
Bas melalui kawasan hutan yang dikenali sebagai 'Buller District' kemudian menuruni bukit dan singgah ambil gambar sekejap di 'Lyell historic area' iaitu sebuah kawasan yang sesuai untuk 'campaign'. Sehingga akhirnya berhenti untuk dapatkan lunch di 'Berlins Cafe' yang terletak di tepi highway berdekatan tebing sungai.

Di sini saya makan 'fish burger' dengan harga 7.50 dollar dan 'hot chocolate' yang berharga 3.50 dollar. Memang best 'fish burger' ni malah lebih sedap daripada 'fillet o fish' dan 'fish n chip'.

Selepas lunch tu, perjalanan seterusnya melalui lereng bukit yang terletak di tebing sungai, melalui jambatan laluan sehala sementara matahari cerah dan kabus pun semakin sirna.

Sementelahan itu, perjalanan turut melalui 'Westport' iaitu sebuah kawasan industri yang terletak di pelabuhan. Kemudian melalui tanah datar di pinggiran laut sehingga akhirnya singgah selama 30 minute di 'Tarunga Bay' iaitu pinggiran pantai Laut Tasman untuk menyaksikan 'kekeno' [anjing laut] dengan berlatar belakangkan 'wall island'.

Selepas setengah jam, bas meneruskan perjalanan dan singgah pula di 'Paparoa National Park'. Saya pun menelusuri laluan yang dikenali sebagai 'truman track' untuk menuju ke pantai bagi melihat 'limestone rocks formation' yang mengambil masa selama 15 minit berjalan kaki.




Perjalanan diteruskan sehingga bas berhenti untuk penumpang mendapatkan 'high tea' selama 30 minit dan kami juga berpeluang bersiar-siar di Taman Negara 'Punakaiki Pancake Rocks Blowholes' yang perjalanannya mengambil masa lebih kurang 20 minit melalui track yang disediakan.


Batu-batannya kelihatan berlapis-lapis macam pancake yang disusunkan dan membentuk tebing laut yang berbatu-batan.




Kemudaian perjalanan ke Greymouth di teruskan sehingga 45 minit sebelum tiba saya dapat menyaksikan sebuah ladang lembu yang terletak di tepian laut, sangat mengasyikkan. Kemudian tiba pula di Runanga di mana di sini terdapat rumah yang terletak bersebelahan dengan rail keretapi yang tidak berpagar sementara bas melintas rail kerertapi ni macam tu je kerana tidak ada gate pun. Tapi tak pernah berlaku kemalangan di sini.
No comments:
Post a Comment