Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Sunday, July 6, 2008
Scenic Flights Di Franz Josef
Jam 12.00pm pada 25.5.08 [sunday], saya tiba di Franze Josef yang terletak dalam kawasan 'Westland National Park'. Pekannya kecil sahaja dan keindahannya terletak pada lanskap semulajadinya yang berlatar belakangkan gunung Tasman dan Gunung yang tertinggi di Nz iaitu gunung Cook.
Oleh sebab saya sampai awal di Franze Josef ni iaitu waktu tengahari maka saya bercadang untuk melakukan aktiviti yang memang menjadi tarikan utama di sini iaitu mengalami pemerhatian dan sentuhan 'glacier'. Aktiviti itu dikenali sebagai 'scenic flight'.
Jadi, selepas sahaja saya diturunkan di YHA di sini dan check-in bilik, saya pun keluar semula untuk menempah tiket. Kebetulan ada seorang lagi pelancong wanita dari Malaysia juga iaitu Salina, pensyarah dari UMS yang ingin melakukan aktiviti yang sama dan masihmenunggu sesiapa yang ingin menyertai penerbangannya. Jadi saya dan seorang lagi rakan menempah waktu yang sama dengan Salina iaitu jam 2.45 petang.
Scenic Flight ni ialah menikmati pemandangan glacier dengan menaiki helikopter. Pada satu trip, helikopter ni boleh memuatkan seramai 5 orang penumpang. Jadi saya dan seorang lagi rakan menyertai Salina dan menjadikan kesemua penumpang 3 orang dan seorang pilot. Setiap seorang harus membayar sebanyak 235 dollar untuk jangkamasa selama 30 minit.
Jangkamasa 30 minit itu merangkumi, sejak dari mula menaiki helikopter kemudian mendarat di atas salji di puncak gunung Cook dan kemudian turun semula ke bawah. Semasa penerbangan itu pilot menerangkan mengenai lokasi yang kami lalui. Memang sangat mengasyikkan kerana inilah kali pertama saya menaiki helikopter untuk berada di puncak gunung yang tertinggi di NZ ni, sambil berdiri di atas permukaan salji dan memerhatikan pembentukan glacier yang menakjubkan itu.
Cuaca pada hari itu juga memang amat menyebelahi kami dengan sinaran matihari yang memancar benderang menyuluhi keindahan lanskap yang memang tiada tolok bandingnya. Kami mendarat di puncak Cook kira-kira 10 minit, cukup untuk membolehkan kami mengambil gambar sambil menikmati keindahan dari puncak. Semasa perjalanan balik, helikopter itu menuruni celahan gunung mengikuti aliran glacier yang terbentuk membelahi batuan gunung itu.
Setengah jam pun berlalu dan kami mendarat semula dengan membawa kenangan terindah di puncak Cook yang menawan itu. Walaupun agak mahal juga aktiviti ni, tapi saya merasa puas dan berbaloi kerana ini merupakan pengalaman sepanjang hayat.
Sampai di bawah kami menuju ke cafe di tengah pekan kecil itu untuk menikmati kopi kegemaran saya sambil berborak. Di sebelah malamnya, kami kembali ke cafe yang sama juga untuk menikmati hidangan malam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment