English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Saturday, July 28, 2007

TERIMA KASIH! WARGA KEDUTAAN MALAYSIA DI STOCKHOLM


8.6.07, Lebih kurang jam 11 pagi saya sampai di kedutaan Malaysia di Stockholm, Sweden mengikut masa seperti yang dijanjikan dengan En. Khalid bahawa saya akan sampai sebelum solat Jumaat. Waktu tiba saya disambut oleh warga staff kedutaan dan dijemput masuk ke bilik menunggu kerana kebetulan En. Khalid sedang sibuk dengan urusan kerja. Rasa bersalah pun ada juga sebab datang tanpa membuat 'appointment' lebih awal. Saya agak bersimpati dengan situasi En Khalid kerana beliau terpaksa menyusun semula jadual serta program kerja yang telah dirancangkan lebih awal. Tidak lama kemudian En. Khalid tiba dan kami berbual mengenai situasi yang sedang berlaku. Melaui perbualan tu En. Khalid menjelaskan bahawa kemasukan pelancong secara beramai-ramai sempena cuti musim panas merupakan punca kenapa hotel semuanya 'fully book'. Oooo... kisahnya...!! En. Khalid ni peramah orangnya sehingga menghilangkan rasa janggal dan rasa bersalah saya tadi. Dalam perbualan kami tu, En Khalid turut bercerita serba sedikit mengenai hal-ehwal kedutaan kita di Stockholm. En Razak ialah Timbalan Duta dan juga merangkap 'Ambassador in Acting' kerana pejabat kedutaan di sini tiada Duta. Jadi En. Razak melakukan kedua-dua tugas tersebut. Tetapi sewaktu saya tiba En. Razak tiada kerana ada tugasan di Denmark. Jadi En. Khalid bertanggungjawab menggantikan tugasan beliau di pejabat kedutaan tu. Jadi bila saya tiba maka En Khalid perlu juga melayani urusan tersebut.


Jadi, En Khalid dengan kebaikan hatinya berusaha untuk melayan kehadiran saya sebaik mungkin. En Khalid nampaknya sangat bersungguh-sungguh untuk membantu bagi memastikan keselesaan saya sewaktu berada di situ. Sebenarnya saya tidak la mengharapkan layanan yang terlalu istimewa tetapi cukup sekadar mendapat tempat untuk meletakkan barang dan tidur untuk satu malam sahaja. Itu pun sudah memadai. Tetapi nampaknya En Khalid telah memberikan lebih daripada apa yang saya jangkakan...Terima kasih banyak-banyak....
Selepas berbual-bual tu En khalid mengajak saya ke rumah beliau yang juga terletak dalam kawasan pejabat kedutaan tu. En. Khalid menumpangkan saya di rumah beliau sendiri dan memperkenalkan kepada isteri beliau iaitu Pn Hawa. Memandangkan hari tu hari Jumaat, jadi selepas meletakkan barang dalam rumah dan berehat sembentar En. Khalid mengajak ke mesjid untuk solat Jumaat. Kami pergi ke masjid dengan disertai oleh En. Zul yang juga staff kedutaan dan dibawa oleh pemandu iaitu seorang lelaki Filipina. Malangnya saya lupa pulak nama mesjid dan lokasi tempat kami solat Jumaat tu, tapi yang pastinya mesjid tu ialah masjid Pakistan kerana khutbah Jumaat disampaikan dalam bahasa Pakistan.



Selepas solat, saya diperkenalkan kepada dua orang rakyat Malaysia yang belajar di Stockholm dan kami berbual-bual seketika. Kemudian kami balik semula ke rumah En. Khalid dan Pn Hawa telah menyediakan makan tengahari dengan menu utamanya ikan masak pedas ala Melaka, sedap la pulak!!!. Lagi pun dah agak lama jugak tak jumpa nasi sejak travel ni. Pn Hawa ni orang Melaka, jadi dia masak la masakan Melaka dan peramah juga orangnya membuatkan saya sentiasa rasa selesa. Pn. Hawa sebelum ni bekerja sebagai P.A Dato' Megat Jonid. Tapi sekarang ambil cuti tanpa gaji untuk menemani En. Khalid tinggal di Stockholm ni. En. Khalid pulak asal dari Bagan Serai, Perak. Haa... satu negeri la pulak dengan saya. Tapi saya dari Teluk Intan, Perak, tak jauh la tu... Sewaktu makan tu kami juga ditemani oleh En. Zul....

JUSTERU, DI SINI SAYA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA BUAT EN. KHALID SEKELUARGA ATAS LAYANAN YANG DIBERIKAN. JUGA BUAT EN RAZAK (walaupun tak sempat jumpa)TETAPI TERIMA KASIH UNTUK PERHATIAN YANG DIBERIKAN. SERTA TERIMA KASIH JUGA BUAT SELURUH WARGA KEDUTAAN MALAYSIA DI SOCKHOLM, SWEDEN.

No comments: