English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Wednesday, December 22, 2010

MENINJAU PARIS


16.10.10 (selasa)

Selepas selesai sarapan pagi merangkap hidangan pagi raya tu, kami bergerak menuju ke destinasi pertama di Paris ni iaitu Eifel Tower. Dari restoran tu kami berjalan ke stesen metro untuk ke sana. Tetapi sebelum ke Eifel Tower, Miji nak ke Hard Rock Cafe dulu katanya nak belai cenderahati. Malangnya sesampainya sahaja di sana, Hard Rock Cafe masih tutup lagi. Jadi kami meneruskan perjalanan ke Eifel Tower. Kami menghabiskan masa lebih kurang 1 jam bersiar-siar di sekitar Eifel Tower sebelum mendapatkan metro semula menuju ke Musee de Lourve. Selesai sahaja di situ, kami bergerak pula menuju ke Charles de Gulle sebelum balik semula ke hostel dan masuk bilik. Kami berehat seketika sementara menunggu waktu maghrib masuk. Selesai solat maghrib kami keluar menuju ke Hard Rock Cafe yang waktu kami datang pagi tadi masih tutup sebab Miji nak shopping kat sini. Selesai shopping kami makan malam dan terus balik ke hostel....





























































No comments: