English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Friday, May 6, 2011

INILAH... BRUXXELS!

Bersama pemilik hotel yang berasal dari Morokko

5.4.11 (Selasa)
Pagi ni lepas solat terus kemas-kemas barang sebab tengahari nanti nak gerak ke Belanda plak dah. selesai berkemas terus turun ke lobi hotel yang turut merangkap sebagai cafe untuk mendapatkan sarapan pagi. Alhamdulillah... kat hostel ni sarapan pagi turut disediakan... mudah la sikit sebab tak payah susah-susah nak cari sarapan pagi.

Sedang menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh pihak hotel

Memulakan jelajah kota Brussels

Saya dan Miji turun dulu untuk medapatkan sarapan pagi. Oleh sebab dua rakan tu masih belum turun lagi, jadi kami pun bersantai-santailah sambil menikmati sarapan tu. Sempat la pulak sembang-sembang dengan tuan punya hotel tu dan ambil gambar la plak sekali. Menurut katanya, selain daripada menjalankan perniagaan perhotelan ni, dia juga bekerja sebagai editor di syarikat TV tempatan Bruselles. OOO..... begituuu... tidak lama kemudian Kak Imah dan Kak Yati turun dan turut menyertai kami bersarapan pagi.





Kami bersarapan sehingga kira-kira jam 9.00 pagi dan kemudian terus keluar untuk meneroka kota Brussels ni sebelum tibanya waktu tengahari nanti. Kami berjalan kaki menuju ke pust kota Bruxxels yang turut menjadi kota tumpuan pelancong kerana konteks sejarahnya. Kami hanya bersiar-siar di pusat umpuan pelancong di tengah kota sambil melihat-lihat cenderahati yang berkenan di hati.





Oleh sebab Belgium ni sangat terkenal dengan pengeluaran cokelat, maka kami pun tidak melepaskan peluang untuk melawati kedai cokelat sambil menikmati keenakannya. Terdapat pelbagai jenis cokelat yang dihasilkan di sini dan rasanya pun sangat enak. Pun begitu, perlu juga berhati-hati dan pastikan dahulu kandungannnya sebelum membeli atau menikmatinya.





Maklumat ni saya dapati melalui pelayan sebuah kedai cokelat yang berasal dari Kalimantan, Indonesia. Sebaik mengetahu kami dari Malaysia, dia dengan peramahnya menerangkan kepada kami jenis-jenis cokelat yang terdapat di kedai tempat dia bekerja tu. Sambil tu, pelayan tu juga menerangkan jenis-jenis cokelat yang halal dan tidak halal. Yang tidak halal tu kerana ramuannya turut mengandungi alkohol mahupun gelatin dari sumber yang tidak halal. Mmmmmm......





Dua tiga buah kedai cokelat juga la yang saya singgahi dan di kesempatan itu, saya pun cuba menikmati beberapa jenis cokelat dan termasuklah cokelat yang cukup terkenal iaitu cokelat straberry. Sebenarnya, selain daripada straberry, banyak lagi buah yang boleh dijadikan cokelat kat Belgium ni. Bak kata, semua jenis buah lah boleh dijadikan bahan untuk buat cokelat nih.... dan memang sedap semuanya....mmmmmhhh...





Puas makan cokelat, kami terus bersiar-siar di kota itu dan tentunya tidak lupa untuk berposing....bangunannya pulak tu memang cantik-cantik. Jadi, untuk mengelakkan penyesalan, maka snaplah seberapa banyak gambar untuk diabadikan dalam memeory...bila dah mengenali kota Bruxxels, barulah terasa keindahannya dan rasa terkilan pulak sebab duduk satu malam je kat sini.... tapi nak buat cam ne... masa yang kami ada sangat menghimpit dan tidak mengizinkan untuk kami berada lebih lama di kota cokelat ini.



Posing dengan Mijie jap!

Usai menikmati cokelat, berposing dan melihat-lihat cenderahati, kami pun bercadang untuk mendapatkan makan tengahari tetapi setelah pulang ke hotel dulu. Oleh sebab tidak mahu kelewatan keretapi, kami sampai di hotel pada jam 12.30 pm dan terus mengambil semua beg lalu mengucapkan selamat tinggal kepada tuan punya hotel. Keluar dari hotel tu, kami terus menuju ke sebuah restoran Siam halal.... bayangkan betapa mudahnya untuk mendapatkan makanan halal di kota Bruxxels ni.... hinggakan kedai Siam halal pun terdapat di sini. Letaknya pun tidak lah begitu jauh dari stesen keretapi dan hotel tempat kami menginap tu. Cuma hingga sejauh ini kembara saya.... masih lagi belum menemui sebuah kedai makan Melayu pun...mmmmm....

Posing dengan Mijie jap!

Posing dengan Mijie jap!

Bila dah masuk kedai Siam halal tu, baru la saya tau rupanya tuan punya kedai makan tu adalah orang Arab (tak pasti plak asal mana) cuma tukang masaknya yang diimport dari Siam.... Jadi hidangan yang disediakan tu adalah ciri-ciri citrasa Siam sikit. Tapi citarasa Arab pun ada gak sikit.... kira macam 'fusion' la makanannya....Makan tengahari ni saya pesan nasi goreng je sebab rindu nak makan nasi goreng la plak... ok la jugak rasanya...

Posing dengan Mijie jap!

Posing dengan Mijie jap!

Sembang punya sembang sampai terlupa la plak waktu. Sedar-sedar dah jam 2.00 pm dah. Apa lagi, kami pun bergegas membuat bayaran dan terus bergerak ke stesen sentral. Nasib baik la stesen sentral tu tak jauh sangat dari situ, jadi sempat la kami sampai di sana dan terus mengambil keretapi yang bergerak pada jam 2.18 pm menuju ke Amsterdam, Belanda.

Posing dengan Mijie jap!

Posing dengan Mijie jap!

Posing dengan Mijie jap!

Posing dengan Mijie jap!

Posing dengan Mijie jap!














Ni dia kedai cokelat Belgium...jemputlah masuk!

Ooo... cam ni rupanya cara buat cokelat strabery tuuu...

Haa... ni ha cokelat strabery Begium!


Tak tau nak beli yang mana.... semuanya sedap-sedap belaka


Mmm... sedang menikmati cokelat strabery di hadapan kedai cokelat

Strabery cokelat yang tersedia untuk dijual


Datang ye ke kedai cokelat Belgium









No comments: