English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Saturday, May 28, 2011

BALIK KE AMSTERDAM DAN JALAN2...

Stesen sentral Laiden

6.4.11 (Rabu)
Saya kembali ke Amsterdam dengan penuh rasa bahagia serta kepuasan tak terhingga setelah menikmati hari yang amat indah dalam kunjungan ke Keukenhof dan Laiden University tadi...perjalanan keretapi juga terasa amat mengujakan. Saya pun tidak melepaskan peluang untuk merakamkan foto kenangan dalam keretapi di Belanda nih...

Menanti ketibaan keretapi yang menuju ke Amsterdam Centraal

Beginilah koc kelas pertama keretapi di Eropah

Hinggakan masa 30 minit yang berlalu sepanjang perjalanan keretapi tu terasa amat singkat sekali. Kira-kira jam 3.45 petang, keretapi yang kami naiki tiba di destinasi yang kami tuju iaitu stesen Amsterdam Centraal... sebaik sahaja turun dari keretapi, kami terus menuju ke hotel untuk membersihkan dan merehatkan diri buat seketika dan berjanji untuk keluar semula...

Nak posing kejap

Nak sembang-sembang dengan Kak Yati plak lah...

Seperti yang dijanjikan, kami semua bertemu semula di lobi hotel dan meneruskan aktiviti berikutnya iaitu acara rutin Miji.... apa dia tu? mmmm... apa lagi, cari Hardrockcafe lah.... waktu pun masih cerah lagi... baru kira-kira jam 4.30 pm. Lalu tanpa berlengah, setelah bertanya lokasinya pada kaunter penerimaan di hotel yang turut memberikan peta lokasi Hardrockcafe tu, kami terus bergerak keluar. Kali ni kami tak ikut jalan semalam lagi sebaliknya memilih untuk mengikuti landasan tram. Tapi setengah jalan melalu landasan tu, kami bertanyakan orang yang lalu lalang dan menunjukkan arah yang lebih dekat untuk ke sana. Jadi kami pun menukar laluan mengikut seperti yang diarahkan oleh orang yang memberitahu itu... tapi makin lam berjalan, makain keliru plak. Dalam peta lokasi yang ada di tangan menunjukkan bersebelah dengan sungai yang kedua. Tapi ni rasanya dah jauh nih....

Mencari Hardrock Cafe

Mencari Hardrock Cafe

Kami pun bertanya sekali lagi daripada orang yang lalu lalang dan diberitahu bahawa kami sudah semakin menghampiri lokasi Hardrockcafe tu.... mmmm... kalau ikut dalam peta kami tuh, kami memang dah berada di lokasinya nih...mmmmm mana palak nih.... setelah berpusing-pusing seketika, kahirnya nampaklah papan tanda Hardrock Cafe tuhhh... rupanya lokasinya agak tersembunyi di celahan bangunan....

Mencari Hardrock Cafe

Ha.. dah jumpa Hardrock cafe dah...

Kami pun terus menuju ke situ dan sebelum tuh perlu ambil gambar dulu....lepas tu terus masuk ke dalam Hardrock cafe tuh... tak ada apa yang nak dibeli di sini kerana saya bukan peminat cenderahati jenama Hardrockcafe nihh...kebetulan masa kat dalam tu terjumpa lah pulak dengan beberapa pelajar Malaysia yang datang melancong ke sini kerana sekarang mereka sedang bercuti katanya.... mereka ni semua pelajar dai Conventry University, UK. Baharu je datang katanya saja nak jalan-jalan.... basuslah.... masa jadi student ni lah nak berjalan.... jangan lepaskan peluang untuk mengembara dan memerhati budaya dan cara hidup bangsa lain.... yang lebih pentingnya adalah untuk mensyukuri nikmat Allah.... serta mengambil pelajaran daripada kembara itu...Insyaallah..

Nak masuk dalam jap lah...nak tengok apa yang menarik!

Nak tengok orang main catur plak lah...mmmm...cam ne nak main nih!

Oleh sebab ruang dalam Hardrockcafe tu pun sempit je dan saya pun tak ada apa nak dibeli.... boring la plak duduk kat dalam tuh.... diar Miji je lah yang membeli-belah... saya pun keluar dari situ dan berbual-bual di luar berhadapan dengan Hardrockcafe tuh.... kat depan tu plak ada orang main catur yang saiznya amat besar. Papan caturnya pun tak ada sebaliknya ruang pejalan kaki itu sendirilah yang menjadi papan caturnya..... menarik gak...

Bersama-sama student dari Conventry University, UK

Bersama-sama student dari Conventry University, UK

No comments: