15.11.10 (Isnin)
Hari ni saya dan Mijie akan daftar keluar dari hotel sebab nak gerak ke Paris pulak malam nih. Tiket dah dibeli melalui internet secara ’dalam talian’. Saya beli pas Eurolines yang berpakej untuk menyeberangi ke beberapa negara Eropah terpilih dengan harga 225 Euro (syaratnya mesti rentas negara). Kadar ni adalah yang terendah sebab sekarang musim sejuk dikategorikan sebagai ’low season’. Jadi harganya rendah kerana orang tak begitu ramai yang berpergian waktu musim sejuk begini.
Oleh sebab hari masih pagi, jadi saya menuju ke pejabat kak Imah untuk tumpang meletak beg di sana sementara menunggu malam. Sementara tu, sempat la posing kejap di hadapan bangunan kampus ni sebab nampak cantik la plak. Lepas tu saya dan mijie terus berjalan-jalan kejap sekitar frankfurt ni dan singgah makan tengahari di restoran India yang menyajikan makanan halal.
Kami tidak lah tegesa-gesa sangat sebab tujuan hari ni Cuma nak menunggu malam hari sebab bas Eurolines akan bergarak malam nanti. Selesai makan tengahari, kami bergerak semula ke pejabat kak Imah untuk mendapatkan beg dan menemui kak Imah dan Kak Nawal.
Kembara Eropah saya kali ini disertai oleh tiga orang iaitu saya sendiri, Mijie dan Kak Nawal. Rasa teruja juga sebab ini kali pertama saya berkembara dengan kedua-duanya nih... pengalaman baru lah kiranya....sampai je di pejabat kak Imah, kak Nawal pun sudah sedia menanti dengan beg kembaranya.
Oleh sebab hari masih lagi awal petang, kami pun berbual-bual kosong dengan pelbagai cerita yang keluar. Meriah jugak la.... setidak-tidaknya terhibur juga la kak Imah sebab lepas ni dia tak boleh nak borak-borak dah sebab kami akan pergai agak lama juga...sebelum singgah semula ke sini buat seketia sebelum pulang semula ke Malaysia nanti....
Dah puas berborak tu... kami bertiga memohon diri dari kak Imah untuk bergerak ke stesen bas Eurolines... takut ketinggalana bas nanti....sampai di stesen bas kami menunggu lebih kurang 2 jam hingga akhirnya bas tiba lalu kami pun daftar masuk ke dalam bas. Nampaknya tak ramai penumpang yang menaiki bas ni....ok la juga sebab selesa la sikit sebab masing-masing dapat duduk sorang-sorang nampaknya....Setelah semua penumpang mendaftar masuk maka bas Eurolines ini pun bergerak pada jam 9.30 malam menuju ke Paris.
Oleh sebab hari malam, maka tiada aktiviti yang dilakukan melainkan tidur. Ada TV tapi tidak dipasang. Jadi, tidur je lah....
No comments:
Post a Comment