English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Friday, May 6, 2011

WAKTU MALAM DI ZURICH



3.4.11 (Ahad)
Jam 4.00 pm keretapi yang kami naiki tiba di Zurich dari Engelberg. Dari stesen kereapi, kami terus sahaja pulang ke hotel untuk merehatkan diri sebentar. Usai berehat dan membersihkan diri, kami keluar semula untuk bersiar-siar di bandar Zurich pulak. Jam pun masih awal lagi, baru kira-kira pukul 5 pm. Masih terang benderang lagi di musim bunga nih...





Cadangnya nak jalan-jalan sambil melihat-lihat cenderahati yang mungkin berkenan. Malangnya hari ni Ahad. Kat sini hari Ahad kebanyakan kedai tutup termasuklah kedai cenderahati. Puas berjalan, tak juga bertemu dan akhirnya kami memutuskan untuk medapatkan makan malam. Di Zurich ni pulak susah sikit nak dapatakan kedai makanan Muslim. Ada juga bertanya pada wanita Arab yang bertudung kalau-kalau dia tahu. Rupanya dia pun tak tahu di mana kedai makan Muslim sebab dia sendiri pun makan Mc Donald je. Jadi kami pun singgah je lah di restoran Mc Donald yang sentiasa menanti pelanggan tuh...





Oleh sebab tiada apa yang nak dikejarkan, kami pun bersantai-santai je lah makan di Mc Donald tuh.... seronok gak duduk rehat-rehat cam ni je... Usai makan, kami pun meneruskan ronda-ronda di sekitar Bandar Zurich tu dambil merakamkan gambar kenangan...





Menarik juga sebab kami dapat merakamkan suasana petang, senja dan malam di Zurich yang sangat cantk di awal musim bunga nih....































No comments: