English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, December 16, 2014

Makyung Di Peta Dunia 8

Malaysia Hall, London
 
Keesokan harinya, kami bangun awal juga kerana bas menuju ke London telah kami tempah awal pagi memandangkan tiket penerbangan kami akan berlepas pada jam 2.00 malam nanti. Kami sengaja menempah tiket bas awal pagi kerana ingin mengambil kesempatan bersiar-siar di kota London seketika sebelum ke Heathrow Airport bagi mengambil penerbangan pulang ke Malaysia.
 

Kensington Palace, London

Kensington Palace, London

Kami mendapatkan teksi dari Victoria hall menuju ke stesen bas Liverpool selepas mengucapkan selamat tinggal kepada beberapa peserta yang kami temui pagi itu yang juga turut memulakan perjalanan pulang ke negara masing-masing. Dari stesen Liverpool, perjalanan bas kami mengambil masa 6 jam juga untuk tiba di Victoria Station, London. Kami tiba di sana kira-kira jam 12 tengahari. Setibanya di situ, kami meninggalkan beg di tempat penimpanan barang dan dari situ terus mengambil metro dan destinasi kami yang pertama adalah ke Malaysia Hall.

Queens Gate, London

Royal Albert Hall, London

Royal Albert Hall, London


Selepas membeli sedikit cenderamat di situ, saya bergerak menuju ke dalam taman dan terus berjalan kaki melalui Kensington Palace kemudian tiba di Royal Albert Hall yang terkenal itu. Dari situ, saya mengambil metro lagi dan singgah di London Bridge sebelum meneruskan perjalanan kembali ke Victoria Station semula.


Eye of London




London Bridge

London Bridge

London Bridge

Tiba di Victoria Station waktu sudah menghampiri waktu maghrib dan saya singgah di sebuah kedai Arab yang terdapat di hadapan stesen itu bagi mendapatkan buka puasa dengan ayam goreng dan French fries. Usai berbuka puasa, saya kembali mendapatkan semula beg yang ditinggalkan tadi dan menunggu bas tiba yang akan membawa kami ke Heathrow Airport. Apabila bas tiba tidak lama kemudian, saya menaiki bas dan bergerak menuju ke airport dan setibanya di sana airport masih gelap dan urusan daftar masuk masih belum beroperasi. Saya melihat beberapa penumpang lain tidur di bangku yang terdapat di situ dan saya pun mengikuti mereka. Sambil itu saya menunaikan solat jamak di surau yang turut tersedia di airport tu. Usai solat saya singgah minum kopi di sebuah cafe yang dibuka. itulah satu-satunya cafe yang beroperasi pada tengah malam itu.... Alhamdulillah.....usai minum kopi saya ke surau semula untuk menunaikan solat subuh dan lepas solat saya menemani teman lain yang berehat sambil tidur-tidur ayam di bangku airport tu. Apabila kaunter daftar masuk telah dibuka, kami bergegas daftar masuk dan menyelesaikan urusan imigresen dan pergi ke ruang berlepas sambil berehat menunggu penerbangan jam 7.00 pagi waktu UK.......Selamat tinggal UK.....

No comments: