Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Wednesday, July 16, 2008
Christchurch-gondola
Kalau semalam sehari suntuk dihabiskan untuk menikmati dan mengalami perjalanan bersama TranzAlpine, hari ni plak pada 3.6.08 [Tuesday] jam 12.00pm saya naik bas metro warna merah dari 'city exchange' on Colombo st. dengan tambang 2.50 dollars untuk menaiki Gondola.
Perjalanan dari town center Christchurch ke stesen Gondola hanya mengambil masa selama lebih kurang 15 minute sahaja. apabila sampai di stesen Gondola tu bayaran untuk tiket yang dikenakan adalah sebanyak 22 dollars. Tetapi disebabkan saya merupakan ahli YHA, maka dapatlah diskaun sebanyak 1 dollar. Jadi, saya cuma perlu membayar sebanyak 21 dollars je.
Jika dibandingkan dengan Gondola di Queenstown, Gondola Christchurch ni tak la setanding sangat terutamanya dari segi landscape dan suasana. Gondola di Queenstown lebih 'happening' dan ada banyak aktiviti yang disediakan untuk pilihan pelancong. Lokasi di Queenstown juga lebih tinggi berbanding di sini kerana di Queenstown terdapat salji di puncak bukitnya di mana stesen Gondola terletak, tapi di sini masih belum bersalji.
Cuma kelainan yang terdapat di sini ialah 'time tunnel', ala dia macam 'theme park' sikit la yang macam rumah hantu kat 'funfair' tu. Aktiviti ni dapat dilakukan secara percuma kerana tiket yang dibeli tersebut turut merangkumi aktiviti ini. Dalam 'time tunnel' ni kita akan dibawa menaiki kereta yang digerakkan secara automatik yang boleh memuatkan 4 orang penumpang sekali jalan dalam tunnel ciptaan itu. sepanjang perjalanan tu kita akan menyaksikan projeksi video mengenai sejarah Christchruch secara ringakas. Aktiviti ni mengambil masa kirai-kira 10 minit je lepas tu habis. Tapi ok gak la....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment