English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Thursday, June 26, 2008

Dari Taupo ke Wellington


Taupo 22.5.08 [Thursday]
Selepas breakfast ala kadar je, kira-kira jam 8 pagi bas Magic mula bergerak dan mengambil penumpang di setiap hostel panel. Setelah semua penumpang pada hari itu menaiki bas kami pun meninggalkan pekan Taupo yang indah itu. Bas bergerak melalui tepian tasik taupo menuju ke Wellington yang agak jauh juga dari sini. Jadi, sepanjang perjalanan ni tiada aktiviti pelancongan yang diikuti kerana bas hanya berhenti untuk berehat sahaja.


Walaupun begitu, sekiranya bas melalui kawasan yang menjadi tarikan pelancong maka pemandu akan memberikan penerangan mengenai lokasi tersebut. Kadangkala ada tempat-tempat yang agak menarik, pemandu akan berhenti untuk kami mengambil gambar. Salah satunya ialah di kawasan 'Ruapehu district' ni. Di sini kami berpeluang mengambil gambar berlatar belakangkan volcanoe bersalji puncaknya dan terletak dalam kawasan Heritage National Park. Volcanoe tersebut ialah Mt. Tongariro, Mt. Ruapehu dan Mt. Ngauruhoe yang pernah menjadi setting untuk filem 'The Lord of the Rings' yang terkenal itu.


Selepas bergambar di situ, bas meneruskan perjalanan dengan melalui kawasan gurun berumput kering [ala-ala savanah]. Tanpa berhenti lagi, kami melalui kawasan 'Waiouru Army Base and Museum' dan seterusnya menghampiri Gumboot iaitu sebuah pekan kecil yang merupakan kawasan memancing. Di tengah perjalanan tu, bas terpaksa berhenti seketika kerana ada pokok tumbang melintangi jalan raya. Tapi nampaknya pekerja jentolak bekerja dengan amat pantas sebab kami tak la menunggu lama sangat untuk pohon tumbang itu dialihkan.


Bila dah agak tengahari sikit, kami singgah untuk lunch di 'flat hills cafe' yang terletak di suatu kawasan ladang ternak biri-biri di Ohingaiti. Kawasan ni meurupakan sebuah kawasan penternakan biri-biri dan lembu sebenarnya. Selesai lunch, bas meneruskan perjalanan sambil melalui Bulls iaitu sebuah pekan kecil yang merupakan pengeluar susu di NZ ni. Kami juga melalui Levin yang pekannya sebesar Taupo. Di sini terdapat kebun sayur-sayuran seperti asparagus dan terdapat juga ternakan rusa.

Kemudian kami sampai di Otaki, iaitu sebuah pekan kecil yang terkenal dengan aiskrim yang diperbuat daripada buah-buahan. Bas Singgah di sini untuk mereka yang ingin pergi ke tandas sambil yang lain boleh membeli buah dan aiskrim berperisa buah-buahan di sini. Saya sempat membeli aiskrim yang berharga 4.30 dollar dan granny apple dengan harga 1.30 dollar [3 biji]. Kalau sekilo buah tu harganya 1.99 dollar.


Lebih kurang 15 minit kami berhenti di pekan Otaki ni dan kemudian meneruskan perjalanan melalui Waikanae yang juga merupakan sebuah pekan kecil. Seterusnya melalui Paraparaumu dan di sini terdapat sebuah muzium kereta yang terbesar di 'southern hemisphere' [hemisfera selatan] ni. Kereta yang dipamerkan di muzium ni terdiri daripada pelbagai jenis dan koleksi yang dikumpulkan sejak tahun 1950an. Yang menariknya di NZ ni, walaupun kebanyakkan pekan dan bandarnya adalah kecil-kecil sahaja tetapi tetap dilengkapi dengan kemudahan yang asas seperti rumah ibadat, muzium, perpustakaan, kelinik, sekolah, balai bomba dan balai polis.


Sebelum tiba di persisiran laut Tasman, bas melalui kawasan yang dikenali sebagai Paekakariki iaitu kawasan 'restoration station steam engine'. Sehingga akhirnya bas kami melalui persisiran pantai laut Tasman dan dari sini saya boleh melihat pulau selatan nun di seberang sana. Sebelum tiba di Wellington, bas melalui Porirua yang merupakan sebuah bandar pelabuhan dan perindustrian dan letaknya kira-kira 15-20 minut sahaja dari wellington. Akhirnya kami tiba di Wellington kira-kira jam 5.00 petang dan saya menginap di hostel 'Down Town Backpeckers' kerana YHA dah 'fully book'.

2 comments:

zubin said...

dok bejalan kesana-sini tuh jangan lupa pulak berteater dan berkarya atau menyelidik seni. artikel kecil saya sudah ada di saloranseni

zubin said...

saya tahu awak sibuk dan buat buku, tahniah. saya ni tak keje lagi so tak ada shoru, cuma dok baca, tgk work and cari projek. buku entah kemana. I hope u could come to KL Fringe 11 Jul-4 Aug. I am going to Bali also later to start my tari topeng dance lesson!