Di stesen keretapi Zurich sedang menunggu keretapi ke Engelberg bersama Mijie dan Kak Imah
3.4.11 (Ahad)
Jam 7.00am cek internet di lobi hotel sementara menunggu untuk menginap satu malam lagi di hotel nih. Walaupun sarapan pagi tidak disediakan walaupun harganya relatif mahal sebab kalau di Frankfurt, hotel yang setaraf ini hanya berharga 40 Euro – 70 Euro sahaja satu malam dan dah termasuk sarapan pagi sekali dah. Namun dek kerana tiada pilihan hotel lain maka oleh sebab sudah penuh ditempah, maka sambung je lagi satu malam di hotel Limmathof nih. Lagi pun malas nak berangkut-angkut dan berpindah-indah barang dah hanya untuk tidur satu malam je lagi. Jadi, sambung je lah kat sini...
Di stesen keretapi Zurich sedang menunggu keretapi ke Engelberg bersama Mijie dan Kak Yatie
Dalam keretapi menuju ke Engelberg bersama Mijie
Penjaga kaunter yang mabuk semalam pun satu hal! Boleh dia kata tak boleh daftar masuk untuk dua malam sekali gus. Disuruhnya pulak kami daftar masuk semula pagi ni pada jam 8.00 pagi. Dah la tak de sarapan pagi dan kami pun perlu berkejar ke stesen pulak sebab nak dapatkan keretapi ke Engleberg yang terkenal itu pagi nih...mmmmm sabar je lahh.....Pun begitu, pagi ni sempat la melayari internet untuk melihat lokasi hotel yang akan kami mengginap di Brussels yang akan kami kunjungi esok.
Merakamkan foto bersama Sulaiman, pekerja keretapi yang berasal dari Kosovo
Dalam keretapi menuju ke Engelberg sambil menikmati sarapan pagi
Menjelang jam 8.00 pagi, kami pun mendaftar masuk semula dengan dilayani oleh penerima kaunter yang baharu. Ok la sikit..... tak la mbuk macam semalam sebab yang ni orang lain pulak. Dah tukar shift la agaknya..... yang ni perempuan dan lebih layanannya berbanding yang mabuk semalam. Usai urusan tu, kami berempat bergerak menuju ke stesen keretapi dengan harapan sempat la nak sarapan pagi...... tetapi bila sampai di stesen kami dimaklumkan keretapi akan bergerak jam 9.00 pagi menuju ke destinasi yang kami inign tujui...... memandangkan waktu dah hampir menunjukkan jam sembilan pagi, maka kami membatalkan niat untuk sarapan dan bercadanga untuk mendapatkannya dalam keretapi sahaja..... tidak lama menunggu.... kira-kira jam 9.00pagi keretapi tiba dan kami pun terus menaikinya dan duduk dalam koc kelas pertama mengikut pasyang kami miliki.
Di stesen keretapi Engelberg
Di stesen keretapi Engelberg
Jam 9.04 pagi keretapi bergerak meninggalkan Zurich menuju ke Luzern di mana merupakan stesen transit dan kami perlu turun untuk menukar keretapi di sini. Dalam beberapa minit menunggu, keretapi yang ditunggu pun tiba dan kami masuk ke dalamnya untuk membawa kami terus ke destinasi yang dituju iaitu Engelberg. Dalam keretapi ni barulah kami sempat memesan sarapan pagi sebab ada penjual yang menolak kereta sorong untuk menjual makanan. Tiba-tiba je penjual tu memberi salam pada kami. Agak terkejut jugak....Kemudian dia memperkenalkan dirinya sebagai Sulaiman dan seorang muslim yang berasl dari Kosovo katanya. Peramah la pulak dia dengan kami dan saling bergambar la pulak..... alahai...perjalanan dari Luzern ke Engelberg ni akan mengambil masa selama kira-kira satu jam.....
Di stesen keretapi Engelberg dan sedang menanti Shuttle bus untuk ke stesen kereta kabel
Di stesen keretapi Engelberg dan sedang menanti Shuttle bus untuk ke stesen kereta kabel
Memang cantik la pemandangannya di sepanjang perjalanan dengan keretapi dari Luzern menuju ke Engelberg nih..... banjaran Alps semakin jelas kelihatan dan hanya berada di depan mata sahaja dan saya perlu mendongak untuk melihat ke puncaknya.....begitulah dekatnya jarak kami dengan banjaran yang terkenal itu....
Di stesen kereta kabel di kaki gunung sedang menanti giliran
Di stesen kereta kabel di kaki gunung sedang menanti giliran
Akhirnya.... keretapi yang kami naiki pun tiba di Engleberg dan sesampainya sahaja kami terus menuju ke kaunter untuk membeli tiket lawatan ke puncak Alps yang kesemuanya berjumlah SFR 55 seorang yang merangkumi pas masuk, perkhidmatan shuttle bus ke stesen kereta kabel serta perkhidmatan kereta kabel untuk menaiki dan menuruni puncak Alps tu. Setelah kami semua mendapatkan tiket tu, terus sahaja menaiki shuttle bus yang telah sedia menanti untuk membawa kami ke kaki banjaran di mana terletaknya kereta kabel yang akan mengangkut kami ke puncak. Tiba di stesen kereta kabel tu, kami terus menaikinya yang memuatkan 4 orang penumpang untuk sebuah kereta kabel tu.
Bersama Mijie di dalam kereta kabel yang memuatkan 4 orang menuju ke stesen pertama. Pemandangan yang indah sebagai latarbelakang Di stesen kereta kabel di kaki gunung
Berada di dalam kereta kabel yang memuatkan 4 orang menuju ke stesen pertama. Pemandangan yang indah sebagai latarbelakang
Untuk sampai ke puncak, terdapat dua stesen yang perlu dilalui. Tiba di stesen pertama, kami perlu turun dari kereta kabel yang memuatkan 4 orang sekereta tu untuk bertukar kereta kabel yang lebih besar pulak. Kereta kabel ni memuatkan hmpir lebih kurang 30 orang dalam satu muatan untuk menuju ke stesen kedua yang terletak di puncak Alps. Tuh.
Transit di stesen pertama sambil menunggu kereta kabel yang besar untuk menuju ke stesen di puncak
Dalam kereta kabel besar tuh kami bersesak-sesak bukan sahaja dengan para pelancong biasa, tetapi juga dengan para peluncur salji yang mengemari aktiviti meluncur nih. Sepanjang perjalanan tu, saya menikmati pemandangan yang mengasyikkan dek kehebatan dan kemahiran peluncur salji yang meluncur dari puncak menuruni gunung tuh.... saya berada di dalam kereta kabel tergantung-gantung manakala para peluncur tu pula berada di bawah......fuhhhh..... memang asyik....sesungguhnya saya sangat terpesona dan kagum dengan apa yang saya alamai dan rasai.... dalam rasa penuh kerdil, saya panjatkan syukur kerana Allah memberikan saya peluang ini....Alhamdulilllah....
Tidak berapa lama berada dalam kereta kabel tuh..... kami semua pun tiba di stesen yang terletak di puncak Alps tu.... tanda aras menunjukkan saya sekarang berada pada ketinggian 10,000 kaki dari paras laut....fuhhh tinggi beb... ada lasa pening-pening lalat sikit.....kurang oksigen la tu agaknya...... saya terus keluar dan menikmati keindahan berada di puncak Alps......
Aktiviti yang dilakukan di puncak ni hanya menikmati keindahan dan sensasi berada di puncak Alps yang diliputi salji sepanjang tahun itu. Setelah beberapa ketika berada di puncak tuh dan kepuasan telah terlaksana, kami pun bercadang untuk turun semula ke kaki gunung bagi menamatkan lawatan ini. Lagi pun perut dah terasa lapar gak nih.... kat atas ni nampaknya tak nampak makanan yang boleh dijamah......mmmmm....kalau gitu gayanya, kena turun la dulu.....
Seperti mana cara kami naik tadi, begitu lah juga cara kami turun semula iaitu menaiki kereta kabel besar dari stesen di puncak sampai ke stesen pertama. Dari sini kami menaiki kereta kabel kecil yang memuatkan 4 orang untuk membawa kami turun ke kaki gunung semula.
Tiba di kaki gunung di stesen kereta kabel, kami menanti shuttle bus yang akan membawa kami ke stesen keretapi semula. Maka berakhirlah lawatan ke puncak Alps pada hari tersebut. Kira-kira jam 2.30 pm keretapi yang ditunggu pun taba untuk membawa kami ke Luzern dan transit di sini untuk menukar keretapi lain yang akan membawa kami terus ke Zurich semula. Kira-kira jam 4.00 pm kami pun tiba di Zurich dengan kenangan dan pengalaman indah yang akan sentiasa terpahat dalam ingatan....
Bersama Mijie di puncak Alps
Bersama Mijie dan Kak Imah di puncak Alps
Bersama Mijie dan Kak Yatie di Puncak Alps
Merakam foto bersama beberapa peluncur salji
Turun dari kereta kabel setelah tiba di kaki gunung semula
Menikmati keindahan pemandangan ketika berada di kaki gunung
Beristirihat bersama Dr. MIJI dan Dr. Norhayati semasa menanti shuttle bus tiba
Beristirihat bersama Dr. MIJI dan Dr. Norhayati semasa menanti shuttle bus tiba
Beristirihat bersama Dr. MIJI dan Dr. Norhayati semasa menanti shuttle bus tiba
Di kaki banjaran Alps
Tiba di kaki gunung sambil menanti 'shuttle bus' menjemput untuk
ke stesen keretapi semula.
1 comment:
salam abg..saya insyallah akan ke europe bulan 3 tahun depan..jadi nak mntak pendapat dan nasihat dari abg pasal europe ni..salah satu tmptnya ialah gunung titlis ni..hope abg bley tlg saya..
akuariff@gmail.com
Post a Comment