Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Monday, August 25, 2008
Dari Penang Ke Bt. Pahat: Menjejaki Reyog@Barongan
22 hingga 24 Ogos baru-baru ni saya membawa seramai 13 orang pelajar PPSeni USM ke Parit Raja Bt. Pahat Johor untuk menyelami mengenai persembahan Barongan atau dikenali juga sebagai Reyog. Kami berkampung selam 3 hari 2 malam di Kampung Parit Nipah Darat serta bermalam di rumah Wak Miskon atau dikenali juga sebagai Wak Cemplok.
Saya lebih mesra memanggilnya Bapak Miskon sahaja. Rumah ni juga merupakan 'sanggar seni' yang diketuai oleh bapak Miskon sendiri dan diberi nama 'Kumpulan Kesenian Setia Budi'. Mlam pertama ketibaan, kami disambut dengan meriah sekali yang turut dihadiri oleh JKK Parit Nipah Darat iaitu Tuan Hj. Bakhir b. Hj. Sirat.
Wak Miskon sedang memberikan kuliahnya
Selama berkampung di situ kami berbengkel bagi mempelajari mengenai kesenian Barongan ini secara teori dan praktikal yang dikendalikan sendiri oleh Bapak Miskon dan ahli kumpulan keseniannya. Di malam terakhir, semua peserta membuat 'workshop performance' dengan mempersembahkan apa yang telah dipelajari sewaktu bengkel. Suasananya sangat happening dan membawa spirit 'performance' yang dilakukan oleh komuniti untuk komuniti dalam ruang publik dengan semagat tradisi teater rakyat.
Di sebelah pagi selepas sarapan jam 9.00 pagi, kami turut menyertai gotong-royong perdana yang dianjurkan oleh kampung dan diketuai oleh Ketua Kampung senidir iaitu Tuan Hj Bakhir. Saya dan semua pelajar turut terlibat membantu membersihkan kampung sebelum bertolak balik ke P.Pinang pada jam 10.00 pagi.
Terima kasih diucapkan pada Tuan Hj Bakhir selaku ketua kampung Pt. Nipah Darat.
Jutaan terima kasih diucapkan pada seluruh penduduk kampung Parit Nipah Darat amnya dan Bapak Miskon sekeluarga khasnya kerana berusaha menjayakan program ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hi dr kipli,
i wrote something in my blog that i would like you to read and maybe help to put it in your blog as well.
http://u-jean.blogspot.com/2008/08/wanna-go-sarawak-rainforest-music-fest.html
Thank you and sorry i'm using this as a dissemination channel.
hi, u-jean. no problem
Post a Comment