Pada 8 Julai hingga 23 Julai 2014 bersamaan dengan bulan Ramadhan saya bersama seorang rakan pensyarah dan dua orang mahasiswi UPSI telah ditugaskan oleh pihak Fakulti Muzik & Seni Persembahan (FMSP), UPSI untuk melaksanakan salah satu projek pengantarabangsaan UPSI melalui medium kesenian. Pihak FMSP, UPSI mendapat undangan daripada pihak Brouhaha International yang beribu pejabat di Liverpool, UK untuk terlibat dalam aktiviti kesenian mereka dengan mempersembahkan persembahan teater tradisional Makyung.
Maka, saya berserta rakan sejawat En. Mazlan dan dua orang mahasiswi Jabatan Seni Persembahan (JSP), FMSP, UPSI telah menyahut undangan tersebut bagi mewakili UPSI khasnya dan Malaysia amnya. Hal ini kerana, hanya kamilah satu-satunya wakil dari Malaysia yang diundang ke acara tersebut berserta dengan hamper 40 buah Negara lain di dunia. Jadi, kesempatan ini kami sahut dengan tangan yang terbuka. Sementelahan pula, memang FMSP, UPSI menawarkan kursus Makyung dan mahasiswa/siswi kami telah terlatih dengan persembahan tersebut. Namun, ekoran kekangan kewangan maka hanya kami berempat sahaja yang mampu pergi. Walaupun pada awalnya kami telah merancang untuk membawa sekurang-kurangnya 15 orang peserta.
Bersama Sherry, Ayu & Mazlan transit di Dubai Airport
Akhirnya, pada tanggal 7 Julai 2014, kami berempat memulakan perjalanan dari KLIA dengan menaiki pesawat Saudi Airways pada jam kira-kira 6.00pm berangkat. Oleh sebab berpuasa, maka kami berbuka puasa di dalam pesawat setelah hampir 13 jam berpuasa kerana pesawat menuju ke arah UK melalui benua yang mendapat malam yang lewat berbanding Malaysia. Saya memesan kepada pramugari agar menyimpan dahulu hidangan saya dan mohon maklumkan kepada saya bila waktu buka puasa dah masuk. Tu lah... selepas hamper 13 jam baru pramugari memberikan hidangan saya dan memaklumkan waktu berbuka dah masuk......Alhamdulillah.....Penerbangan kami transit di Dubai Airport dana di situ kami sempat bersahur sementara menunggu penerbangan seterusnya dari Dubai menuju ke UK.
Tiba di Heathrow Airport, London
Usai bersahur, saya menaiki pesawat seterusnya dan berlepas dari Dubai menuju ke Heathrow, London dan kami mendarat di Heathrow pada kira-kira jam 7.00 pagi waktu London. Selepas selesai urursan imigresen dan mendapatkan segala beg saya terus menujuk ke bahagian bawah untuk mendapatkan bas di Central Bus Station, Heathrow yang akan membawa saya ke Victoria Station yang terletak di tengah kota London.
Menunggu bas di Central Bus Station, Heathrow
Tiba di Victoria Station untuk mendapatkan bas ke Liverpool
Di Victoria Station, saya menunggu bas National Express yang akan membawa kami dari London ke Liverpool, iaitu lokasi ekspedisi kami. Lebih kurang jam 8.00 pagi bas yang ditunggu pun tiba dan saya terus memasukkan barang dan meaniki bas. Setelah semua penumpang menaiki bas lalu bas pun bergerak menuju ke destinasi. Sepanjang perjalan menuju ke Liverpool yang mengambil masa selama 6 jam itu, berlaku sebanyak 3 kali pertukaran pemandu. Bermakna pemandu bas akan bertukar setaip dua jam.
Singgah di Manchester Station
Manchester
Sepanjang perjalanan selama 6 jam itu juga, bas berhenti di beberapa lokasi untuk menurunkan dan menaikkan penumpang dan antaranya adalah di Manchester. Oleh sebab berpuasa, maka setiap kali bas berhenti saya hanya duduk di dalam bas kerana bukan boleh makan atau minum pun......
Sampai di kediaman Victoria Hall, Liverpool
Lebih kurang jam 2.00pm bas pun tiba di stesen Liverpool dan hari masih terang benderang di musim panas yang ceria itu. Kami menghubungi wakil pihak penganjur dan memaklumkan ketibaan kami. Pegawai bertugas pun tiba dan beliau mendapatkan dua buah teksi untuk membawa kami kekediaman, iaitu Victoria Hall lokasi dimana kami menginap sepanjang berada di Liverpool.
Buka Puasa di Chicken Bazooka Café, Liverpool
Setibanya, sahaja di Victoria Hall kami pun diberikan kunci bilik masing di tingakt 4 bangunan (tingkat atas sekali) yang di dalamnya terdapat 4 pintu bilik individu dan didalamnya terdapat bilik air masing manakala satu pintu bilik lagi adalah merupakan ruang tamu merangkap ruang dapur yang menyediakan segala prasarana untuk memasak. Setelah meletakkan barang saya bercadang untuk berehat dan berjanji dengan rakan lain untuk keluar bersiar-siar dahulu sementara menunggu waktu berbuka puasa pada jam 10 malam nanti (lebih kurang). Rehat dulu......
No comments:
Post a Comment