English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Saturday, May 28, 2011

SELAMAT TINGGAL NEGARA 'TULIP' - KU KEMBALI SEMULA KE FRANKFURT!!!

Keindahan Keukenhof yang sukar dilupakan

7.4.11 (Khamis)
Hari ni nak kembali semula ke Frankfurt. Tapi sebelum tu, kami mendapatkan sarapan pagi dahulu di cafe berhampiran. Usai sarapan, kami mengambil peluang ini untuk membeli beberapa cenderahati terlebih dahulu. Bukan apa sangat, cuma membeli sedikit cokelat dan buah tangan kecil je... sehinggalah jam 11 pagi.

Meneruskan perjalanan kembali ke Frankfurt

Kami kembali semula ke hotel untuk mendaftar keluar pada jam 11 pagi dan terus bergerak ke stesen sentral Amsterdam untuk mendapatkan keretapi bagi melakukan perjalanan ke Frankfurt pada tengahari ini. Sementara menunggu keretapi tiba tu, kami sempat singgah borak-borak dulu di cafe yang terdapat di stesen sentral tuh... sehinggalah jam 12.30 pm.

Dah tiba di stesen sentral Frankfurt dahh...

Lepas tu kami terus bergerak menuju ke platform dan keretapi yang ditunggu pun tiba pada jam 12.34 pm . Setelah semua penumpang masuk ke dalam koc, keretapi pun bergerak meninggalkan Amsterdam menuju ke Frankfurt....

Stesen sentral Frankfurt

Tiba di stesen sentral Frankfurt pada jam 5.00 pm dan kami terus menuju ke hotel Excelsoir tanpa membuat tempahan bilik secara dalam talian terlebih dahulu. Malangnya, tiada bilik kosong bermula dari hari ini sehinggalah hari Ahad nanti. MMMM... Kami dimaklumkan bahawa ada acara sedang berlangsung di kota Frankfurt nih... yang saya tak pasti pun apa acaranya.... tapi yang pastinya... tiada bilik kosong di hotel ini.

Stesen sentral Frankfurt

Harapan saya dan Mijie untuk berehat-rehat musnah... kami berdua pergi ke hotel Eropa yang terletak bersebelahan. Namun, malangnya... tiada juga bilik kosong di sini....kami meneruskan lagi bertanyakan di beberapa hotel berhampiran, namun jawapannya adalah hampa... Kemudian Kak Imah mencadangkan untuk pergi ke hotel yang terletak di Bokenheimer Warte dan kami pun menuju ke sana dengan menaiki bas. Malangnya, jawapannya juga adalah hampa kerana semua bilik telah habis ditempah. Setelah penat, Kak Imah mengajak singgah di rumahnya dahulu dan saya pun meninggalkan barangan di sana sebelum kami keluar semula untuk mendapatkan makan malam. Setelah tiba di stesen sentral semua, sebelum pergi makan malam tu... saya singgah sebentar di Frankfurt Hostel yang terletak berhampiran dengan stesen sentral tu bagi menanyakan kalau-kalau ada bilik kosong. Alhamdulillah.... ada bilik kosong untuk 2 orang dengan harga 35 Euro seorang. Mahal sikit la dari sebelumnya yang hanya 20 Euro.... biasalah kalau permintaan tinggi... harga akan naik la... Pun begitu, Alhamdulillah... ada tempat untuk saya mengginap malam ni. Sejak dari petang tadi berjalan-jalan mencari hotel, akhirnya.... legaaa.. dapat jugak. Saya terus menempah bilik tersebut. Namun Mijie masih belum dapat membuat keputusan sebab dia bercadang nak tidur di Lapangan terbang je sebab flight dia ke KLIA akan terbang pada jam 12 pm esok hari... Saya pun membiarkan dia membuat keputusan... usai saya melakukan tempahan bilik, kami turun semula untuk menyertai Kak Imah dan Kak Yati bagi mendapatkan makan malam di kedai India Muslim di kejiranan...

Ni lah nasi kegemarannya....

Seronok makan kat kedai ni sebab ini merupakan kedai makan kegemaran saya (dan yang lain jugak) di Frankfurt nih... rasanya ada la sikit macam 'nasi mamak' di Malaysia...saya pun dapat makan dengan aman dan berselera sebab tak perlu lagi memikirkan nak cari hotel... tinggal Mijie je yang masih belum dapat membuat keputusan.... tak pe... kita makan dulu... pas tu baru fikir lagi... Usai makan malam kami sama-sama bergerak ke stesen sentral untuk menghantar Kak Imah dan Kak Yati naik metro untuk balik ke rumah mereka. Saya dan Mijie tak ikut sekali sebab Frankfurt hostel tempat saya mengginap malam ni kat sebelh stesen tu je. Saya pun bertanyakan Mijie samada dia nak terus ke Lapangan terbang ataupun ikut saya sekali mengginap di hostel. Fikir punya fikir..... akhirnya dia nak ikut tidur sekali kat hostel. Kami pun naik ke kaunter penerimaan hostel dan bertanyakan kalau-kalau ada lagi bilik kosong. Alhamdulullah... katil dalam bilik yang saya tempah tadi masih ada yang kosong. Mijie pun terus mendaftar masuk dan kami sama-sama menuju ke kamar untuk merehatkan diri.......

Ini lah dia Frankfurt Hostel yang sentiasa menanti tetamu...

No comments: