English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Friday, May 6, 2011

MENUJU BRUSSELS, BELGIUM

Sedang menikmati makan tengahari (tuna salad) di dalam keretapi

4.4.11 (Isnin)
Pagi ni nampaknya masih hujan di Zurich yang berlangsung sejak malam tadi lagi. Usai solat subuh, saya berkemas barang untuk daftar keluar hotel hari ini. Waktu daftar keluar adalah jam 12 pm. Jadi sebelum tu, kami bercadang nak membeli cenderahati di kedai berhampiran. Walaupun hari masih hujan, kami gagahkan juga untuk berjalan mencari kedai yang buka. Malangnya tiada satu kedai pun yang buka waktu pagi jam 8.30 pagi ni. Saya pun bertanya di kedai roti yang telah mula beroperasi mengenai waktu perniagaan kedai cenderahati. Jawapannya ialah pada jam 9.30 pagi ataupun 10 pagi baru kedai cenderahati buka.

Sedang menikmati makan tengahari (tuna salad) di dalam keretapi

Oleh sebab tidak mahu ketinggalan keretapi, kami pun bercadang untuk membatalkan niat menunggu kedai buka untuk membeli cenderahati tu. Jadi, kami pun kembali semula ke hotel dan mengambil semua barang-barang dan terus daftar keluar. Dalam hujan renyai-renyai tu juga kami bergerak menuju ke stesen keretapi. perut pun dah lapar dan harapnya ada kedai makan yang buka di stesen nanti. Alhamdulillah.... memang kedai makan kat stesen ni dah buka dah....

Di luar stesen keretapi Brussels

Bukan kedai makan sahaja, kedai cenderahati pun dah buka kat sini. Saya tiedak beradang untuk membeli cenderahati jadi hanya duduk di cafe sambil menjaga barang-barang kawan-kawan lain yang membeli cenderahati. Malangnya cafe yang saya duduk tu masih belum beroperasi. Saya duduk kat situ sebab cafe ni menjual makanan berasaskan 'makanan laut' tapi hanya akan mula beroperasi pada jam 10 pagi. Nak tak nak duduk je la kat situ sebab beg kawan-kawan dah letak kat situ.... tunggu je lah....


Baru tiba di stesen keretapi Brussels

Bila kawan-kawan semua dah kembali dari membeli-belah tu, kami pun terus bergerak dari situ untuk menuju ke platform untuk mendapatkan keretapi. Sebelum sampai di platform tu, kami sempat membeli roti dan kopi di cafe berhampiran dan nanti boleh dimakan dalam keretapi. Jam 10 pagi, keretapi yang di nanti pun tiba dan kami terus masuk ke dalam koc kelas pertama.


Di Hadapan Hotel Les Patriotes, milik orang Moroko tempat menginap di Brussels

Dalam keretapi tu juga kami menikmati makanan pagi dan sempat juga makan tengahari sekali. Keretapi menuju ke Belgium ni akan transit di Frankfurt dulu dan kemudaian terus sambung ke Brussels. Sebenar ada alternatif lain seperti yang dimaklumkan oleh pekerja kaunter keretapi iaitu melalui Paris untuk Brusseles nih. Tapi katanya, laluantu lebih jauh dan mengambil masa yang lebih lama berbanding laluan melalui Frankfurt. Jadi kami pun mengambil laluan Frankfurt sama seperti laluan ketika kami datang ke Zurich tempohari.


Di hadapan Hotel

Jam 2 petang, keretapi yang kami naiki pun tiba di Frankfurt dan kami perlu turun di sini dan bergerak ke platform laian untuk mengambil keretapi yang akan menuju ke Brussels. Kami tidak membuang masa di sini kerana kami hanya ada masa 16 minit sahaja untuk mendapatkan keretapi tersebut. Tepat jam 2.16 petang, keretapi pun tiba dan kami terus masuk ke dalam koc bagi meneruskan perjalanan ke Brussels, Belgium..

Berehat sekejap sewaktu mencari restoran untuk menikmati hidangan malam

Akhirnya, setelah lebih kurang 7 jam perjalanan menaiki keretapi nih... kami pun tiba di stesen Midi di kota Brussels, Belgium pada jam 5 petang. setibanuya sahaj di situ, kami terus bergerak mencari hotel untuk menginap pada malam ini. Lebih kurang 5 minit berjalan, kami pun menemui sebuah hotel dan saya pun terus masuk untuk bertanyakan harga dan kekosongan bilik.


Bersama Mijie menikmati hidangan malam

Hotel ni milik orang Morokko yang menjadi pemastautin di sini. saya pun dimaklumkan bahawa harga satu malam adalah 59Euro untuk 2 orang dan perlu dibayar secara tunai. Setelah berbincang, akhirnya kami pun bersetuju untuk menginap di hotel itu. Setelah mendaftar masuk dan membayar hargai tunai untuk satu malam, kami pun naik dengan menggunakan tangga di tingkat 4 di mana lokasi bilik itu terletak. Ok gak la bilik ni walaupun tinggi sikit. tapi ok, la. Lagipun pemiliknya ni muslim dan sarapan pagi turut disediakan...


Hidangan Malam di Kedai Arab

Setelah berehat sekejap dan membersihkan diri, kami pun turun semula keluar berjalan-jalan sambil mendapatkan makan malam. Semasa menunggu kawan-kawan turun tu, pemilik hotel yang baik hati tu menawarkan kami untuk minum teh Morokko yang dicampur dengan daun pudina. Jadi kemi semua pun dihidangkan dengan teh pudina sebagai ucapan selamat datang.... ni memang budaya Moroko sebenarnya....kebetulan sewaktu kami tiba dan daftar masuk tadi, pemilik hotel ni juga barumenerima kun jungan dari neneknya yang masuk serentak dengan kamu masuk ke hotel nih... jadi dengan gembira dan bangganya pemilik tu memperkenalkan kami kepada neneknya....sambil minum teh itu... neneknya dan pemilik tu pun gembira sebab kami juga sama Muslim seperti mereka...

Hidangan Malam di Kedai Arab

Usai minum teh tu, kami pun bergerak keluar bersiar-siar di kawasan sekitar sambil mencari kedai makan. Agak mengujakan sebab di Brussels ni terdapat banayk kedai makanan Muslim sama seperti di Frankfurt juga tapi tak sama dengan di Zurich. Jadi kami tidak menghadapi masalah untuk memilih kedai makan mana yang kami nak singgah. Kunjungan ke sini umpama hadiah buat kami sebab dah 2 hari tak menikmati nasi Muslim... Jadi singgah je di kedai Arab tuh, kami memesan makanan satu hidangan setiap seorang. Bila hidangan dah sampai, Masyaallah... punyalah banyak seba hidangan yang disediakan sangat banyak sebab hidangan satu orang tu boleh dimakan untuk tiga orang rupanay.... mmm nak buat cam ne...! sebab dah order, makan je la. Malangnya, makanan tu tak dapat nak habiskan semua... saya pun minta dibungkuskan lebihan yang boleh dibawa balik ke hotel... kami berbual-bual di cafe tu sehingga 8.30 malam, kami terus pulang semual ke hotel untuk tidur....

No comments: