Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Wednesday, July 9, 2008
QUEENSTOWN - Gondola
Hari ni merupakan hari kedua saya berada di Queenstown sebab esok baru bergerak plak. Jadi pagi ni cadang nak jalan-jalan sekitar town yang cantik ni.
Berjalan kaki dari hostel menelurusi pinggiran tasik Wakatipu memang menjanjikan pemandangan yang sangat mengasyikkan. Dari hostel ke town center tak jauh sangat, lebih kurang 10 minit je berjalan kaki.
Sampai di town center tu saya terus pergi ke kaunter agent tempat beli tiket bas ke Milford Sound semalam. Tujuannya adalah untuk membeli tiket untuk naik Skyline Gondola yang macam kat Genting dan Bukit Mat cincang di Langkawi tu la. Beli kat agent ni ada diskaun sebab ada kad keahlian YHA.
Kalau tak naik Gondola ni rasanya macam tak lengkap la plak duduk di Queenstown ni sebab dari puncak bukit tu boleh nampak keseluruhan bandar Queenstown yang indah itu.
Di terminal kat atas tu terdapat restoran untuk makan-makan di samping melihat pemandangan. Di sebabkan sekarang dah nak masuk winter, jadi kat puncak tu dah ada salji sikit-sikit. Memang cantik....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment