Hostel YHA Berlin
8.4.11 (Jumaat)
Alhamdulillah.... rasa segar bangun pagi ni sebab dapat tidur malam tadi... kalau tak dapat hotel semalam, tak tau lah cam ne... Solat subuh, saya dan Mijie turun ke cafe untuk mendapatkan sarapan pagi sambil berbual-bual. Oleh sebab masa masih tersisa... saya dan Miji membawa laptop ke meja makan sambil melayari internet. Usai urusan sarapan tu, kira-kira jam 9.00 pagi, saya dan Miji mendaftar keluar dari hostel dan menuju ke stesen sentral sebab hari Miji dah nak balik Malaysia dah. Saya menghantarnya sampai ke stesen sentral sahaja. Dari situ Miji mengambil metro menuju ke Lapangan terbang Frankfurt. Sementara saya pulak, menanti ketibaan Kak Imah dan Kak Yati kerana hari ni kami akan bertolak ke Berlin pulak. Lagi pun pas keretapi yang kami beli tempohari masih bersisa untuk dua hari perjalanan. Jadi, kami tak payah nak membeli tiket yang lain.
Tidak lama selepas Miji pergi, Kak Imah dan Kak Yati pun tiba di stesen sentral dan kami sama-sama menuju ke platform menunggu keretapi tiba. Kira-kira jam 10.00 pagi keretapi yang dinanti pun tiba dan tepat jam 10.13 pagi keretapi pun bertolak dari Frankfurt menuju ke Berlin...jam 2.14pm keretapi yang kami naiki pun tiba di stesen sentral Berlin setelah melalui 4 jam perjalanan....
Dari stesen, kami terus berjalan kaki di sekitar bandar lama Berlin untuk mencari hotel untuk menginap malam ini. Malangnya, setelah jauh berjalan dan bertanyakan setiap hotel yang kami temui, jawaban yang kami terima ialah 'tiada bilik kosong'.... pelik gak.... ada acara apa plak di Berlin nih...sampai habis semua bilik ditempah...mmmm... kami meneruskan perjalanan lagi sehingga akhirnya kami berasa letih dan memutuskan untuk singgah di sebuah restoran untuk mendapatkan kopi dan roti bagi mengalas perut.... hairan juga kami dibuatnya.... di tengah bandar ni pun tak ada gak bili kosong.... akhirnya kami mengandaikan bahawa waktu ini adalah hujung minggu dan mungkin orang sedang berlibur di kota ini.... agaknya.... usai makan tuh.... kami dah tak mahu lagi berjalan kaki kerana sebenarnya kami ah berjalan kira-kira 5 kilometer dari stesen sentral.... kami mengambil keputusan untuk menaiki bas sahaja dan kembali semula ke stesen sentral.... bas yang kami tunggu pun tiba dan kami memaklumkan untuk ke stesen sentral kepada pemandu bas itu dan membayar tambang yang dikenakan....
Tiba di stesen sentral Berlin, kami memutuskan untuk menuju ke arah bertentangan dari arah tadi kerana dari kejauhan kami nampak ada sebuah hotel di arah itu. kami berjalan menghampiri hotel itu. Malangnya bila kami tiba sahaja, hotel tersebut sedang mengalami renovasi dan tidak dibuka lagi. Kami agak kecewa namun tidak berputus asa lalu bertanyakan kepada pejalan kaki yang lalu-lalang di situ dan saya bertanyakan kalau-kalau ada hotel lagi berhampiran kawasan itu. Alhamdulillah.... saya dimaklumkan bahawa terdapat sebuah hostel berhampiran kawasan itu yang terletak kira-kira 400 meter sahaja dari situ. Kami pun tanpa berlengah menuju ke arah yang ditunjukkan itu dan akhirnya tiba di lokasi yang dimaksudkan dan rupanay ia merupakan YHA hostel.... Alhamdulilllahhh... rupanya di sini lokasi YHA Berlin. Saya terus menuju ke kaunter penerimaan dan bertanyakan kalau masih ada bilik kosong untuk kami. Malangnya jawaban yang diberikan adalah hampa.... kerana semua bilik telah habis ditempah...Pun begitu, untuk tidak mengecewakan kami, penyambut tetamu itu memberi harapan dengan mencadangkan kami pergi ke hostel cawangannya yang terletak bersebelahan sahaja dengan hostel Utama YHA itu. Kami menuju ke lokasi yang ditunjukkan dan masuk ke dalam bangunan hostel menuju ke kaunter penerimaan. Penyambut tetamu memberitahu bahawa masih terdapat bilik kosong untik kami semua malam ini.... Alhamdulillah....dengan kadar 35 Euro satu malam, kami dapat tempat tidur akhirnya untuk malam ini. walaupun hostel YHA yang ini sebenarnya untuk penginapan kanak-kanak, remaja dan keluarga namun kami tetap rasa bersyukur...biliknya kemas dan terjaga bersih....mmmm... selesai urusan, kami masuk ke kamar masing-masing dan membersihkan diri. Kemudian kami semua berjumpa semula di lobi hostel dan bercadang keluar untuk mendapatkan makan malam. Penyambut tetamu memaklumkan kepada kami yang perhentian bas terletak di hadapan hostel tu sahaja. Kami pun berjalan kaki sedikit menuju ke perhentian bas itu. Tidak lam kemudian bas pun tiba dan kami pun naik bas itu untuk bayaran satu hari dan berhenti di lokasi yang kami kehendaki. Seronok gak menikmati kota Berlin dari dalam bas nih... tiba di lokasi yang terdapat banyak kedai makan, kami pun menekan loceng berhenti untuk turun di situ.... terdapat banyak kedai runcit dan kedai makan Arab di sini dan kami pun singgah di salah sebuah cafe untuk mendapatkan makan malam. Hari pun dah gelap, jadi kami singgah je dan memesan kebab....kami berbual-bual di situ sambil merehatkan diri...mmmm detik-detik begini memang menyeronokkan sewaktu travel... ditambah lagi dengan kedinginan suasan malam musim bunga Eropah...mmmm....Usai menikmati makan malam tuh... kami bercadang untuk balik semula ke hostel.... kami bergerak menuju perhentian bas berdekatan dan menunggu bas dengan nombor yang sama semula untuk membawa kami ke perhentian bas yang sama juga ketika kami naik tadi, iaitu berdekatan dengan hostel. Bas tiba, kami pun naik tanpa perlu membayar tambang lagi sebab dah beli pas satu hari....walau pun hanya digunakan untuk dua perjalanan sahaja, tetapi ia lebih berbalaoi daripada membayar lebih sekiranya tersesat.....akhirnya.... kami pun tiba di hostel semula dan terus ke kamar masing-masing sehingga esok hari.....
No comments:
Post a Comment