11.11.10 (Khamis)
Selepas selesai seminar pada petang tu saya dan Mijie tidak terus pulang ke hotel kerana tiba-tiba je Kak Imah jemput terus ke rumah dia. Katanya nak jamu makan malam sebab dah lama tak berborak dengan kawan-kawan.
Maklumlah dan hampir 4 bualan kak Imah duduk di sini dan tak bersembahng dengan orang Melayu, jadi bila jumpa geng dari USM pulak tu.... nampaknya tak lepaskan peluang untuk berborak. Dari kampus Westend kami menaiki bas menuju ke kampus di Bokhenheimer Warte. Dari situ, kami pun naik bas no 32 menuju ke Apartment Pelajar yang terletak tidak jauh dari situ, hanya satu perhentian bas sahaja dah sampai.
Sambil kak Imah dan dibantu oleh Kak Nawal memasak tu kami berborak-borak pelbagai perkara. Kemudian beberapa lagi geng-geng Kak Imah datang apabila hidangan sudah selesai disiapkan. Perbualan menjadi semakin rancak dan sangat bertenaga........kira-kira jam 10 malam saya dan Mijie memohon diri untuk pulang ke hotel kerana dah agak larut malam tu......sebab waktu begini jam 4.30 petang dah masuk maghrib.
Dalam kesejukan itu, saya dan Mijie menunggu penuh sabar bas no. 32 tapi tak smapai-sampai. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke stesen metro Bokhenheimer Warte. Dari situ kami menuju ke Central Station dan turun di sana untuk mengambil metro lain yang menuju ke Messe.
No comments:
Post a Comment