English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Saturday, July 28, 2007

Self Expression - As Performance !


8.6.07, Memandangkan saya tidak berada lama di Stockholm ni sebab esok petang dan nak gerak ke Riga pulak. So, lepas lunch kat rumah En. Khalid terus minta diri untuk melihat-lihat sekitar bandar Stockholm ni. Kedutaan Malaysia berhadapan dengan taman yang terletak di pusat bandar, jadi terus je jalan kaki melalui taman. Sambil jalan tu jumpa la budak-budak remaja naik lori yang disertakan dengan speaker yang agak besar dengan dendangan lagu sambil secara beramai-ramai budak-budak tu menyanyi dan menari di atas lori tu. Sambil tu bebudak tu meminum beer dan lori tu pun bergerak macam perarakan la mengelilingi seluruh bandar. Sambil tu budak-budak tu menari dan menyanyi serta menjerit-jerit seolah-olah untuk menarik perhatian orang ramai yang dilalui. Bila lalu je melintasi hadapan saya, bau beer yang bukan sahaja untuk diminum tetapi juga digunakan untuk membasahi badan mereka, menusuk ke hidung. Sambil tu jugak, bebudak ni turut merenjiskan lebihan beer tersebut kepada orang ramai yang dilaluinya. Tetapi responnya adalah positif kerana orang ramai tidak memberikan reaksi yang negatif atau marah dengan tindakan tersebut. So, jelas bahawa aktiviti performance ini merupakan sesuatu yang direstui oleh masyarakatnya.

Gaya mereka itu seolah-olah satu pesta lagaknya. Dan memang satu pesta pun bagi mereka sebab menurut En. Khalid itu merupakan 'ritual' yang dilakukan oleh remaja belasan tahun sempena menyambut cuti musim panas. Bukan sebuah lori je malah ada banyak lori yang disewa oleh ibu-bapa bebudak tu semata-mata untuk tujuan tersebut. Bukan sahaja lori, terdapat juga kereta mewah dan bot yang turut digunakan sebagai kenderaan utnuk tujuan perarakan tersebut bergantung kepada status ekonomi keluarga bebudak tu. So, memang 'happening' la seluruh bandar tu dengan 'ritual performances' oleh para remaja ni dengan mengeksploitasi seluruh kemudahan samada darat mahupun laut. Cuma kenderaan udara je yang saya tak jumpa yang turut digunakan oleh bebudak tu. Saya pun berhenti la sekejap untuk memerhatikan gegalat performance bebudak tu, happening gakk...


Kemudian jalan lagi dan jumpa pulak sekumpulan budak-budak remaja perempuan berarak sambil membawa sepanduk keliling bandar la jugak. Lepas tu mereka berhenti di dataran di tengah-tengah bandar dan beraksi dengan gaya menari sambil menjeritkan sesuatu seta menjulang-julangkan sepanduk. Saya kira tujuan mereka ini juga sama iaitu sempena meraikan cuti musim panas. Melihatkan gelagat remaja ni, saya agak terkagum juga dengan kebebasan bersuara dan berekspresi yang diamalkan oleh masyarakat Sweden ni. Menurut penduduk yang agak dewasa, semasa zaman mereka remaja dulu budaya sebegini masih belum diamalkan lagi. Tetapi ia mula muncul sekitar abad 21 ni je, dan bagi mereka ia merupakan suatu budaya yang muncul sebagai suatu respon terhadap kebebasan untuk berekspresi yang diperjuangkan atas landasan 'human rights'....

No comments: