English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, July 3, 2007

LATVIA! HERE I COME...


Alhamdulillah.....akhirnya penerbangan selamat mendarat di airport Riga, Latvia pada pukul 10.00 malam waktu Latvia, 30 Mei 2007. Waktu di sini awal 2 jam berbanding waktu UK. Walaupun dah jam 10.00 pm tetapi suasana masih cerah lagi sebab malamnya lambat gelap. Bila tayar kapal terbang mencecah landasan dengan 'smooth'nya maka semua penumpang yang ada dalam kapal terbang tu pun bertepuk tangan. Teruja juga saya sekejap sebab sebelum ni selalu gak naik kapal terbang tapi tak pernah la pulak mengalami situasi macam ni, semua penumpang bertepuk tangan kegembiraan manakala pengumuman pendaratan pun diumumkan oleh ketua cabin crew dengan megahnya. Kemudian terfikir jugak dalam hati, "mungkin ini cara mereka mengekspresikan rasa syukur setelah penerbangan selamat mendarat agaknya". Saya pun teringin jugak nak ikut tepuk tangan tapi tak jadi. Cukuplah dengan ucapan 'Syukur Alhamdulillah' dalam hati. Sebabnya, hati masih risau lagi ni macamana agaknya bila sampai kat imigresen nanti. Tak tau lagi samada boleh lepas atau tidak tanpa visa ni. Perasaan ragu-ragu tetap ada walaupun bukti bertulis dari Wisma putra tu ada bersama. Walau macamana pun saya tetap 'cool' je sebab dari sisi lain, intuisi saya merasakan bahawa saya boleh lepas masuk. Saya pun turun keluar dari perut flight sambil bergerak menuju ke kaunter imigresen mengikuti barisan penumpang yang lain yang majoritinya rakyat Latvia. Masih tetap 'cool' sehinggalah tiba giliran untuk diperiksa passport. Sampai je kat kaunter imigresen tu, pegawai tu tak banyak tanya pun. Cuma dia meniliti passport saya tu dengan cermat dan buka 'page by page' sambil tengok muka saya. Gerun jugak rasanya.... maklumlah ditenung oleh muka pegawai yang ala-ala komunis la gitu. Kemudian tanpa banyak soal terus je pegawai tu chop passport saya dan sudahhh.... macam tu jee.... Alhamdulillah.....satu nikmat kelegaan yang tak terhingga yang pernah saya alami.... Nampaknya nak masuk Latvia lebih mudah daripada memasuki London, kaedahnya. Rasa berbunga juga di hati bila dapat menghirup udara di negara bekas komunis di benua Eropah ni. Sambil tu bertanya dalam hati, "Agaknya aku orang Malaysia yang ke berapa ye, menjejakkan kaki di bumi Latvia ni?" Sebelum keluar dari terminal tu kena la tukar duit Euro kepada Lats dulu dan kebetulan ada la 'kiosk' money changer kat dalam terminal tu. Saya pun tukar la 50.00 Euro dulu. Pertukaran matawang ialah 1 Euro=0.70 Lats lebih kurang la, jadi saya dapatlah kurang lebih 35.00 Lats. Nanti kalau tak cukup boleh tukar lagi, mungkin dapat tukaran yang lebih bagus. Lepas tu terus beredar dan bila dah berada di luar terminal maka kenalah cari hostel yang dah di tempah tu. Tapi hostel tu bukan kat airport ni, kena ambik kenderaan untuk pergi yang letaknya di pusat bandar Riga iaitu Ibu negeri Latvia. Tapi nak naik apa ye? Sekarang dah jam 10.00 malam lebih kurang, memang la cerah lagi tapi macam waktu senja di Malaysia la dan tak lama lagi gelap la tu. Ada juga ternampak orang berjalan menuju bus stop yang terletak bersebelahan dengan bangunan terminal. tapi tak confident sangat nak ikut sebab tak tau nanti nak tuju ke mana. Sebab 'direction' yang tertulis dalam salinan tiket tempahan hostel tu pun masih agak mengelirukan lagi. Nak tak nak, kena la ambil teksi. Lebih selamat dan menjimatkan masa walaupun tambangnya memang la jauh lebih mahal berbanding menaiki bas. Biasalah tuuu.... kat mana-mana pun sama!

Kebetulan pulak teksi memang banyak menunggu so,saya pun ambik la satu teksi yang pemandunya ialah perempuan yang mukanya macam komunis gak. Ada ciri-ciri la yang membezakan wajah mereka dengan wajah Eropah barat. Kemudian mereka ni susah nak senyum dan cakap sepatah-sepatah je. Mungkin jugak masalah bahasa... tapi tak pe lah. Pemandu ni memang tak banyak cakap, so, bila dah masuk tu saya tunjukkan je alamt 'Doma Hostel' melalui salinan tempahan yang di 'print out' dari emel. Pandai-pandai la dia baca dan saya cuma sebutkan Doma Hostel je. Dia pun angguk dan terus bergerak. Memang tiada perbualan sepanjang perjalanan tu. Saya pun mengambil kesempatan ini untuk menikmati sepenuhnya pemandangan yang dilihat di kiri-kanan jalan. Cantik juga negara ni tapi agak flat sikit. Memang muka bumi negara ni flat dan tidak berbukit-bukau dan itulah keistimewaan dan kelebihannya. Lebih kurang 20 minit perjalanan dari airport saya pun sampai kat Doma Hostel yang terletak betul-betul di pusat bandar berhampiran 'Doma Square'. Pemandu teksi tu plak berhenti betul-betul kat depan pintu hostel yang kat gambar atas tu ha. Ehhh mudahnya....Kemudian saya pun bayar tambang teksi berharga 4.98 Lat sama dengan, lebih kurang Rm 33.36 atau 7.1 Euro. Mahal gak la tu....dah tu saya pun angkut beg dan terus 'check-in' hostel kat tingkat satu. Kena naik tangga la plak. "Macam sunyi je hostel ni....." kata hati saya berbisik. Sampai kat kaunter tu jumpa nenek tua yang wajahnya agak mengerunkan jugak. Ha, sekali lagi saya teringat pada filem-filem Inggeris yang ada kisah mengenai pemilik hostel atau motel di suatu pekan kecil yang agak sunyi dan pemiliknya ialah seorang perempuan tua yang mengerunkan dan sangat tegas. Sekarang perasaan itulah yang saya alami dan dengan nenek hostel ni lah saya 'deal' mengenai penginapan kat Doma hostel tu. Nenek ni pun susah nak senyum, mulanya agak gerun gak ditambah lagi dengan bahasa Inggerisnya yang agak berterabur tapi saya cuba juga untuk memahaminya. Walau bagaimanapun saya tetap berfikiran positif. Jadi bila dah agak lama tu, saya makin membiasakan diri dengan cara nenek tu, kesian gak tengok dia. Walaupun jarang senyum tapi nenek ni nampak ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk membantu. So, saya pun mula ber'empathy' dengan sikap orang di sini. Memanglah mereka jarang senyum dan nampak tegas tetapi mereka ikhlas dan baik hati. itu lah apa yang saya rasai....Kemudian nenek tu pun bawa saya ke bilik dan dia tolong pasangkan cadar dan sarung bantal dan kasi tuala satu serta kunci bilik. Dah siap kemaskan katil, pas tu nenek tu pun beredar selapas saya ucapkan terima kasih. Dalam bilik tu dah ada beberapa orang lagi penyewa yang dah check-in lebih awal. Samalah juga wajah tipikal mereka macam ala-ala komunis gak la. Mula-mula tu agak gerun gak sebab mamat tu semua memang tak senyum langsung tapi tiba-tiba seorang mamat tu menyapa, "Where are you from?" saya jawab la 'Malaysia'. Tak semena-mena seorang kawan dia pulak menyampuk "oooo...Singapore!". Eh! Eh! Tersentak jugak saya kejap sebab dia sebut Singapura pulak sedangkan saya cakap tadi Malaysia. Dalam hati tu terdetik gak, "aku tersilp sebut ke? tapi rasanya tidak. Tapi apasal dia sebut singapura pulak?" Pas tu saya cakap kat diaorang tu singapura ialah jiran Malaysia dan dulu memang pernah jadi sebahagian dari Malaysia pun. Kemudian saya tanya mamat yang sebut Singapura tu tadi macamana dia tahu pasal Singapura. Dia kata pernah kerja kat Singapura dulu. Ooooo kisahnya...! Walau macamana pun saya masih confuse lagi pasal mamat yang sebut singapura tu tadi. tapi saya malas nak fikir dah. Tak pe lah....lain kali la fikir pulak. And then, saya pun nak beramah-tamah la jugak sambil tanya diaorang asal dari mana? Diaorang cakap dari Ukraine. Oooooo.... patut la wajahnya tipikal je...Lepas tu perbualan habis kat situ je dan bila dah dapat masuk bilik tu rasa lega laa... letak barang dan rasa lapar la plak. Maklumlah dah jam sebelas malam dah. Kali terakhir makan ialah masa makan makanan yang dibekalkan oleh Iqra' tengahari tadi. Lepas tu tak jamah apa-apa dah. Sebab tu lapar gileerrrr.....


Saya pun turun ke bawah untuk cari mana-mana restoran yang ada jual makanan hallal. Jangan kata makanan hallal, restoran makanan yang tak hallal pun dah tutup dah. Ada la beberapa pub dan kelab malam yang masih buka lagi, tapi bukan restoran makanan la. Oleh sebab dah lapar sangat, saya pun 'gamble' je la masuk ke sebuah pub yang terletak berhadapan dengan hostel tu yang masih lagi buka. Yang lain kebanyakannya dah tutup dan hari pun dah gelap dah. Saya tak tau jalan ni, kalau pergi jauh-jauh takut sesat la pulak nanti. Nak tak nak, try je la tanya kat pub tu yang namanya 'Stella Pub". Rupa-rupanya pub ni macam restoran juga ada jual makanan untuk breakfast, lunch dan dinner. Tapi saya ni dah kira 'supper' la ni. So, saya tengok menunya dan ada la pulak hidangan kentang campur ikan tuna dan salad. Saya pun order je la hidangan tu. Sekali hidangan tu sampai.... makkk ai... banyak nye.... boleh habis ke ni, dah tengah malam ni. Lagi pun saya ni jarang makan waktu malam... ni pun sebab lapar je la dan nak dapatkan tenaga balik. Tapi tak la banyak sampai macam ni! Ha, tengok la kat gambar atas tu ha... itulah makanannya....dan seperti sudah dijangka jawapannya, memang la tak boleh habissss.....Sayang gak kat makanan tu, tapi nak buat macamana... dah tak boleh masuk dah.....ye la badan letih dan menantuk.... tak boleh nak makan habis bebb... Hidangan tu berharga 3.95 Lats lebih kurang harga dalam Euro 5.64 manakala dalam ringgit lebih kurang RM 26.47. Mahal tu, boleh buat 4 atau 5 kali makan kat Malaysia tu... tapi nak buat macamana, itu je pilihan yang ada. Dah selesai makan saya panggil pelayan ambil resit, dia pun datang dan bila dia pulangkan baki duit pada saya, sempat la pulak dia tanya, "Is there any problem with the food sir?", lancar je soalan tu keluar dari mulut pelayan tu sebab dia tengok makanan saya tak habis. Risau gak dia takut tak sedap makanannya. Actually makanannya ok, cuma saya yang tak boleh nak habiskan lagi dah. Kenyang sangat, begitulah lebih kurang saya jawab. Nampak lega sikit wajah pelayan tu. saya pun balik bilik dan tidur bagi mendapatkan tenaga untuk esok plak. Excited sangat nih, nak ronda-ronda bandar Riga esok ni.....Letak je kepala atas bantal terus zzzzzzzzzz.......Jumpa lagi esokkk....ZZZZZZZ......

3 comments:

zubin said...

wow, bestnye. hari tu ada Romeo and Juliet in Latvian at Esplanade Singapore. Kalau free, visit2lah www.svarnabhumi.blogspot.com and www.saloranseni.blogspot.com

Aida Redza said...

wow bestnye,... dah pulang balik ke malaysia ke, kalau sempat, datanglah kesini, boleh kita impromptu showing lagi dengan orang tv 3 pulak. ... bila lagi nal tavel living performance, if not now,.chance and change intervention.

Bin Basra said...

zubin,
dah balik dah. masa kat riga, latvia dulu pun ada banyak gak performance sebab kebetulan ad'Riga arts Festival'. nanti la, ingat nak tulis gak entry pasal festival tu.

Aida,
teringin jugak nak join tv3 tu. bila ekk..??