5.4.11 (Selasa)
Dari kedai makan Siam tu kami bergegas ke stesen sentral dan akhirnya tiba juga pada jam 2.00 pm. Terus sahaja menuju ke platform untuk mendapatkan keretapi yang bertolak pada jam 2.18 pm ke Belanda .
Di Stesen Sentral Brussels untuk menaiki keretapi ke Holland
Bila keretapi tiba, kami agak keliru la plak sikit sebab keretapi ni bukan dari syarikat ICE yang kami naik sebelum nih... jadi kami bertanyakan kepada penjaga keretapi untuk mendapatkan kepastian bahawa kami menaiki keretapi yang betul dan menuju ke destinasi yang sepatutnya kami pergi. Setelah mendapat pengesahan, kami pun naik dan masuk ke gerabak kelas kedua. Apabila konduktor tiket memeriksa tiket kami, dia pun mencadangkan kami pergi ke koc kelas pertama. Ooooo.... patutla sesak je garabak yang kami duduk tu... rupanya koc kelas kedua. Tanpa berlengah, kami berempat bergerak menuju ke koc kelas pertama seperti yang ditunjukkan oleh konduktor tersebut....mmmm.... selesa la sikit...
Dah masuk dalam koc dah
Menikmati minum petang dalam perjalanan ke Holland
Tapi hati-hati kalau naik keretapi di Eropah ni...kalau beli tiket kelas kedua tapi tersilap masuk koc kelas pertama maka bersedialah untuk kena saman. Kalau di German (Frankfurt) samannya ialah sebanyak lebih kurang 40 Euro dan perlu dibayar secara tunai. Dalam kes kami ni plak sebab kami beli tiket kelas pertama, jadi kalau tersilap masuk koc kelas kedua tak la kena saman. Sebaliknya ditawarkan untuk berpindah ke kelas pertama.... Jadi untuk keselamatan... beli je la tiket kelas pertama. Bayar lebih sikit tak apa asalkan lebih selesa dan tak risu pasal nak kena denda...
Menikmati minum petang dalam perjalanan ke Holland
Dah tiba di Amsterdam...
Bila dah dapat masuk di kelas pertama tu kami pun mengambil tempat yang dirasakan sesuai dengan citarasa masing-masing pada mas tu. Dalam kelas pertamanya ni lazimnya tidak sesak dan sentiasa ada tempat duduk yang kosong. Menjelang petang, saya pun memesan minuman petang bagi mengelakkan kebosanan dan menghilangkan ketagihan untuk menghirup kopi....
Dah tiba di Amsterdam...
Nak jalan-jalan di Amsterdam lah...
Akhirnya... jam 5.00 pm keretapi yang kami naiki pun tiba di destinasinya iaitu Amsterdam, Belanda....maka bermulalah cerita baharu kami di sini...dari stesen sentral, kami terus sahaja menuju ke destinasi berikutnya iaitu mencari hotel yang sesuai. Oleh sebab tidak menempah hotel secara dalam talian, maka kami pun bergerak lah dari satu hotel ke satu hotel untuk mendapatkan hetel yang berpatutan dengan perkhidmatan yang seseuai dengan citarasa kami.
Nak jalan-jalan di Amsterdam lah...
Nak jalan-jalan di Amsterdam lah...
Banyak juga la hotel yang saya masuki untuk bertanyakan mengenai harga dan perkhidmatan yang disediakan dan akhirnya kami memutuskan untuk mengambil sahaja hotel yang mana-mana pun sebab semuanya hampir sama sahaja. Hotel-hotel kat sini plak pada masa kami tiba tu tidak menerima kad kredit. Jadi terpaksalah kami membayar secara tunai. Nasib baik lah Kak Yati ada banyak membawa wang tunai, jadi dia menggunakan wang tunainya untuk kami semua. Alhamdulillah.... kemudian ganti yeee...
Nak jalan-jalan di Amsterdam lah...
Nak jalan-jalan di Amsterdam lah...
Bila dah daftar masuk tu, kami terus sahaja meletakkan barang dan membersihkan diri sambil menunaikan solat. Tidak lam kemudian, memandangkan hari masih lagi cerah jadi kami keluar bersiar-siar di sekitar kota Amsterdam ni... yang menariknya di sini, majoriti penduduknya menggunakan basikal berbanding kenderaan lain sebagai medium pengangkutan.
Nak jalan-jalan di Amsterdam lah...
Nak jalan-jalan di Amsterdam lah...
Seronok tengok orang berbasikal dan kalau yang perempuannya pulak tu sangat bergaya ketika menunggang. Bila dipandang macam model la pulak yang sedang menunggang basikal tu. Nampaknya basikal dilihat sebagai simbol status di sini... mereka sangat bergaya apabila berbasikal. Malah penunggang basikal juga sangat diberikan keutamaan ketika di jalanraya hingga mengalahkan pejalan kaki.
Nak jalan-jalan di Amsterdam lah...
Nak jalan-jalan di Amsterdam lah...
Kalau di Malaysia penuh dengan tempat pakir kereta tetapi hal yang sebaliknya berlaku di Belanda nih. Kebanyakan pakir adalah untuk basikal yang dibuat bertingkat-tingkat dan berlapis-lapis. Samalah umpamanya tempat pakir kereta jika di Malaysia. Sehinggakan saya menjadi keliru, bagaimana agaknya mereka memakir basikal dengan sedemikian rupa. Dan bagaimana untuk mendapatkannya semula sebab dah berlapis-lapis basikal tu dipakir....mmmmm....
Nak jalan-jalan di Amsterdam lah...
Nak jalan-jalan di Amsterdam lah...
Oleh sebab sebahagian besar Belanda ni adalah kawsan berair yang ditambak (kira-kira macam Venice la) maka terdapatlah banyak sungai dan jambatan di sini. Pemandangan ini mengindahkan lagi suasana kota Amsterdam nih...
Nak jalan-jalan di Amsterdam lah...
Nak jalan-jalan di Amsterdam lah...
Setelah letih berjalan dan hari pun kian gelap, kami pun bercadang untuk berehat sambil mendapatkan makan malam. Untuk itu, kami singgah di sebuah cafe Arab yang menjual makanan halal dan memesan nasi Arab pulak untuk hidangan malam ni...
Nak jalan-jalan di Amsterdam lah...
Nak jalan-jalan di Amsterdam lah...
Seronok berbual sambil mengingat balik perkara-perkara yang dah kami lalui sepanjang kembara ni.... tanpa disedari hari pun dah kian gelap dan mata pun dah mula mengantuk sebagai tanda keletihan... Jadi, kami pun membuat bayaran makanan dan memutuskan untuk pulang ke hotel untuk berehat dan tidur sebab esok ada perjalanan yang sangat dinanti....
Cantik 'seni grafiti' nih... nak pose kejap!
Nak pergi makan malam plak lah!
2 comments:
Dapat beberapa tips dari blog saudara..dah sampai amsterdam last week...good info...
Post a Comment