English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Friday, December 10, 2010

AIDIL ADHA DI PARIS


16.10.10 (selasa)

Jam 6.30 pagi sampai di stesen Eurolines Paris (Galleli). Hari ni hari raya haji dah di Eropah ni. Untuk mengelakkan sebarang kesulitan di saat-saat akhir, kami pun membuat ’booking seat’ untuk ke Prague esok hari dan dapat waktu jam berlepas pada 2.15pm. kebetuln wanita penjual tiket tu adalah muslim dari Moroko, jadi kami pun di sapa dengan ucapan selamat Aidil Adha.....


Meneliti peta lokasi dan perjalanan metro sebelum naik

Setelah selesai urusan tu, kami terus membeli tiket metro untuk dua hari (dengan kadar harga 15.20 Euro) dan masuk dalam metro untuk terus bergerak ke ’Friends Hostel’ yang belum lagi ditempah secara ’on-line’ tetapi telah dikenalpasti lokasinya melalui internet iaitu di Barbes Rochechouart. Sengaja tidak ditempah awal kerana andaian bahawa musim sejuk ni tak ramai pelancong yang berpergian......Insyaallah, harapnya andaian tidak meleset....

Sabar menanti metro tiba

Sesampainya sahaja di stesen metro Barbes Rochechouart kami pun turun dan mula mencari lokasi sebenar ’Friends Hostel’ seperti yang tertulis dalam peta yang cetak dari internet. Alhamdulillah.... lokasinya sangat strategik kerana terletak benar-benar berhampiran dengan stesen metro. Kami terus menuju ke situ dan bertanyakan samada masih terdapat kamar kosong..... Alhamdulillah..... andaian awal kami benar keran ada banyak kamar kosong yang masih menanti penghuni sementara......

Meneliti peta yang diambil dari kaunter penerangan untuk memastikan lokasi yang akan dilawati nanti

Setelah melapor diri untuk daftar masukkami dimaklumkan bahawa kamar hanya sedia untuk dimasukai pada jam 12pm. Jadi selepas membayar sewa hostel untuk satu malam, kami terus bercadang untuk jalan-jalan dulu agar tidak membuang masa. Memandangkan kami belum menjamah apa-apa makanan lagi sejak malam tadi, perut yang keroncong kami isi dengan singgah di kedai makan Turki berhampiran. Ini lah hidangan pagi raya Aidil Adha 2010 kami.... degan roti je....pun begitu, kami tak sempat nak solat raya sebab dah lewat dah sampai hostel nih... orang semua dah habis solat....

Tiba di stesen berhampiran lokasi hostel

Tapi biasalah.... kalau raya di tempat orang ni tak terasa macam raya nye....biasa je... tambah-tambah lagi di Paris ni muslim hanyalah kelompok minoriti... jadi tak ada cuti pun diaorang kat sini... tapi masa makan di kedai Turki tu, ada la kami di sapa dengan salam oleh beberapa orang yang rasanya baru balik dari solat raya....kami pun menjawab salam dengan mesra sebaga saudara seagama.....


Sabar menanti hidangan pagi Aidil Adha di restoran Turki

Ha... ni lah dia hidangan Aidil Adha di Paris 2010

Walaupun nampak macam ala kadar sahaja, tetapi hidang raya kali ni terasa enak juga sebab memaang perut tengah lapar. Ditambah lagi dengan cuaca sejuk awal musim salju ni..... lagi la berselera rasanya.... nikmat Allah memang selalu indah....Alhamdulillah.....

MMMM....enak jugak... hidangan nih..

No comments: