14.11.10 (Ahad)
Oleh sebab hari ini tiada apa-apa acara rasmi yang perlu dihadiri maka saya dan Mijie keluar dari hotel dengan berjalan kaki sahaja untuk menikmati suasana di kota Frankfurt ni. Kemudian kami terus berjalan-jalan ke Dom Romer dan terus naik tram menuju ke Stadium Olimpik Frankfurt.....
Sewaktu musim bunga tanggal 21 Mei 1925 seramai 30,000 hadirin telah turut menyertai pembukaan stadium yang diberi nama ’Waldstadion’ ini yang dirasmikan oleh lord mayor Frankfurt pada waktu itu iaitu Ludwing Landmann.
Acara besar pertama yang berlangsung di sini adalah persembahan akhir German Football Championship yang berlaku pada tanggal 7 Jun 1925. Kemudian diikuti pula dengan acara ’Working Men’s Olympics’ yang pertama, disertai oleh 12 negara yang bertanding dan ia menjadi pertandingan antarabangsa yang pertama di Waldstasion. Dalam masa yang sama juga, ia merupakan suatu demonstrasi politik menentang peperangan dan nasionalisme.
Bermula dari tarikh itu, Waldstadion terus diacarai dengan pelbagai acara peringkat negara dan antarabangsa sehingga kini.
No comments:
Post a Comment