu perlu dinyatakan berapa malam kita akan menginap di hostel tersebut. Setiap penumpang mempunyai pilihan masing-masing. Selain daripada mengisi maklumat penginapan dan jumlah hari untuk bermalam, penumpang juga boleh mengisi apakah aktiviti yang ingin dilakukan di lokasi tersebut beserta tarikh dan masa. Tujuannya adalah untuk memudahkan pemandu bas membuatkan tempahan bagi aktiviti tersebut. Kemudian akan mengantar ke lokasi aktiviti dan menjemput semula dari lokasi tersebut balik semula ke hostel. Bayangkan betapa effisiennya kerja pemandu bas di NZ ni. Mereka bermaklumat, effisien dan mesra pelanggan. Tanpa sebarang rungutan mereka sentiasa berusaha untuk memuaskan hati pelancong. Menarik bukan? Oleh sebab winter, maka waktu siang pendek dan hari cepat gelap. Bila kami tiba di hostel di Rotorua dah jam 6.00pm. Dah gelap dah pun... so terus je check-in dan tak ada pa nak buat sangat dah. Cuma yang tak bestnya YHA di Rotorua ni ialah dari segi lokasi dan fasilitinya yang memang kurang memuaskan. Saya kira YHA di Rotorua adalah yang paling terkebawah sekali dari segi stanadardnya di NZ ni. Oleh sebab jauh dari bandar jadi susah untuk saya mendapatkan makanan pada malam tu. Nasib baik ada sebuah kedai makan Cina yang masih buka hingga lewat malam. Jadi dapatlah saya mengisi perut malam tu dengan hidangan 'fish n chip' dengan berjalan kaki dari hostel kira-kira 10 minti dalam malam gelap yang sejuk itu. Di NZ ni kalau kedai makan kecil-kecil tu lazimnya pelanggan hanya membungkus sahaja dan tidak makan di kedai tu. Kat kedai tu pun tidak menyediakan tempat makan yang lengkap tetapi cukup sekadar sebuah meja dan bangku untuk pelanggan menunggu pesanan siap. Memang semua pelanggan yang datang tu pun untuk tujuan dibungkus sahaja.'Fish n Chip' kat sini dibungkus dalam kertas surat khabar saja atau pun kertas 're-cycle'. Bila dah siap tu, mak ai! terkejut gak, punya la besar bungkusannya dan bila dibuka, punya la banyak..... rasa macam tak larat nak habiskan la plak.... malas nak bawa balik sebab dah lapar sangat, jadi makan kat situ je la....Sos tidak disertakn bersama hidangan ni ye...kalau nak kena beli berasingan...Memang tak habis pun terutamanya chip tu...tapi ikannya saya makan habis la. Ok gak... lebihan chip tu sayang nak buang jadi bawa je la balik hostel. So aktiviti malam tu hanya tidur je la...Esok pulak nak gerak ke Taupo.

No comments: