English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, July 9, 2007

HELLO, MR. PRESIDENT!


1.7.07, Kebetulan masa jalan-jalan kat sekitar Old Town Riga tu, saya nampak ada sekumpulan orang sedang berteriak dan bertempik sambil bertepuk tangan. Kemudian terdapat juga sepanduk, gelungan bunga yang besar serta patung 'orang-orang' yang dijulang oleh sebilangan orang dalam kumpulan yang bersorak tersebut. Saya tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan dan terlibat sama dalam 'performance' apakah yang sedang berlangsung tersebut.......











Dalam kehairanan itu saya bertanya kepada salah seorang daripada kumpulan sorakan tersebut mengenai situasi yang sedang berlaku. Pemuda tersebut memberitahu bahawa saya sedang berada di hadapan bangunan parlimen dan acara yang sedang berlangsung itu ialah upacara pemilihan presiden Latvia yang baru, oooo kaedahnya!. Menurut pemuda itu lagi, presiden sebelum ni ialah perempuan dah tamat jawatannya. Sekarang digantikan pula dengan calon baru iaitu seorang lelaki yang juga merupakan seorang doktor pakar bedah. Patut la.... saya pun tidak melepaskan peluang untuk turut terlibat sama dalam 'performance' tu... lihatlah gambar-gambar ni....meriah gakkk...

No comments: