Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Thursday, July 10, 2008
From Queenstown to Dunedin
Hari ni 28.5.08 bersamaan dengan hari Khamis, saya bangun lebih awal sedikit kerana tepat jam 7.55 pagi bas sudah bergerak meninggalkan Queenstown menuju ke destinasi seterusnya iaitu Dunedin. Di sepanjang perjalanan ini bas yang saya naiki melalui kawasan berumput yang kelihatan kering je. begitu juga dengan pohon-pohon di sepanjang perjalanan tu kebanyakannya juga kering menandakan pertukaran musim sedang berlaku. Di kedinginan pagi itu, kelihatan biri-biri, kuda dan keldai yang semuanya kelihatan keputihan kerana diselaputi frost. Kedinginan itu ditambah lagi apabila bas melalui kawasan yang diselaputi kabus hingga menutupi pandangan. Tidak lama kemudian bas singgah di 'Cromwell' selama 30 minute for coffee and toilet.
Perjalanan kami diteruskan melalui melalui bandar bersejarah 'Clyde' dan di sini juga terdapat empangan clyde yang merupakan takungan air untuk NZ di pulau Selatan ni. Seterusnya kami melalui pekan-pekan kecil seperti 'Alexandra', 'Roxburgh',dan singgah sekali lagi di 'Lawrence' selama 10 minit untuk ke tandas. Yang mudahnya, semua tandas di NZ ni adalah percuma dan bersih. Walaupun tanpa ada orang yang duduk menjaga tandas di situ. Perjalanan seterusnya melalui 'Milton', 'East Taeiri' dan akhirnya pada jam 12.00pm kami pun sampai di Dunedin. Dunedin ni pada awalnya telah di temui oleh keturunan Scottish dan menjadikannya tempat yang sempurna untuk mereka tinggal. Nama Dunedin bermaksud 'Edinburgh of the South'. Penduduk awal telah membina bangunan yang menyerupai kampung halaman mereka yang menjadikan bandar ini mempunyai pengaruh Scottish yang sangat kuat dan dapat dilihat hingga kini, terutamanya melalui struktur rekabentuk bangunanya. Dunedin ni juga turut dikenali sebagai 'student city' kerana di sinilah terletaknya Otago University yang terkenal dengan kursus perubatannya itu. Universiti Otago mula ditubuhkan sejak 1869 lagi dan merupakan universiti yang tertua di NZ. Lebih daripada pelajar yang belajar di universiti ni setiap tahun. Mereka termasuklah lebih daripada 3,000 pelajar antarabangsa dari lebih 80 buah negara termasuklah Malaysia. Jumlah pelajar di universiti ini mewakili 20% daripada keseluruhan penduduk Dunedin.
Bandarnya lebih besar daripada Queenstown. Selepas je check-in di hostel saya pun terus pergi melawat Otago Museum yang terletak dalam kampus Otago university. Berjalan kaki dari hostel tidak mengambil masa yang lama kerana universiti ni terletak di pusat bandar dan masuk juga adalah percuma. Keluar dari muzium tu terus pulak ke university book shop untuk melihat-lihat buku yang menarik untuk dibeli. Sehinggalah kedai nak tutup, saya pun berjalan-jalan di town center untuk mendapatkan dinner dan akhirnya memilih untuk singgah di Khemer restaurant dan memesan 'koew tiew seafood'. Tinggal di Dunedin ni pun tak lama sebab besok pagi harus meneruskan perjalanan lagi....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment