English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Thursday, June 19, 2008

Auckland ke Rotorua


Selasa, 20.5.08, subuh-subuh lagi dah keluar dari rumah untuk mengambil bas dari Greenlane ke Brittomart sebab Mafgic Bus akan tiba tepat jam 8.15am di lokasi yang berhampiran dengan Brittomart kat city center. Bas tiba je terus masukkan beg dan daftarkan nama pada pemandu bas yang namanya Greg. Di NZ ni pemandu bus buat semua kerja iaitu sebagai pemandu bas, konduktor, pemandu pelancong, membuat tempahan hostel, tempahan aktiviti pelancongan, sebagai kerani dan apa sahaja yang berkaitan dengan perkhidmatan syarikat yang diwakilinya. Kira macam 'all rounder' la dan cara ni lebih jimat dan memudahkan sebab tak banyak birokrasi. Ada problem je tak perlu jumpa orang lain, pergi jumpa driver je, settle. Menurut kata Greg, semua pemandu bas adalah terlatih dalam bidang mereka dan memiliki kelayakan daripada sekolah pelancongan di NZ. So, sepanjang perjalanan ke Rotorua tu, Greg akan menceritakan mengenai tempat-tempat pelancongan NZ yang akan dilawati pada hari tersebut bermula dari Auckland.


Walaupun semalam saya dah menikmatinya dari Mount Victoria tapi hari ni lagi sekali saya menikmati keindahannya dari puncak gunung berapi di waktu pagi pulak, semalam waktu petang. memang indah dan menakjubkan. Tak lama kat sini sebab ada bas lain lagi yang berhenti di sini dan ruang untuk kenderaan adalah terhad. Kemudian bas turun dari puncak dan terus meninggalkan bandar Auckland.

Sepanjang perjalanan tu memang menarik menyaksikan pohon-pohon yang berwarna0-warni seperti kuning kehijauan, kuning, oren, merah dan cokelat di samping pohonan hijau yang lain serta pepohonan kering sebab berada di penghung musim luruh dan awal musim sejuk. Bas berhenti singgah di bandar Hamilton untuk mengambil penumpang lain yang menaiki bas yang sama untuk ke Rotorua.


Dari Hamilton, bas beargerak melalui wilayah Waikato melalui pinggiran sungai Waikato yang terkenal itu. Sungai Waikoto ni ialah yang terpanjang di NZ dan airnya sangat jernih. Terdapat juga ladang ternakan lembu dan biri-biri di sempanjang sungai tersebut yang menambahkan lagi lukisan lanskap alam wilayah ini.

Bas terus bergerak menuju ke Waitomo cave iaitu salah satu lokasi pelancongan yang terkenal di pulau utara NZ ni.

No comments: