English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Thursday, July 24, 2008

BENGKEL KUDA KEPANG....



Pada 26.7.08 telah berlangsungnya bengkel Kuda kepang yang julung kalinya diadakan di bandar George Town, Pulau Pinang ini. Bengkel yang diadakan di Pusat Belia Pulau Pinang, Lebuh Acheh mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada para peserta. Bilangan peserta yang hadir menepati jumlah yang dihadkan iaitu seramai 30 orang sahaja. Tujuannya supaya semua perserta dapat melibatkan diri secara aktif dalam bengkel tersebut. Para peserta terdiri daripada pelajar IPT, Pejabat kebudayaan P.Pinang dan kumpulan teater NGO pulau pinang. Tepat jam 2.50pm, rombongan kumpulan Kuda Kepang Sri Wahyuni, Parit Bingan, Batu Pahat Johor tiba di lokasi yang ditetapkan. Kumpulan ini diketuai oleh Wak Mat dan diiringin oleh tiga orang pegawai dari Jabatan Warisan, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia iaitu Cik Haniza, Cik Yati dan Cik Mazlin. Struktur bengkel tersebut dibahagikan kepada tiga fasa iaitu Pengenalan kepada Kuda Kepang, Bengkel Tarian dan Bengkel Muzik yang diketuai oleh Wak Mat. Sepanjang hampir tiga jam bengkel itu berlangsung, semua peserta samada dari Pulau Pinang mahupun ahli kumpulan Sri Wahyuni, nampaknya menikmati aktiviti yang dilaksanakan. Bagi peserta Pulau Pinang, tentunya ini merupakan pengalaman yang agak asing bagi mereka kerana kebanyakannya tidak pernah menonton persembahan kuda kepang sebelum ini. Untuk itu juga, jutaan terima kasih diucapkan kepada Kumpulan Kuda Kepang Sri Wahyuni dan KEKKWA sebagai penaja utama, kerana sudi bagi memungkinkan terlaksananya bengkel tersebut. Yang dalam masa yang sama juga turut memeriahkan acara sambutan George Town sebagai Kota Warisan Dunia.

11 comments:

zubin said...

wow bestnye! I wish I was in Penang, dah lama nak belajar Kuda kepang. Nanti dr.kipli ajarkan boleh?

Bin Basra said...

Insyaallah! Boleehh... i pun dah 'set up' group Kuda Kepang kat sini. Setakat ni i dah ada 16 ekor kuda kepang, tapi diperbuat daripada plywood je la. Nak dapat yang anyaman kepang betul mahal la plak. Tak mampu lagi buat masa ni. So, i dah ada pemuzik dan penari Kuda Kepang sekarang. Pertengahan ogos nanti kami akan ke Johor untuk buat research sambil berbengkel di sana.

Pegawai Khalwat said...

Ha. Elok tuh!

Bin Basra said...

ha! pegawai khalawat kalau nak join sekali pun boleh gak. he he... nak ikut ke johor gak ke?

zubin said...

bestnye buat workshop dgn aida jumat lepas kat Sutra House, walaupun aku lambat, badan aku habis sakit2. Eh bos, tolong komen sikit pasal teater ni kat blog svarnabhumi aku! thx!

artisticklytouch said...

wah...orang penang sudah menari kuda kepang..ini hebat..semoga langkah ini akan diteruskan

tegezoot said...

Ada lagi panggil2 la!(li resdongs)

Butaseni@Wan Raja said...

waaa macam mana saya boleh terlepas ni?
rugi rugi

Bin Basra said...

artisticklytouch, tegezoot & butaseni,
Insyaallah... nanti kalau ada lagi boleh join...

Gemala Kasturi said...

Semoga saudara terus perjuangkan seni warisan bangsa.

Anonymous said...

Wahhhh saya nak belajar gak kuda kepang..

Orang gila mabuk arak, kita mabuk mistikal.... Yeah!!