English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Wednesday, June 11, 2008

"BACKPACK" Lagi...

Dah lama tak update entry baru. dah hampir sebulan dah, dan dalam tempoh masa tu saya melakukan rutin tahunan iaitu jadi 'backpacker' dan tengok dunia luar kejap. destinasi pada kali ini ialah New Zealand. Orang kata negara ni cantik sangat! Betul ke? ha... tu la yang nak pi tengok ni. So, saya memulakan persiapan awal dengan mengemaskan semula baju sejuk yang mana ada dalam dua tiga helai. Cukup la untuk sebulan, sebab kembara kali ini saya lakukan dalam musim sejuk di New Zealand walaupun di benua Eropah dah nak masuk summer. Saya pilih waktu ni sebab ingin menyaksikan keindahan New Zealand ketika menghampiri winter dan kedua, memang waktu cuti panjang saya adalah dalam bulan mei hingga julai. Perkara asas yang penting untuk saya sediakan ialah mendapatkan kad keahlian YHA yang saya buat untuk tempoh satu bulan sahaja dengan bayaran RM 30. Kad ni penting nanti bukan sahaja untuk kemudahan penginapan di rangkaian Hostel YHA, tetapi banyak diskaun yang boleh dinikmati di beberapa institusi lain juga. Memang berbaloi la bayar RM30 tu sebab diskaun yang diperolehi melebihi jumlah tu berlipat kali ganda.



Bila dah buat kad YHA, perkara kedua penting ialah untuk mengambil insurance juga untuk tempoh selama sebulan. Insurance ni merangkumi bukan sahaja kemalangan tetapi pelbagai perkara termasuk lah juga kehilangan beg dan penundaan penerbangan.



Bila semua dah siap, masa pun tiba untuk memulakan kembara iaitu pada 16.5.08 dengan menaiki pesawat Royal Brunei dari KLIA. Inilah kali pertama saya menaiki pesawat Royal Brunei ni. Nak tengok la service nya macama mana. Setanding tak dengan MAS atau pun Qatar Airways. Tak tau la lagi macamana......

No comments: