English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Saturday, May 28, 2011

UNIVERSITI LAIDEN, BELANDA

Kammpus Universiti Laiden yang terkenal itu

6.4.11 (Rabu
Setibanya sahaja shuttule bus no. 54 di stesen sentral Laiden dari Keukenhof tu, kami terus berjalan kaki menuju ke Universiti Laiden yang terkenal itu. Universiti Laiden ni terkenal dengan koleksi khazanah dunia Melayu yang yang tersimpan di khutubkhanahnya. Koleksi Melayu tersebut diangkut dengan kapal ke sini sejak lama dulu sewaktu Belanada menjajah kepulauan Melayu. Jadi, keinginan saya untuk menjejakkan kaki di kampus ini telah menjadi nyata....





Walaupun hanya menjejakkan kaki barang seketika di kampus ini pun sudah memadai. Insyaallah... suatu hari nanti saya akan masuk ke dalam khutubkhanah di sini untuk meneroka dan menggali perihal kesenian dan kebudayaan Melayu masa lalu yang mungkin banyak tersimpan di sini. Itu impian saya berikutnya...Ya, pada awalnya, Kak Imah dan Kak Yati telah berjanji dengan Prof. Muhammad Hj. Salleh untuk bertemu di sini. Namun, disebabkan oleh kekangan komunikasi, maka hal itu tidak terjadi. Insyaallah... mungkin di lain kesempatan akan ada waktunya...Pun begitu, kami tetap bahagia kerana sampai juga akhirnya ke sini....





Oleh sebab lokasi kampus ini sangat luas, jadi kami tidak pasti di mana lokasi khutubkhanah yang dikatakan sangat terkenal itu. Limitasi masa keberadaan kami di situ juga sangat terhad membuatkan kami hanya merakamkan foto di hadapan kampus perubatan universiti sahaja. Sebab kampus ini lah yang paling dekat dengan stesen sentral. Kalau nak berjalan kaki sekitar universiti ni rasanya mengambil masa yang lama gak....





Kami menghabiskan masa lebih kurang 30 minit di kampus universiti Laiden tu sebelum berjalan kaki semula menuju ke stesen sentral untuk mendapatkan keretapi kembali ke Amsterdam. Jam 3.15 pm, keretapi yang kami nanti pun bergerak menuju ke stesen sentral Amsterdam.......





Ni.. ha,kompleks parkir basikal yang bertingkat-tingkat tu pun ada di Laiden....

No comments: