Montmatre
17.11.10 (Rabu)
Hari ni jam jam 9 pagi, kami daftar keluar dan lepas tu simpan barang dulu di ruang penyimpanan di hostel tersebut. Dah simpan barang tu, kami minum kopi dan makan roti untuki alas perut pagi tu. Selesai sarapan ala kadar tu, kami terus bergerak ke Montmatre yang merupakan destinasi pertama hari ni dan terakhir di Paris nih...untuk jalan-jalan dan sambil membeli apa yang patut. Saya ambil kesempatan untuk membeli bebrapa keping gambar di pusat seni yang terkenal di sini untuk kenangan. Waktu pagi kedai pun baru nak buka dan orang pun tak ramai lagi. Tapi bila dah beransur tengahari orang semakin ramai yang datang dan suasana semakin terasa kemeriahannya. Kami berada di sini sehingga jam 12 tengahari sebelum balik semula ke Friends Hostel untuk mengambil semula barang yang kami tinggalkan pagi tadi. Dah ambik barang tu, kami terus bergerak menaiki metro menuju ke stesen Eurolines di Galleli. Sampai sahaja di stesen tu, kami terus menuju ke platform S sepeti yang diarahkan oleh petugas kaunter untuk mengesahkan tempat duduk bas Eurolines yang telah kami tempah semalam menuju ke destinasi seterusnya iaitu Prague.....
No comments:
Post a Comment